5 Principles of Life


*Allahu Ghaayatuna = Allah is our objective

*Ar-Rasul Qudwatuna = Rasul is our leader

*Al-Quran Dusturuna = Quran is our law

*Al-Jihad Sabiiluna = Jihad is our way

*Al-Mautu Fisabiilillah Asma Amanina = Dying in the way of Allah is our highest hope
Powered by Blogger.

Da'ie Ummah

Archive for January 2013

"Towards Muslims' Solidarity " : Jom Bersatu Jom..


Tatkala kita mula bersengkata,

Apakah yang kita akan lakukan..??

Bersembunyi berdiam diri ?  atau...  menaruh 'fuel' pada sang bara api..??

Biar apapun yang terjadi... jangan sesekali berpecah belah,,,
Meski terkadang fikrah membezakan kita...
Hakikatnya,, kita bermatlamat yang sama,,, teguh pada panji agama Islam....

Bila kita mula bermusuh.... Allah suruh kita ingat semula nikmat-nikmat yang Dia telah kurniakan.... 

dan nikmat yang terbesar ialah sunnah Rasulullullah s.a.w. dan mendamaikan hati kita.. 

Yaa.. hati kita semua....

Dan mulai detik itu.. Kita akan dapat bersatu..!! 



“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu sekalian berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya agar kamu mendapat petunjuk”

(Q.S. Ali Imran, ayat 103)


………………………………………………………………………..


Apakah “tali Allah” itu, wahai saudara-saudara ku sekalian...???

Istilah “tali Allah” ini, terdapat banyak pendapat antara ulama…  antaranya..


1.   Al-Quran

Dalam hadits Abdullah yang diriwatkan oleh Ibnu Mardawaih, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Al-Qur’an adalah tali Allah yang kukuh, cahaya yang menerangi, penawar yang memberi manfaat, sebagai penjaga bagi orang yang berpegang teguh dengannya dan penyelamat bagi yang mengikutinya“

Selama mana kita berpegang pada Al-Quran, sebagai panduan menjalani kehidupan sebagai Khalifah Allah… insyaAllah…. Semua urusan akan berjalan dengan mudah…

Jangan dijadikan mukjizat terbesar ini, hanya sekadar perhiasan……

Al-Quran telah menggariskan pelbagai cara-cara serta peraturan Islam yang sangat syumul, lagi sempurna…

bersesuaian dengan fitrah manusia….


2.   Jama’ah

 Menurut Ibnu Mas’ud, yang dimaksud “tali Allah” adalah Al-Jama’ah, Al-Qurthubi menyatakan, sesungguhnya Allah memerintahkan supaya bersatu padu dan melarang berpecah belah, karena perpecahan itu adalah kerusakan dan persatuan (Al-Jama’ah) itu adalah keselamatan. (Tafsir Qurthubi IV/159)

Lafadz Jami’an جَمِيْعًا adalah sebagai “Haal” yang menjelaskan tentang cara berpegang teguh kepada tali Allah, yaitu dengan cara bersatu padu (berjama’ah) (Tafsir Abi Su’ud Juz I/66). Hal ini disesuaikan dengan :

Sabda Rasulullah s.a.w. :

“Tetaplah kamu pada Jama’ah Muslimin dan Imam mereka “(Muttafaq alaih dari Hudzaifah bin Yaman) 


Allah mewajibkan kita supaya tidak lari dari Jemaah, supaya kita dapat terus-menerus membina benteng dari arus kejahilan….


Memandang realiti hari ini,,, tusukan – tusukan ideologi asing, begitu lasak menggugah jiwa generasi muda….

Pluralism,,,, Sekularism… Islam Moderate..!

Sejauh mana kita telah mendidik diri (tarbiyah) untuk jauh daripadanya dan kembali berpegang pada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. ??


Juga adakah kita berjaya membina ‘barrier’ iman yang kukuh untuk menghadapinya.??




3.    Dinnullah, dan lain-lain.

Sebagian Ulama ada yang mengatakan bahwa “tali Allah” itu adalah Dinnullah, menurut sebagian Ulama yang lain; Taat kepada Allah, Ikhlas dalam bertaubat, janji Allah. Al-Imaam Fakhrur Razi menyimpulkan bahwa seluruh penafsiran tersebut pada hakekatnya saling melengkapi, karena Al-Qur’an, janji Allah, Dinnullah, taat kepada Allah dan Al-Jama’ah dapat menyelamatkan orang yang berpegang teguh dengannya supaya tidak terjatuh kedalam dasar Neraka Jahannam, maka hal-hal tersebut dijadikan sebagai tali Allah agar mereka berpegang teguh dengannya (Tafsir Al-Kabir VIII/162-163). 

Islam is the way of life….

Islam is the way of life….

Islam is the way of life….

Meletakan pensyariatan Islam sebagai suatu dasar yang tertinggi ialah prioriti kita…

Dakwah dan Tarbiyah harus dijalankan secara berhemah,,, usah sesekali, menghina saudara-saudara kita, mahupun yang bukan seagama….

Sedar tak sedar….. adakalanya, ada dalam  kalangan bukan Islam, mungkin tersinggung perasaan mereka, kerana perihal dakwah yang tidak bijaksana…… pendekatan dakwah mestilah dibawa dengan cara yang terbaik…!

Pada zaman Rasulullah s.a.w. juga, ramai masyarakat jahiliyah yang tidak senang dengan kehadiran Rasulullah s.a.w… bukanlah kerana dakwah yang tidak baik, cuma, Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w. telah mengancam agama-agama asal mereka....

Sekalipun begitu, akhlak Rasulullah telah banyak membuka pintu-pintu hidayah pada hati-hati mereka ini….

Al-qudwah qabla dakwah…

Al-qudwah qabla dakwah…

Al-qudwah qabla dakwah….

Jadilah qudwah (contoh teladan) sebelum berdakwah..

“sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu”.. ayat ini, jelas menunjukkan bahawa, ketika di antara kita terjerumus dalam lembah kejahilan…

Bergejolak dengan kemaksiatan…

Menyimpang dari fitrah manusia….

Bermusuh-musuhan… berada di ambang api neraka…

Dan tatkala mereka bertaubat,, maka,, Allah selamatkan mereka dari ancaman azab neraka…


……………………………………………………………………………….


Asbabun nuzul :

Ibnu Katsir menyebutkan bahawa ayat ini mengisahkan tentang keadaan suku Aus dan Khajraj. Pada masa Jahiliyah kedua suku tersebut saling bermusuhan dan berperang selama 120 tahun. Setelah mereka memeluk Islam Allah menyatukan hati mereka sehingga mereka menjadi bersaudara dan saling menyayangi. Ketika orang-orang Aus dan Khajraj sedang berkumpul dalam satu majlis, kemudian ada seorang Yahudi yang melalui mereka, lalu ia mengungkit-ungkit permusuhan dan peperangan mereka pada bani Bu’ats. Maka permusuhan diantara kedua suku tersebut mulai memanas kembali, kemarahan mulai timbul, sebagian mencerca sebagian lain dan keduanya saling mengangkat senjata, lalu ketegangan tersebut disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian beliau mendatangi mereka untuk menenangkan dan melunakkan hati mereka, seraya bersabda:

“Apakah dengan panggilan - panggilan jahiliyah, sedang aku masih berada di tengah-tengah kalian?.” Lalu beliau membacakan ayat ini. Setelah itu mereka menyesal atas apa yang telah terjadi dan berdamai kembali seraya berpeluk-pelukan dan meletakan senjata masing-masing. 



………………………………………………………………………..


Akhir kata,,,,



Disebutkan dalam hadits yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dari Abu Hurairah, bahwasannya Rasulullah s.a.w bersabda:

“Orang-orang Yahudi telah berpecah belah menjadi 71 golongan atau 72 golongan dan orang-orang Nasrani demikian juga, sedang umatku berpecah belah menjadi 73 golongan semuanya masuk neraka kecuali satu, yaitu Al-Jama’ah.”

Jadi,,, anda golongan yang mana…???

#jom bertadabbur… ^_^






Dunia Tanpa Sempadan..?

Apakah sempadan kita dunia ini..?

Adakah fikiran-fikiran kita ini telah berjaya didoktrin oleh Barat dalam kata 'dunia tanpa sempadan' ?


seolah-olah memberi gambaran pada kita bahawa kita boleh memperoleh apa sahaja yang kita suka, apa sahaja yang kita nak di dunia ini....

dunia di mana manusia boleh mengakses apa sahaja maklumat serta informasi... including fitnah..!!

kalimat ini turut seperti mengajak kita untuk memenuhi segala yang kita inginkan..!!!!

Hakikatnya, kita perlu sedar, di dunia ini, ada banyak sempadan yang perlu dijaga..


The dividing line between Muslim n Non-Muslim is clear.... tanggungjawab kita sebagai Islam telah jelas..

ada batas dalam tatasusila..

ada batas dalam berbicara...

ada batas dalam ikhtilat...

sempadan kita ialah iman, memagari diri daripada bisikan kejahatan..

Dan ingat,,, batas sempadan duniawi yang paling hakiki ialah Maut.......


 Allah berfirman dalam al Quran, "Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." 
(Al-Anbiyaa : 35). 


Dunia hanya sebagai persinggahan, tempat mencari bekalan, bagi menuai ladang akhirat..

Usah hanyut dek arus duniawi 'tanpa sempadan' ...

Bunga nan cantik sekalipun, kembang menawan, bila tiba saatnya - kan gugur layu, mengering..

Langit nan luas sekalipun, terbentang indah, bila tiba saatnya -  runtuh berkecai-kecai....

Matahari nan terang sekalipun,  sinar memancar, bila tiba masanya - akan gelaplah bumi..!!


"Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya."  (an-Naazi'aat: 37-39)


........................................................................................................................


Dunia oo dunia......

Dunia ladang akhirat,,,

Pengembara dunia menyediakan setiap bekalan untuk akhirat.

Dunia ini sementara...

Dunia ini sementara...

Dunia ini sementara...

dan akhiratlah yang kekal abadi...




“setiap inci di muka bumi ini adalah tempat yang paling subur untuk menanam benih syurga”
(Prof Dr. Yusuf Al-Qardawi)


bagaimana nak tanam benih-benih syurga,,?

ibadah... tidak semestinya ibadah khusus seperti solat dan puasa.... namun., termasuklah,, ibadah umum,, menceriakan ibu bapa, menunaikan amanah serta berbagai lagi....

Jika dunia juga masih menjadi sasaran..!!!


Mulalah penyakit akidah menyebar,,,, 

Sekularisme...

Pluralisme.....

Liberalisme....

Islam Moderate...!

Ingatlah.. Amalkan dasar Islam yang sebenar-benar, kita pengembara dunia, maut destinasi kita.. berpeganglah pada Al-Quran dan As-Sunnah... 

Islam bukan tertegak atas dasar hujah..

Islam bukan tertegak atas dasar dialog....

Islam bukan tertegak atas dasar kata-kata...

Islam tertegak atas dasar amal....

Tak guna tahu, tapi tak amal.. tak guna juga amal sementara, tapi, tak istiqamah..

Apa-apapun,, we should just do our BEST..!!!!!!!

bentuklah tarbiyah dalam diri,,,, hasilkan fikrah yang sihat.. lahirkan generasi mukmin yang kuat..!

Jangan mudah diperdaya dengan percaturan Barat... Bangunlah dari lena, Sedarkan dari alpa..

Usah diikut telunjuk Barat.....

Kita masih belum terlambat... Ayuh.. Kita Bina Kekuatan Ummah..!!

Islam as The Way of Life.... ^_^






Daripada Abu Qatadah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik perkara yang ditinggalkan oleh seseorang selepas (setelah meninggal dunia) tiga perkara: anak soleh yang berdoa untuknya, sedekah yang berkekalan yang menyampaikan pahalanya kepadanya dan ilmu yang diamalkan selepasnya.”
(Ibn Majah, Kitab Muqaddimah, Bab Thawab Mu’allim al-Nas al-Khair.)


Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya. "
(Hadis Muslim, Kitab al-Wasiyyah, Bab Ma Yalhaq al-Insan Min al-Thawab, Abu Daud, Kitab al-Wasaya, Bab Ma Ja`a Fi al-Sadaqah ‘An al-Mayyit, al-Tirmizi, Kitab: al-Ahkam ‘An Rasulillah s.a.w. Bab Fi al-Waqf.)


Rasulullah s.a.w ada bersabda :” Orang yang cerdik ialah orang yang selalu menghitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesudah mati sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikuti hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah (untuk mendapat kebahagiaan dan pengampunan tanpa beramal soleh)”
(Hadis Riwayat Imam Tirmizi)



Sekian, assalamu'alaikum w.b.t...


Semarak Baru Asy-Syabab.!

"Yeay...!! Selamat Tahun Baru..!! "

Ehh,, Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Hmm,, tirai tahun baru telah dinaikkan,.! sedar tak sedar, umur kita semakin panjang, usia kita pula semakin pendek... haaaa... ce mana tu, ce mana tuh..? sebentar lagi akan dihuraikan harap bersabar... ^_^

Eh. eh.. agak-agak apa azam baru awak awak semua tahun ini ye..??

Respons :
"Hmm,, aku nak jadi insan yang lebih baik, kalau dapat qiamullail hari-hari, smart gak.. hmm"

" Aku nak jadi zauj (suami) yang soleh dan terbaik di samping zaujah (isteri) yang soleh "

" Haaa,, aku nak belajar sungguh-sungguh, belajar tinggi-tinggi sampai pergi oversea. ! "

dan, berbagai-bagai lagi...

Azam, Impian, Cita dan Matlamat itu sudah bagus da... apa-apapun, segalanya hendaklah kerana Allah yang Maha Esa, bagi menggapai keredhaanNya.. Jangan lupa untuk turut sering berdoa, kerana, Allah telah menjanjikan kepada hamba-hambaNya..

Ud'uni astajib lakum.. "Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu"
(Surah Al-Mukmin : 60)



dan ada banyak lagi janji Allah kepada kita....., seperti yang termaktub dalam surah Al-Baqarah..


Wa'idza sa'alaka i'badi 'anni fa'inni qoribun ujibu da'watad da'i idza da'an
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang-orang yang berdo'a kepadaKu" (Surah Al-Baqarah: 186).


SubhanAllah.... *eh,, kenapa tetiba pasal do'a ni..? ok,, cite balik pasal azam tadi..

ni ana nak cite pada sudut pandangan ana la, azam baru ini amat penting, dan sudah tentu amalnya pula dalam mencapai azam tersebut turut penting.. dan bahagian yang paling penting sekali setelah azam dan amal, ialah Istiqamah .... selalu manusia akan mudah lupa pada azam tersebut, hanya bersemangat tinggi pada peringkat awal, namun, kecundang di pertengahan perjalanan.. *ana turut tidak terlepas daripada kelalaian ini..

Secara jujurnya, kita mudah lupa.. (teringat seuntai kata-kata pedas Tun Dr. Mahathir).. kita  mudah lupa kenapa kita diciptakan.. kita sering lalai, sering alpa, dibutakan dengan arus teknologi dan pelbagai lagi.. akhirnya, azam ke mana, amal ke mana, istiqamah pun entah ke mana... dan bagi ana, tiap-tiap tahun, azam ana ialah menjadi insan yang berjaya dunia akhirat.. insyaAllah, dunia dapat, akhirat pun dapat en.. *btw, tiap-tiap tahun, mulai hari ini la, hehe, sbb tak pernah terfikir pun sebelum ni.. =.="

Bila bercerita tentang kejayaan,,, besar skop dia,, bukan sekadar berjaya dalam akademik semata-mata, malah di segenap perspektif kehidupan.. ana sedar, bukan semua perkara kita boleh gapai, boleh dikecapi, tetapi, kita perlu terus berusaha, jihad habis-habisan dalam mencapai kejayaan ini bagi meraih mardhotillah. Wajahidu fillahi haqqa jihadih. "dan berjuanglah kamu pada jalan Allah dengan sebenar-benar jihad " (Surah Al-Haj : 78 )

Haaa,, dalam nak mencapai kejayaan ni... dakwah dan tarbiyah, amar makruf dan nahi munkar, sentiasa seiring bersama, tak lekang walau sesaat... kita perlu sentiasa tarbiyah diri kita agar sentiasa mengamalkan Islam, sebagai satu cara hidup yang sebenar, di samping, mencontohi tauladan Rasulullah s.a.w.

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
( Surah Al-Imran : 104 )

Semoga kita termasuk dalam golongan-golongan yang berjaya, insyaAllah....

.......................................................................................................

umur semakin panjang... usia semakin pendek..??

ana percaya, bahawa anda yang sedang membaca ini pasti sudah dapat menangkap maksud yang ana cuba sampaikan... kita harus sedar, ajal sentiasa menanti kita... dan telah ditetapkan tarikh dan waktunya oleh Allah...

Selain itu,, hakikatnya, semakin banyak jua tanggungjawab yang kita perlu pegang.. amanah yang perlu dipikul sebagai seorang muslim.. dan kita kesuntukan masa..! percayalah, semangat jiwa semarak jundu asy-syabab perlu dilayar-layarkan...!! menegakkan agama Islam yang syumul di muka bumi....!


Terus berjuang tanpa kalah,
Tidak gentar walau sedikit,
Tidak goyah walau sedetik,

Teruslah maju ke hadapan,
Menongkah arus yang songsang,
Itu realiti yang kita harus terima..
Ayuh bangkit duhai asy-syabab muslim..!!!












- Copyright © Asna Intisar - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -