Asna Intisar

My photo

"Apabila neuron menembak-nembak elektron, merentas sinaps (synapses), penyatuan informasi dikembang-sebarkan. Sungguh, pada setiap tujahan itu, adalah kerana rahmat Allah."

Hanya ingin terus terbang menuju RedhaNya.

Hoyeah!

5 Principles of Life


*Allahu Ghaayatuna = Allah is our objective

*Ar-Rasul Qudwatuna = Rasul is our leader

*Al-Quran Dusturuna = Quran is our law

*Al-Jihad Sabiiluna = Jihad is our way

*Al-Mautu Fisabiilillah Asma Amanina = Dying in the way of Allah is our highest hope
Powered by Blogger.

Da'ie Ummah

Archive for December 2012

Ukhuwah Dong Dong Cheng..!

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamu'alaikum,,,


 "Eh,,da setengah dah air aq.? siapa yg minum nih?



" inche' , hati-hati yer, kata atas itu ada guard sedang melihat anda, so, jgn pandang atas, nnti dia perasan.! "



Pada sesi ini, ana hanya ingin berkongsi secebis pengalaman bersama team asy-syahid production.. btw, ilham nama tajuk post ini drpd sahabat yg terlibat..

Ehem...  *betulkan spek*

Mula-mula sekali, jutaan tahniah diucapkan kepada para ahli crew produksi, yang telah bekerjasama,, berkeringat peluh,,, berhempas pulas dalam menjayakan misi dakwah ini.. Tahniah..!! ana bangga dengan para sahabat semua..!!

Dugaan serta cabaran terus datang bertali arus...

Masalah serta masa terkadang membelenggu...

Namun, dalam percaturan dakwah, kita perlu terus teguh, serta tabah.. walaupun,, usaha jihad kita ini mungkin tidak seberapa mana,,, namun ana percaya sedikit sebanyak kita dapat menyumbang kepada Ummah.. memberi kesedaran tentang Isu Palestin melalui medan videografi (bergantung pada editting gak la, pelakon sume da mantap, especially, +Nazirul Haziq , sekali one shoot ja, haha. )... kalau agak-agak, lakonan part dy asek kena repeat uh,, kena la training lebih2 sket ye.. hehe..
*nak ana ajar pon bleh.. haha...

teringat scene nih,, ketika ana berlakon membelasah si budak ini..

"what are u doing?" he stared me, like i'm a real criminal..! well, its just an act...

then, i just answered " errr,, we're shooting for a video "

he replied as he watched Ikram, had been bullied violently by me,, " so, he didn't sick ?"..
*lauging badly inside, hahaha.

 i replied,, "er,, no, no, no. "  =.="


Dan bermacam-macam lagi laa.. cabaran serta dugaan yang mendatang siap ambil risiko di suria KLCC lagi.. (nampak benor nak nipunyer.. assignment konon,, haha. )

selain itu, isu tabung,,ialah isu yang paling perit sepanjang tempoh tersebut... sentap sungguh dada ini.... maafkan ana... ^_^


.............................................................................................


" sekeping hati dibawa berlari~~ , jauh melalui jalanan sepi~~  lalala~ "


maka, hendak diceritakan jua,, walau apapun rintangan yg dihadapi,, tanggungjawab dakwah ini, amanah bagi setiap khalifah Allah di muka bumi ini, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran,, tidak kira la dalam apa-apa wasilah sekalipun.. videografi, fotografi, digital art, animasi, nasyid atau sebagainya.......

3

dan dakwah ini menjadi asas bagi kita untuk menjadi umat yang lebih baik... serta tarbiyah untuk diri kita sendiri.. (tarbiyah dzatiyah).. ^_^

..............................................................................................



" ok,, sume tengok kamera ya..?? satu.. dua.. tiga.! "
(-asif, part ni, ana kering idea.. =.=" -)


Honestly,, pada hari pertama dan kedua, shooting,, ana sangat awkward untuk berada dalam kelompok tersebut, maklum la, ramai sahabat yang baru kenal en.. *apa2 ana bersyukur dapat berukhuwah dengan anda semua..

bak kata UNIC  (sebuah team nasyid) dalam lagu 'Seiring sehaluan' ,,

"Silaturahim ini tak akan terpisah, kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat.! "

ana bleh kata, bahawa kita telah menjalin ukhuwah yg cukup erat.. ehem.. maaf klu terover or sbginya..

ana sungguh terharu apabila, walaupun kita baru kenal, namun kita dapat bekerjasama, serta berganding bahu, tolong-menolong antara satu sama lain.. *termasuk tolong lakonkan adegan-adegan tertentu sbgi rujukan, hehe...


2

Semoga usaha kita ini diredhai Allah..!

Akhir sekali, ana ingin menyebut sedikit cebisan permata bicara yang cukup bermakna daripada Director Adila, (yg telah dicopy paste drpd fb) :

Sayonara JAHILIYAH !
Kami berlari menuju MARDHOTILLAH !

Ohayo TARBIYAH !
Kami datang untuk bersihkan diri dari karat JAHILIYAH !
Nak bina generasi harapan UMMAH !


" Ish,, alamak..! scene mana yang masih belum buat nih...?!!! "


*maaf jika ada terkasar bahasa, asif jiddan. ^_^

Sekian, Terima Kasih,, Assalamu'alaikum w.b.t.








Menjejak Erti Palestin (bahagian 1)



Pagi itu sungguh hening. Sayup suara kicauan burung kadang kala kedengaran, samar-samar.

Aku mengeliat bangun dari tidur. Dari atas tilam using, aku menuju ke pintu jendela, aku merenung jauh, melihat kehijauan sekitarku. Alangkah damainya hidupku sehari-hari begini, meski tak kaya, tetap aman sentosa. Hidup di dalam rimba sudah begitu sinonim bagiku. Ia penawar suka dukaku, menyaksikan tumbesaranku dari sekecil-kecil bayi hinggalah bergelar remaja hampir mencecah 20 tahun. Sering kali juga aku berfikir tentang kehidupan di bandar sana. Maklumlah, rumah di tengah-tengah rimba, jauh dari bandar.

Jauh-jauh pedalaman, untung ada para mubaligh Islam yang sudi bertandang menyebarkan Islam di kampung kami ini. Mereka mengajar nilai-nilai murni Islam yang begitu indah. Suasana ukhuwah yang dijalin antara kami, menyebabkan kami amat tertarik tentang Islam, sedangkan ketika itu aku baru berusia 12 tahun. Namun, aku tetap dapat merasai nikmat Islam dan Iman yang begitu berharga.

Alhamdulillah. Teringat pula aku pada seorang abang yang akrab denganku sewaktu kunjungan mereka pada 12 tahun yang lalu.

“Abang Azmir..! Ramai lagi tak orang islam kat dunia ni.? “ tanyaku sambil mencuit-cuit sisi kanan jubahnya dari belakang. Abang Azmi menoleh ke melihatku seraya tersenyum mesra.

“Adik,, orang Islam kat dunia ini, sungguh ramai… Lebih 1.3 bilion penganut Islam di muka bumi ini.. kalau tahun 2030 mungkin boleh mencecah lebih 2.2 bilion..!! “

“waa..! Ramainya..!!! “

“Hahaha,,, ramai tu ramai,,, tapi dik, ramai di antara mereka ibarat buih di lautan..” Abang Azmir tersenyum sinis.

“Eh..?? Macam mana tu.? “ hairan pula aku memikirkannya.

“ Adik, abang nak adik ingat hadis ni betul-betul… Pastikan ingat. Ingat selalu. “ tegas abang Azmir. Aku hanya mengangguk setuju.

Diriwayatkan daripada Thauban r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.”

Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?”

Nabi s.a.w.  menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. ”

Seorang sahabat bertanya: ”Apakah ’wahan’ itu hai Rasulullah?”

Baginda menjawab: ”Cinta dunia dan takut mati.”(Hadith riwayat Abu Daud)

“Erm, maksudnya, umat islam begitu ramai tetapi tidak berguna?” tanyaku lagi ingin tahu lebih lanjut. Abang Azmir hanya tersenyum.

Benarkah umat islam kini benar-benar diserang oleh penyakit ini? Kalau benar, musuh-musuh islam, pasti rasa tidak takut lagi dengan umat islam. Mudah untuk disembelih akidah mereka. Bagaimana hendak sembuh kalau begini? Tiadakah akar-akar kayu atau dedaun yang boleh menjadi ubatnya?

“Alang! Oo Alang! Di mana kamu? Da bangun ke belum? Mimpi Palestin lagi ke? Mereka masih berperang ke dalam mimpi kau tu?! “ Tersentak. Hilang aku dari rentetan peristiwa sejarah itu. Ya. Memang baru-baru ini, aku sering bermimpi ngeri jauh dari kampung halamanku, berada di daerah Palestin. Entah benar atau pun tidak. Kanak-kanak dibunuh sehina-hina rupa. Mujahid ditembak tanpa secalit pun belas kasihan. Bayi, yang tidak berdaya, apatah lagi!! Sedih. Pilu hatiku dibuatnya.!! Namun, kekadang terbit jua rasa cemburuku dengan mereka. Mereka yang terkorban mendapat syahid , kerana jihad fisabilillah yang diperjuangkan. SubhanaAllah!! Dalam kesedihan, hatiku juga meronta gembira. Tetapi, agak-agak apa yang terjadi pada Palestin sekarang ye? Dan apa pentingnya Palestin ni?!

Ilham muncul tak semena-mena.

Aku segera  keluar bilik menuju ke dapur, sedang ibuku menyediakan sarapan. “Ibu, Alang nak cari Abang Azmir kat Bandar, boleh tak bu? Nak jumpa dia, Nak tanya khabar Palestin. Boleh tak bu? Lagipun, kat kampung ini tiada internet. Kalau ada sekalipun, susah nak percaya..!“

Ibu terdiam sejenak. Sekeping roti yang beru dipotong dari bukunya, dihulur di atas pinggan.

“Ermm, susah la ibu nak kata, lagipun kamu tu da besar. sudah dewasa. Ikut suka kamu la nak. Apa-apa pun, Ibu percaya bahawa kamu boleh menjaga diri kamu sendiri.” Riak wajah ibu bersahaja.

Aku percaya, ibu risau denganku, apatah lagi jika hendak ke tempat asing. Kejutan budaya. Namun, sempat jua kutangkap bait lampu hijau untuk aku mengembara ke bandar, mencari abang Azmir untuk bertanya tentang khabar Palestin. Khabar baik atau khabar buruk? Terfikir juga aku, bagaimana rupa dan keadaan palestin.? Haish…

“Abang Azmir, saya tak faham lagi la hadith tu? “ tanyaku kebingungan. Abang masih tersenyum-senyum.

“Adik,, kenal tak bumi palestin?”

“Ermm,, tak tahu.. itu sejenis pokok ke?”

“Haha,, tak lah, Palestin tu sebuah kawasan di Timur Tengah yang terletak di antara Laut Mediterranean,  Terusan Suez dan Sungai Jordan. Ketika ini, mereka sedang berjuang dalam Intifada kedua menentang rejim zionis yang zalim..”

Suasana tahun 2000 itu masih segar di ingatan, dari jauh, aku hanya dapat bayangkan sahaja di dasar fikiranku ini, tanpa melihat pada realiti.




(bersambung)



Teaser ----->>>  apakah yang akan berlaku pada perjuangan si anak muda ini dalam menjejaki abang Azmir di kesesakan kota raya yg kolot. Mampukah dia..?? Nantikan bahagian ke-dua...



Tag : ,

Semudah Semalam,



.........................................................................................................




Mendung tidak seperti semalam,
Langit biru awan kosong,
Indah nian damai,

Sibuk.

Bila hujan turun,
Manusia masih bertali arus,
Hujan tak hujan,
Seperti hari biasa, hari bekerja.
Usah memaksa. Rajin semua.

Melingkar pada peraturan dunia,
Etika kerja, tepati masa.
Tatkala seru sudah berbunyi,
Langsung tidak bersembunyi,
Surau lengang, masjid lapang.
Untung masih ada yang datang.



Tag : ,

Durianku, Durianmu, dan Durian Kalian

Assalamu'alaikum,,,

wahai sahabat-sahabat sekalian,,,

ingin mendengar kisah tentang diriku... sebagai sebuah sebiji durian...?? Bagi menghayati kisah ini... Bayangkanlah hidup anda seperti durian.... Selamat membaca...   ^_^
.....................................................................................................................................




Diri ini ku ibaratkan seperti sebuah durian..... ( Achano uh..? )
Hidup dalam kelompok durian-durian yang lain..
Hidup pada dahan takdir ; dari sekecil benih hingga sebesar buah..
Melenggok-lenggok keriangan gembira di atas pohon..
Melihat setiap perkara yang dilakukan di atas lantai bumi,,,
Memerhati setiap manusia yang lalu-lalang,
Ku merenung diri-diri mereka..
Setiap gelagat tingkah laku mereka dirakamku..

Kadang-kadang, ada asap yang cuba mengelabui pemandanganku ini..
Asap apa ni..? kabuskah..?
Aku rasa ini bukan kabus,, kerana ada bau-bau kemalasan...
terkadang terhidu seperti bau putus asa...
Namun kucuba menahan nafas, agar debunya tidak masuk ke dalam tubuhku..
Takut merosakkan ulas-ulas dalamanku ; nanti tak manis pula...

Kulihat pula sekelilingku, ternyata masih banyak durian-durian yang masih muda..
Mereka masih perlukan nutrisi yang banyak, fikirku-
Mereka juga kelihatan lebih gagah, tidak mudah digugah oleh sang angin maut..
Namun, ada juga kulihat antara mereka yang telah gugur dari asalnya..
SubhanAllah,, sesungguhnya syurga bersama mereka..

Kuperhatikan jua sahabat handai yang lebih kurang sebaya dengan ku...
Dari jauh, mereka kelihatan sama seperti yang lain..
Dari dekat, semua yang cantik molek, sungguh ku tak menipu,
Tetapi, diri ini sering sahaja digigit serangga... =.="
Semoga kehadiran mereka dapat ku usir semampuku....

Ada juga durian-durian yang merintih tua...
ku tabik pada mereka, kerana-
mereka lebih banyak berfikir tentang maslahat masyarakat di bawah sana....
pandangan mereka lebih lama, lebih banyak yang dirakam..
ilmu mereka pasti lebih banyak daripada diri ini...
amal mereka, apatah lagi, pasti lebih banyak..

Yang berlegar-legar di dasar tanah itu,,
Kekadang terasa hairan juga aku melihat mereka ;
Namun sedikit sebanyak sepersis jua seperti hidupku,
Meniti suatu pengembaraan yang belum tahu hujungnya...
Cuma yang menjanggalkan aku... ialah.. mereka ini...
Berpakaian tetapi seperti telanjang,
Berwajah alim di alam maya, tetapi, rosak pada realiti,
Membaca tetapi tiada Tindakannya,
Dan berbagai-bagai lagi...!!
Untung andai masih ada iman di dada mereka,
Masih ada jua yang berjihad fi sabilillah merperjuang Islam..

Hakikatnya,, selalu juga aku berfikir,
adakah sama perihal durian seperti ku,
menyamai seperti perihal mereka-mereka di bawah itu...??
sama seperti perihal kaum kerabat, sahabat handai durian-durian sekalian....??

Namun kupercaya anda yang membaca kisahku ini,,
Anda.. anda.. dan anda ini......
Sungguh awesome....!
Semoga faham dengan hendaknya... ^_^



#ingin jua makan ulas-ulas durian yang masak ranum lagi manis, bukan..??




#selamat menjadi durian...

p/s : karya di atas terlalu banyak kiasan,, moga anda berjaya intrepetasinya dengan baik.... wassalam w.b.t.

Ingin Mumtaz Dunia Akhirat..??

Subuh pagi itu sungguh hening lagi damai. Imran, seorang pelajar tahun akhir kejuruteraan mekanikal, melaksanakan rutin hariannya sebagai pelajar mukmin seperti biasa, solat subuh berjemaah di Masjid Asy-Syakirin yang berdekatan dengan rumah sewanya. Langkahnya begitu tenang hari itu, angin begitu sepoi-sepoi, seakan-akan ada khabaran baik yang diutus kepadanya.. " Aku ingin lebih muztaz hari ini daripada semalam. "

Setelah selesai solat fardu subuh,, Imran sentiasa tidak lupa berdoa,

" Wahai Allah, Tuhan yang Maha Penguasa, lagi Maha Mengetahui, tiada jiwa yang mampu bersembunyi dari-Mu, mahupun sekecil zarah yang begitu tampak pada penglihatanMu. Maka, kurniakanlah kepada hambaMu yang lemah ini, inayah serta cahaya dalam mengembara perjalanan ini agar aku sentiasa dapat melaksana amar makruf nahi munkar.

 Wahai Tuhan yang mengetahui setiap rahsia dan bisikan, tiada apapun yang terlindung daripada pengetahuanMu, lindungilah aku dari segala perutusan jahat yang membawaku jauh dariMu. Semoga tetap di bawah lindungan kasih sayangMu.

Wahai Tuhan yang mengetahui setiap isi langit dan bumi, mengetahui setiap ilmu di seluruh perkara, sesungguhnya hamba memohon perlindungan pada Tuhan daripada ilmu yang tidak bermanfaat dan dari amal yang tidak diterima serta dari permohonan yang tidak dimakbulkan. "

Amin Ya Rabbal 'Alamin.... , (seraya tangan menyapu air muka)

" Eh, Akhi Imran? Assalamu'alaikum.. " Fikrie menepuk bahu Imran dari arah belakang. Imran menoleh terkejut melihat keberadaan Fikrie, mutarabbinya masa sekolah dulu.. sungguh ikhwah itu, sudah yang lama tidak ditemuinya semenjak zaman persekolahan lagi.. Nostalgik sungguh...

Imran segera memulakan bicara, " Eh,, Fik..? eh,, enta belajar  kat sini gak ke..? "

" Hahaha,, tak lah,, ana baru pindah ke sini bulan lepas..", sahut Fikrie tersenyum rindu, maklumlah, mereka sangat rapat sebelum ini.

"Haa.?? da sebulan kat sini, ini kali pertama nampak enta solat subuh berjemaah kat sini..? " soal Imran menduga Fikrie yang kini mengambil jurusan perubatan, semester pertama. Fikrie ada sms tentang perihalnya ini sebelum sambung belajar, minta sedikit khidmat nasihat dan sebagainya.

"Hehe,, maaf laa,, sebelum nih, sempat solat subuh jemaah kat rumah ja,, banyak barang perlu dikemaskan sementara tengah cuti nih.? "

" Hmm,, ye laa,, kita kalau nak selamat,, kena mumtaz dunia akhirat tau,, enta dunia da cemerlang insyaAllah, dikurniakan sepasang hemisfera otak yang sangat hebat,, sampai dapat sambung pelajaran dan dapat biasiswa lagi en.... Kalau akhirat pun kena mumtaz gak lah ye.. Islam akan benar cemerlang andai solat subuhnya, seramai insan yang bersolat jumaat atau lebih lagi.."

"Ouchh,, baru jumpa, da sentap hati yang kecil ini.." kata hati Fikrie. seraya mengangguk tersengih-sengih.... bicara hatinya menyapa lagi, " apa-apa pun, alhamdulillah dapat juga mengisi kerohanian diri ini, pada subuh yang indah ini.."

" Ingat tak 5 ciri utama yang ana pernah cerita kat enta dulu sebelum ini tentang 'Mumtaz' .  "

"Haaaa,, Itu ana ingat, Berani, Gigih, Korban, Ikhlas, dan Kental... Betul tak..? "

" Nasib baik ingat... kalau tak, ana hempuk kepala ana.. hahah,, garang tak? garang tak? " gurau Imran..

.................................................................................................................................

Pertama : Gigih


"Dan katakanlah (Wahai Muhammad): "Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan." (surah At-Taubah :105)

Kita kena terus beramal dengan setiap yang diperintahkan termasuklah menuntut ilmu... terus melaksanakan jihad kerana Allah melihat setiap perbuatan yang kita lakukan...

Kedua : Berani 

"(yaitu) orang-orang yang menyapaikan risalah-risalah Allah[1222], mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang(pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan. " (surah Al-Ahzab : 39 )

Untuk menegakkan syiar islam, dakwah, tarbiyah...,, kita mesti berani, tidak takut dalam berjuang, kerana Allah akan bersama kita... Takutlah hanya kepada Allah,, cukuplah Allah sebagai pelindung...

Ketiga : Korban

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, pada-hal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh mala-petaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al-Baqarah: 214)


Dalam perjuangan Islam kita, dugaan serta cabaran itu sungguh dekat... sehingga ternanti-nanti akan datangnya pertolongan daripada Allah untuk membantu kita... maka, ada ketika pengorbanan amat diperlukan akibat dugaan tersebut.... Harap-harap anda faham.... contoh mudah , dugaan permainan komputer.. kita perlu pengorbanan, agar masa kita tidak terlalu membazir...

Keempat : Ikhlas

" Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar. " ( Al- Bayyinah : 5 )

apabila kita melakukan sesuatu perkara, apatah lagi dakwah dan tarbiyah,,, hendaklah dilaksanakan secara ikhlas... begitu juga perjuangan dalam menuntut ilmu.... Ikhlas....

Kelima : Kental

" Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)." ( Al-Hujurat : 15 )

kita hendaklah terus berjuang tanpa ragu-ragu dalam setiap perjuangan kita mengejar duniawi dan ukhrawi...

#Sekian,, Wassalam... bersama kita lakukan sebaik yang kita mampu...















Kem + Sahabat = Integriti

Assalamu'alaikum,,,

Baru-baru ini (erm,, xde la baru mana, da lebih sebulan gak sbnrnye, hehe,,, ok,, btw,, ana baru menghadiri sebuah kem yang dianjurkan oleh Kelab Santun, yang ditubuhkan oleh Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YAPEIM),, Kem tersebut bernama "Kem Generasi 1 Santun" . selama 4 hari 3 malam di Kem Ulu Sepri, negeri Sembilan...... kem uh memang Terbaik..! ehem,, apa-apa pun, nak beritahu yang manfaat kem nih begitu besar sebenarnya dan ia merupakan salah satu wadah dalam membina umat Islam yang gemilang. (haa.? achano uh.? )



Pertama : Ukhuwah.....

ana bersetuju untuk menghadiri kem ini atas dasar ingin membentuk ukhuwah fillah.. n of course, dalam kem nih, ana bertemu ramai sahabat-sahabat baru, Nasa, Din, Rushdi,dan ramai lagi la.. (maaf ye, tak dapat den nak sebut sume.. ^_^ ) dan mereka-mereka nih sangatlah Osem.! Hakikatnya, mereka memiliki logam-logam tersendiri dalam membangun ummah.. Ana percaya ramai dalam kalangan mereka akan dapat memberi sumbangan yang besar kepada Islam...

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”(Riwayat Bukhari)

Semasa Islam, 'nilai' itu akan menyokong Islam, dan sekiranya semasa jahilyah, 'nilai' tersebut akan turut menyokong kejahilan tersebut... But, dalam kes ini,, ana amat yakin bahawa mereke-mereka yg osem ni, amat bermanfaat untuk Islam..... Semoga persaudaraan dan cinta-cinta antara kami diredhai Allah...

Diriwayatkan oleh Imam Mlik dalam Al Muwatha’ dari abi Idris Al Khaulany rahimahullah bahawa ia berkata  :  “Aku pernah masuk Masjid Damaskus. Tiba-tiba aku jumpai seorang pemuda yang murah senyum yang dikerumuni banyak orang. Jika Mereka berselisih tentang sesuatu maka mereka mengembalikan kepada pemuda tersebut dan meminta pendapatnya. Aku bertanya tentang dia, lalu dikatakan oleh mereka,’Ini Muadz bin Jabal.’ Keesokan harinya , pagi-pagi sekali aku datang ke masjid itu lagi dan kudapati dia telah berada di sana tengah melakukan solat. Kutunggu ampai dia selesai melakukan solat kemudian aku temui dan kuucapkan salam kepadanya. Aku berkata,’Demi Allah aku mencintaimu. Lalu ia bertanya.’Apakah Allah tidak lebih kau cintai?’ Aku jawab,’Ya Allah aku cintai’. Lalu ia memegang ujung selendangku dan menariknya seraya berkata,’Bergembiralah karena sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah saw, berabda,”Alloh berfirman, cinta-Ku pasti akan mereka peroleh bagi orang yang saling memadu cinta kerana Aku, saling mengunjungi karena Aku, dan saling memberi kerana Aku.”


................................................................................................................................


Kedua : Ilmu Pengetahuan.....

Obvioiusly, banyak ilmu yang ana dapat di sana... sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada motivasi diri ini..... terima kasih kepada Dr Muhammad Bin Jantan kerana banyak membantu dalam penjanaan RESQ (Repositioning Emotional Spiritual Quotient).... siap muntah-muntah buang saka lagi en... tahniah-tahniah,,, syabas diucapkan,, dan terima kasih diucapkan........

Ada gak forum yang diterajui oleh 4 pejuang Islam yang telah didominasi saudara nasa.. Tahniah kepada semua yang terlibat.. Korang memang sangat hebat..!

“Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu, maka Allah mudahkan jalannya menuju Surga. Sesungguhnya Malaikat akan meletakkan sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu karena ridha dengan apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya seorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit maupun di bumi hingga ikan yang berada di air. Sesungguhnya keutamaan orang ‘alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu. Dan barangsiapa yang mengambil ilmu itu, maka sungguh, ia telah mendapatkan bagian yang paling banyak.” (Diriwayatkan oleh Ahmad , Abu Dawud , at-Tirmidzi ,Ibnu Majah , dan Ibnu Hibban)

.................................................................................................................................


Ketiga: Pengalaman....

Ana sebenarnya dah lama tak menghadiri kem-kem sebegini,, last ana pergi kem, rasanya masa tingkatan 4, dan sebelum itu juga, ana pernah menghadiri banyak kem anjuran Yayasan Bandaraya Johor Bahru,, jadi anak angkat mereka ^_^ .. ehem,, ok,, dalam kem yang baru ni, ternyata amat berbeza, mungkin kali pertama menghadirinya sebagai mahasiswa dan mampu berfikir lebih matang sepanjang kem nih.. so, basically,, badan penganjur dan urusetia susah nak tipu kami,, kalau masa sek rendah uh, boleh la tipu-tipu kami, tak kantoi pon kan, haha....

Pada masa yang sama, ana turut dapat belajar sedikit selok-belok pengurusan dalam menjayakan kem-kem sebegini... kerana ana berniat untuk menganjurkan kem-kem sebegini di masa hadapan kelak, InsyaAllah.. and one more thing, ialah untuk mengisi masa lapang dengan perkara-perkara yang lebih berfaedah.

Haa,, baru teringat.. ana telah berjaya melaksanakan tugas sebagai lelaki 'jambatan besi'.. haha,, siap dipanggil sebagai lelaki alpha lagi..=.=" .. btw,, terima kasih kerana memberi ana peluang sebegini.. ^_^
sempata juga ana memberi tazkirah maghrib,, (tapi, cam tak menjadi sangat je,, haha. ) dan ini kali pertama bagi tazkirah kat ramai orang,, gementar x gementar,, sampaikanlah sekadar ilmu yang ada,, semoga diri ini terlindung daripada riya' dan melaksanakan apa yang dikatakan.. sebab..

 "...Allah sangat membenci kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
(surah As-Saff: 3)

Gulp. *sambil menelan air liur....  sentap oo sentap... harap-harap, ana dapat laksanakan sepertimana yang diperkatakan....


Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada badan penganjur, kak siti aisyah yang sungguh tekun dalam membina ummah, para urusetia yang baik hati serta para sahabat-sahabat semua... tak dilupakan juga kepada para jurulatih kem ulu sepri,, serta mak cik dan pak cik yang sediakan makanan kami... terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung...



Mari kita bina insan yang berintegriti..!

Wassalamu'alaikum w.b.t.















- Copyright © Asna Intisar - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -