5 Principles of Life


*Allahu Ghaayatuna = Allah is our objective

*Ar-Rasul Qudwatuna = Rasul is our leader

*Al-Quran Dusturuna = Quran is our law

*Al-Jihad Sabiiluna = Jihad is our way

*Al-Mautu Fisabiilillah Asma Amanina = Dying in the way of Allah is our highest hope
Powered by Blogger.

Da'ie Ummah

Archive for February 2013

Jalinan Cinta Sahabat di Janda Baik

Merpati singgah di dahanan sena ,
Sayup angin berduduk selesa ;
Erat ukhuwah dijalin sempurna ,
Manisnya iman begitu terasa .


Assalamu'alaikum w.b.t,,,

pagi itu,, dingin begitu terasa.. namun, kehangatan jiwa menggamit rasa,,, terkadang bergolak juga minda melawan rasa malas yang merayu untuk sambung tidur. walau bagaimanapun, ku terus bersemarak semangat ingin bertaut ukhuwah bersama para sahabat handai yang baru dikenali dan bakal dikenali... meskipun,, ada yang agak kelewatan di pagi itu.. ( ehem,, termasuk diri sndiri )  mereka tetap berlapang dada, menerima pagi saudara dengan wajah yang ceria..! subhanAllah..   ^_^  .. jutaan tahniah kepada mereka yang ceriakan pagi tersebut... wuuuu~~ !!  *tepuk tangan dengan bangga.


Perjalanan yang jauh begitu terasa... sambil belajar, sambil jua menikmati alunan nasyid dikumandangkan.... untung ada di antaranya ialah lagu-lagu kegemaranku.... tenang juga mendengarnya....  sambil-sambil itu, sesekali, pandangan turut terkelih memandang alam sekitar yang serba indah... kalau la dibenarkan berhenti, drop sekejap di tepi jalan, ingin sahaja aku mengambil gambar-gambar pemandangan tersebut... namun, hasrat dipendam, memikirkan awlawiyat untuk sampai ke destinasi dengan segera... takpe2.. lain kali ada lagi peluang insyaAllah......

merdu sang angin berlagu rindu ,
membelai ombak mengusir resah,
37 ikhwah kini jitu bersatu,
Teguh menjulang syiar islamiyah.


Setibanya di sana... maka bermulalah misi-misi tarbiyah kami...... sempat kami berta'aruf antara satu sama lain.. Akhi Ahnaf turut memberikan kata-kata aluan, serta sedikit taklimat berkaitan sekretariat antarabangsa  (SEKTAR ) ISMA . dapat jua serba sedikit ilmu berkaitan "kewajipan berdakwah" serta perbincangan serba sedikit persoalan fiqh dalam kehidupan seharian.


Kemudian,,,, mulalah aktiviti air di sungai Janda Baik....... berbatu-batu sungguh.. >_<   .. (sampai injured lutut, maklumlah,, top scorer dikatakan, eh.. ehem,.. alhamdulillah, ia smakin membaik pulih.. )

Bola tampar menjadi tamparan ke sana ke mari,

menuju ke matlamat yang satu, ke arah keeper,

Tidak kiralah apa jua strategi dan taktikal yang digunakan... nak guna through ball ke, nak campak terus bagi kat wing ke hape ke... tidak kisah la... asalkan kita capai matlamat....

Apa-apapun,, ingat...! niat tidak menghalalkan cara... niat mencapai matlamat harus disertai dengan cara-cara yang berhemah, jangan main kotor ye....

Justeru, apa matlamat kita sebagai individu muslim..??? terutamanya, dalam mencapai ustaziatul alam...

kita meletakkan dasar pensyariatan islam sebagai suatu prioriti... dakwah dan tarbiyah dijadikan wasilah dalam mencapainya...

****************************



Selesai semua itu, kami mula membersihkan diri masing-masing, ada yang mandi, ada yang hanya menukar pakaian, ada yang masih makan, ada yang sempat berdiskusi permasalahan agama.

Kemudian, kami bersolat zuhur berjemaah, meskipun ruang agak sempit, namun, saf dan saf terus dirapat-rapatkan..

Inilah tanda kekuatan umat Islam.

Kita bersatu dalam satu perjuangan, mencapai satu matlamat, meraih Redha Allah.

Tidak kira apa pun halangan, Umat Islam harus bersatu..!


Akhir sekali, sebagai tanda ingatan, kami sempat mengambil gambar beramai-ramai...

Yea.. !! ^_^







Inspire your Spirit, and Let's Learn.!


  
Ilmu itu luas,
Seluas mana lautan, luas lagi samudera ilmu,
Andai dikumpulkan seluruh ilmu yang setiap apa yang kita miliki,
Belum tentu memadai dengan sekadar setitis air daripadanya.

Ilmu apa yang anda telah pelajari..??


Ilmu kejuruteraan? Ilmu perubatan? Ilmu astronomi? Ilmu agama?

Horizon ilmu cukup luas, seolah-olah seorang manusia takkan mampu mencakupi semuanya...

Yunus bin Abdul al-Ala mengungkapkan, " Kepintaran Imam Shafi'e menyamai satu per dua fikiran semua manusia yang berada di muka bumi ini. "

Bagaimana pula dengan kita..??

Adakah anda sudah rasa kita cukup bijak..??


"Saya telah belajar ilmu agama dari kecik-kecik lagi. Mak ayah saya dah ajar macam-macam dah, sampai mereka dah tak tahu nak ajar apa dah.. "

Atau..

" Haaa.. saya sudah ada degree... bukan satu... bukan dua.. tapi,, Tiga degreesssss..!!  Amacam? ada berani nak debat..? "

Cukup bijakkah kita..??

****************************

Tuntutlah ilmu walau di mana jua anda berada,
Kita punya otak yang sangat hebat bagi menampungnya,
Dicipta jua dengan cukup cantik lagi tersusun…

Ada Lobus Temporal untuk mengendalikan perihal spiritual aktiviti,
Ada Prefrontal Limbik bagi pencetus keputusan-keputusan muktamad.
Ada Hippocampus sebagai galeri ilmu sepanjang hayat,
Ada Prefrontal Kanan menjadi kilang emosi kemarahan dan cemas,
Dibantu pula Prefrontal Kiri sebagai penghulu yang mengawalnya daripada berlebihan.
Ada juga ‘Blood-brain barrier’ dilengkapi dengan ‘Astrocytes’ , menghalang serangan sebarang infeksi.

Bak kata Herbert Benson, seorang kardiologist Amerika dan pelopor ‘Mind/Body Medical Institute’ di Massachusetts General Hospital, Boston.  :

“Otak adalah seorang seniman, seorang ahli kimia, seorang ahli teknik. Ia akan terus bekerja menyusun dan mengatur dirinya sendiri. Sehingga ia bukan sahaja menjadi tempat penyimpanan yang paling berkesan di dunia, tetapi juga merupakan pencatat kejadian dan pengurus perpustakaan yang cekap. Kepantasannya belum dapat ditandingi oleh mana-mana komputer lagi . “

Nikmat otak, sebagai pemangkin pencarian ilmu,
Sungguh,, ia begitu bermakna..

Lalu, bagaimana pula kita menggunakannya..?


*************************************

Misi pencarian ilmu kita jangan pernah berakhir,
Jangan pernah merasa cukup..
Horizon ilmu ini belum tentu ada penjuru bagi manusia,
Hanya Allah yang maha Mengetahui,
PengetahuanNya merangkumi segala yang tersurat mahupun tersirat…

Apa tunggu lagi..???

Jom menimba ILMU…!!

Sederap Langkah Menuju ke Syurga…! Mari..!


*****************

Sebagai selingan,,, Meh tengok bawah ni sat…..

Al-Rabi merekodkan Imam Syafi'e pernah berkata, " Ilmu itu ada dua cabang, ilmu keagamaan iaitu ilmu fiqh dan ilmu keduniaan iaitu ilmu kedoktoran "

Imam Syafi'e juga pernah menegaskan, " Sekiranya kamu memasuki sesuatu negeri tetapi kamu tidak mendapati hakim yang adil, air yang mengalir, dan doktor yang jujur, maka jangan kamu menetap di dalamnya. "

Apa point berbicara tentang di atas ni.??

Fikir-fikirkanlah….. *khusus utk bakal-bakal doktor, mahupun yang sudah bergelar doktor.

- Copyright © Asna Intisar - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -