5 Principles of Life


*Allahu Ghaayatuna = Allah is our objective

*Ar-Rasul Qudwatuna = Rasul is our leader

*Al-Quran Dusturuna = Quran is our law

*Al-Jihad Sabiiluna = Jihad is our way

*Al-Mautu Fisabiilillah Asma Amanina = Dying in the way of Allah is our highest hope
Powered by Blogger.

Da'ie Ummah

Labels

Showing posts with label Kembara Musafir Ilmu. Show all posts

Semarak Baru Asy-Syabab.!

"Yeay...!! Selamat Tahun Baru..!! "

Ehh,, Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Hmm,, tirai tahun baru telah dinaikkan,.! sedar tak sedar, umur kita semakin panjang, usia kita pula semakin pendek... haaaa... ce mana tu, ce mana tuh..? sebentar lagi akan dihuraikan harap bersabar... ^_^

Eh. eh.. agak-agak apa azam baru awak awak semua tahun ini ye..??

Respons :
"Hmm,, aku nak jadi insan yang lebih baik, kalau dapat qiamullail hari-hari, smart gak.. hmm"

" Aku nak jadi zauj (suami) yang soleh dan terbaik di samping zaujah (isteri) yang soleh "

" Haaa,, aku nak belajar sungguh-sungguh, belajar tinggi-tinggi sampai pergi oversea. ! "

dan, berbagai-bagai lagi...

Azam, Impian, Cita dan Matlamat itu sudah bagus da... apa-apapun, segalanya hendaklah kerana Allah yang Maha Esa, bagi menggapai keredhaanNya.. Jangan lupa untuk turut sering berdoa, kerana, Allah telah menjanjikan kepada hamba-hambaNya..

Ud'uni astajib lakum.. "Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu"
(Surah Al-Mukmin : 60)



dan ada banyak lagi janji Allah kepada kita....., seperti yang termaktub dalam surah Al-Baqarah..


Wa'idza sa'alaka i'badi 'anni fa'inni qoribun ujibu da'watad da'i idza da'an
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang-orang yang berdo'a kepadaKu" (Surah Al-Baqarah: 186).


SubhanAllah.... *eh,, kenapa tetiba pasal do'a ni..? ok,, cite balik pasal azam tadi..

ni ana nak cite pada sudut pandangan ana la, azam baru ini amat penting, dan sudah tentu amalnya pula dalam mencapai azam tersebut turut penting.. dan bahagian yang paling penting sekali setelah azam dan amal, ialah Istiqamah .... selalu manusia akan mudah lupa pada azam tersebut, hanya bersemangat tinggi pada peringkat awal, namun, kecundang di pertengahan perjalanan.. *ana turut tidak terlepas daripada kelalaian ini..

Secara jujurnya, kita mudah lupa.. (teringat seuntai kata-kata pedas Tun Dr. Mahathir).. kita  mudah lupa kenapa kita diciptakan.. kita sering lalai, sering alpa, dibutakan dengan arus teknologi dan pelbagai lagi.. akhirnya, azam ke mana, amal ke mana, istiqamah pun entah ke mana... dan bagi ana, tiap-tiap tahun, azam ana ialah menjadi insan yang berjaya dunia akhirat.. insyaAllah, dunia dapat, akhirat pun dapat en.. *btw, tiap-tiap tahun, mulai hari ini la, hehe, sbb tak pernah terfikir pun sebelum ni.. =.="

Bila bercerita tentang kejayaan,,, besar skop dia,, bukan sekadar berjaya dalam akademik semata-mata, malah di segenap perspektif kehidupan.. ana sedar, bukan semua perkara kita boleh gapai, boleh dikecapi, tetapi, kita perlu terus berusaha, jihad habis-habisan dalam mencapai kejayaan ini bagi meraih mardhotillah. Wajahidu fillahi haqqa jihadih. "dan berjuanglah kamu pada jalan Allah dengan sebenar-benar jihad " (Surah Al-Haj : 78 )

Haaa,, dalam nak mencapai kejayaan ni... dakwah dan tarbiyah, amar makruf dan nahi munkar, sentiasa seiring bersama, tak lekang walau sesaat... kita perlu sentiasa tarbiyah diri kita agar sentiasa mengamalkan Islam, sebagai satu cara hidup yang sebenar, di samping, mencontohi tauladan Rasulullah s.a.w.

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
( Surah Al-Imran : 104 )

Semoga kita termasuk dalam golongan-golongan yang berjaya, insyaAllah....

.......................................................................................................

umur semakin panjang... usia semakin pendek..??

ana percaya, bahawa anda yang sedang membaca ini pasti sudah dapat menangkap maksud yang ana cuba sampaikan... kita harus sedar, ajal sentiasa menanti kita... dan telah ditetapkan tarikh dan waktunya oleh Allah...

Selain itu,, hakikatnya, semakin banyak jua tanggungjawab yang kita perlu pegang.. amanah yang perlu dipikul sebagai seorang muslim.. dan kita kesuntukan masa..! percayalah, semangat jiwa semarak jundu asy-syabab perlu dilayar-layarkan...!! menegakkan agama Islam yang syumul di muka bumi....!


Terus berjuang tanpa kalah,
Tidak gentar walau sedikit,
Tidak goyah walau sedetik,

Teruslah maju ke hadapan,
Menongkah arus yang songsang,
Itu realiti yang kita harus terima..
Ayuh bangkit duhai asy-syabab muslim..!!!












Durianku, Durianmu, dan Durian Kalian

Assalamu'alaikum,,,

wahai sahabat-sahabat sekalian,,,

ingin mendengar kisah tentang diriku... sebagai sebuah sebiji durian...?? Bagi menghayati kisah ini... Bayangkanlah hidup anda seperti durian.... Selamat membaca...   ^_^
.....................................................................................................................................




Diri ini ku ibaratkan seperti sebuah durian..... ( Achano uh..? )
Hidup dalam kelompok durian-durian yang lain..
Hidup pada dahan takdir ; dari sekecil benih hingga sebesar buah..
Melenggok-lenggok keriangan gembira di atas pohon..
Melihat setiap perkara yang dilakukan di atas lantai bumi,,,
Memerhati setiap manusia yang lalu-lalang,
Ku merenung diri-diri mereka..
Setiap gelagat tingkah laku mereka dirakamku..

Kadang-kadang, ada asap yang cuba mengelabui pemandanganku ini..
Asap apa ni..? kabuskah..?
Aku rasa ini bukan kabus,, kerana ada bau-bau kemalasan...
terkadang terhidu seperti bau putus asa...
Namun kucuba menahan nafas, agar debunya tidak masuk ke dalam tubuhku..
Takut merosakkan ulas-ulas dalamanku ; nanti tak manis pula...

Kulihat pula sekelilingku, ternyata masih banyak durian-durian yang masih muda..
Mereka masih perlukan nutrisi yang banyak, fikirku-
Mereka juga kelihatan lebih gagah, tidak mudah digugah oleh sang angin maut..
Namun, ada juga kulihat antara mereka yang telah gugur dari asalnya..
SubhanAllah,, sesungguhnya syurga bersama mereka..

Kuperhatikan jua sahabat handai yang lebih kurang sebaya dengan ku...
Dari jauh, mereka kelihatan sama seperti yang lain..
Dari dekat, semua yang cantik molek, sungguh ku tak menipu,
Tetapi, diri ini sering sahaja digigit serangga... =.="
Semoga kehadiran mereka dapat ku usir semampuku....

Ada juga durian-durian yang merintih tua...
ku tabik pada mereka, kerana-
mereka lebih banyak berfikir tentang maslahat masyarakat di bawah sana....
pandangan mereka lebih lama, lebih banyak yang dirakam..
ilmu mereka pasti lebih banyak daripada diri ini...
amal mereka, apatah lagi, pasti lebih banyak..

Yang berlegar-legar di dasar tanah itu,,
Kekadang terasa hairan juga aku melihat mereka ;
Namun sedikit sebanyak sepersis jua seperti hidupku,
Meniti suatu pengembaraan yang belum tahu hujungnya...
Cuma yang menjanggalkan aku... ialah.. mereka ini...
Berpakaian tetapi seperti telanjang,
Berwajah alim di alam maya, tetapi, rosak pada realiti,
Membaca tetapi tiada Tindakannya,
Dan berbagai-bagai lagi...!!
Untung andai masih ada iman di dada mereka,
Masih ada jua yang berjihad fi sabilillah merperjuang Islam..

Hakikatnya,, selalu juga aku berfikir,
adakah sama perihal durian seperti ku,
menyamai seperti perihal mereka-mereka di bawah itu...??
sama seperti perihal kaum kerabat, sahabat handai durian-durian sekalian....??

Namun kupercaya anda yang membaca kisahku ini,,
Anda.. anda.. dan anda ini......
Sungguh awesome....!
Semoga faham dengan hendaknya... ^_^



#ingin jua makan ulas-ulas durian yang masak ranum lagi manis, bukan..??




#selamat menjadi durian...

p/s : karya di atas terlalu banyak kiasan,, moga anda berjaya intrepetasinya dengan baik.... wassalam w.b.t.

Ingin Mumtaz Dunia Akhirat..??

Subuh pagi itu sungguh hening lagi damai. Imran, seorang pelajar tahun akhir kejuruteraan mekanikal, melaksanakan rutin hariannya sebagai pelajar mukmin seperti biasa, solat subuh berjemaah di Masjid Asy-Syakirin yang berdekatan dengan rumah sewanya. Langkahnya begitu tenang hari itu, angin begitu sepoi-sepoi, seakan-akan ada khabaran baik yang diutus kepadanya.. " Aku ingin lebih muztaz hari ini daripada semalam. "

Setelah selesai solat fardu subuh,, Imran sentiasa tidak lupa berdoa,

" Wahai Allah, Tuhan yang Maha Penguasa, lagi Maha Mengetahui, tiada jiwa yang mampu bersembunyi dari-Mu, mahupun sekecil zarah yang begitu tampak pada penglihatanMu. Maka, kurniakanlah kepada hambaMu yang lemah ini, inayah serta cahaya dalam mengembara perjalanan ini agar aku sentiasa dapat melaksana amar makruf nahi munkar.

 Wahai Tuhan yang mengetahui setiap rahsia dan bisikan, tiada apapun yang terlindung daripada pengetahuanMu, lindungilah aku dari segala perutusan jahat yang membawaku jauh dariMu. Semoga tetap di bawah lindungan kasih sayangMu.

Wahai Tuhan yang mengetahui setiap isi langit dan bumi, mengetahui setiap ilmu di seluruh perkara, sesungguhnya hamba memohon perlindungan pada Tuhan daripada ilmu yang tidak bermanfaat dan dari amal yang tidak diterima serta dari permohonan yang tidak dimakbulkan. "

Amin Ya Rabbal 'Alamin.... , (seraya tangan menyapu air muka)

" Eh, Akhi Imran? Assalamu'alaikum.. " Fikrie menepuk bahu Imran dari arah belakang. Imran menoleh terkejut melihat keberadaan Fikrie, mutarabbinya masa sekolah dulu.. sungguh ikhwah itu, sudah yang lama tidak ditemuinya semenjak zaman persekolahan lagi.. Nostalgik sungguh...

Imran segera memulakan bicara, " Eh,, Fik..? eh,, enta belajar  kat sini gak ke..? "

" Hahaha,, tak lah,, ana baru pindah ke sini bulan lepas..", sahut Fikrie tersenyum rindu, maklumlah, mereka sangat rapat sebelum ini.

"Haa.?? da sebulan kat sini, ini kali pertama nampak enta solat subuh berjemaah kat sini..? " soal Imran menduga Fikrie yang kini mengambil jurusan perubatan, semester pertama. Fikrie ada sms tentang perihalnya ini sebelum sambung belajar, minta sedikit khidmat nasihat dan sebagainya.

"Hehe,, maaf laa,, sebelum nih, sempat solat subuh jemaah kat rumah ja,, banyak barang perlu dikemaskan sementara tengah cuti nih.? "

" Hmm,, ye laa,, kita kalau nak selamat,, kena mumtaz dunia akhirat tau,, enta dunia da cemerlang insyaAllah, dikurniakan sepasang hemisfera otak yang sangat hebat,, sampai dapat sambung pelajaran dan dapat biasiswa lagi en.... Kalau akhirat pun kena mumtaz gak lah ye.. Islam akan benar cemerlang andai solat subuhnya, seramai insan yang bersolat jumaat atau lebih lagi.."

"Ouchh,, baru jumpa, da sentap hati yang kecil ini.." kata hati Fikrie. seraya mengangguk tersengih-sengih.... bicara hatinya menyapa lagi, " apa-apa pun, alhamdulillah dapat juga mengisi kerohanian diri ini, pada subuh yang indah ini.."

" Ingat tak 5 ciri utama yang ana pernah cerita kat enta dulu sebelum ini tentang 'Mumtaz' .  "

"Haaaa,, Itu ana ingat, Berani, Gigih, Korban, Ikhlas, dan Kental... Betul tak..? "

" Nasib baik ingat... kalau tak, ana hempuk kepala ana.. hahah,, garang tak? garang tak? " gurau Imran..

.................................................................................................................................

Pertama : Gigih


"Dan katakanlah (Wahai Muhammad): "Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan." (surah At-Taubah :105)

Kita kena terus beramal dengan setiap yang diperintahkan termasuklah menuntut ilmu... terus melaksanakan jihad kerana Allah melihat setiap perbuatan yang kita lakukan...

Kedua : Berani 

"(yaitu) orang-orang yang menyapaikan risalah-risalah Allah[1222], mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang(pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan. " (surah Al-Ahzab : 39 )

Untuk menegakkan syiar islam, dakwah, tarbiyah...,, kita mesti berani, tidak takut dalam berjuang, kerana Allah akan bersama kita... Takutlah hanya kepada Allah,, cukuplah Allah sebagai pelindung...

Ketiga : Korban

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, pada-hal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh mala-petaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al-Baqarah: 214)


Dalam perjuangan Islam kita, dugaan serta cabaran itu sungguh dekat... sehingga ternanti-nanti akan datangnya pertolongan daripada Allah untuk membantu kita... maka, ada ketika pengorbanan amat diperlukan akibat dugaan tersebut.... Harap-harap anda faham.... contoh mudah , dugaan permainan komputer.. kita perlu pengorbanan, agar masa kita tidak terlalu membazir...

Keempat : Ikhlas

" Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar. " ( Al- Bayyinah : 5 )

apabila kita melakukan sesuatu perkara, apatah lagi dakwah dan tarbiyah,,, hendaklah dilaksanakan secara ikhlas... begitu juga perjuangan dalam menuntut ilmu.... Ikhlas....

Kelima : Kental

" Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)." ( Al-Hujurat : 15 )

kita hendaklah terus berjuang tanpa ragu-ragu dalam setiap perjuangan kita mengejar duniawi dan ukhrawi...

#Sekian,, Wassalam... bersama kita lakukan sebaik yang kita mampu...















Semenjak Bila Rasulullah membaca Doa Qunut Nazilah.?

Bismillahirrahmanirrahim,,

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Hurmm,, Doa Qunut Nazilah..? Apa tuh..? Jujurnya, ana mula mengenal istilah-istilah tidak lebih dari setahun, dan semenjak itu, mulalah, misi pencarian ilmu serba sedikit tentang doa tersebut.. ^_^  .. Alhamdulillah,, dapat la menambah ilmu di dada ini.. ehemm,, yeah...! harap anda jua begitu..

"Addua'u silahul mukmin.. pasti semua sahabat tahu, doa itu senjata orang mukmin, apalagi doa yang ikhlas.."

"Ud'uni astajib lakum,,, "Berdo'a kepadaku niscaya akan Ku-perkenankan bagimu" (QS. al-Mu'min:60)"



Itu serba sedikit tentang, ana pasti ramai serba tahu tentang ini.. bagaimana pula Qunut?
"Qunut (قنوت) memilik banyak makna, namun dalam hal ini, yang dimaksud adalah berdoa kala berdiri dalam shalat."
Nazilah.?


"Nazilah (نازلة) ertinya: Bencana yang sangat berat. Jamaknya adalah nawazil (نوازل)
Maka, yang dimaksud Qunut Nazilah secara umum adalah doa yang dipanjatkan saat berdiri dalam shalat apabila terjadi bencana bencana besar yang menimpa kaum muslimin secara masal. Seperti adanya pihak yang memerangi kaum muslimin, kelaparan masal, wabah penyakit atau sebagainya."

Jadi,, secara umumnya, kita dapat rumus bahawa Qunut nazilah merupakan bentuk perhatian dan empati seorang muslim terhadap nasib yang menimpa saudara-saudaranya walau di kejauhan. Yaitu dalam bentuk memanjatkan doa kepada Allah Ta'ala. Di dalamnya terdapat ketergantungan kepada Allah dan persaudaraan terhadap sesama muslim.

#maaf,, kebanyakannya, dipetik drpd http://www.pkspiyungan.org/2012/02/qunut-nazilah-untuk-umat-islam-suriah.html  ,,,,, hehe.. ^_^

__________________________________________________________________________



Itu baru intro tuh,, sekadar perkenalan,, Untuk mengenali salasilah Qunut nazilah,, seeloknya, diperhatikan, hadis-hadis berikut.. Ia jelas memberitahu, bagaimana mula-mula Rasulullah membaca qunut Nazilah...

1)   Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz Al-Quran. (Riwayat Bukhari dan Muslim)


2)   Diriwayatkan oleh Anas bin Malik radhiallahu anhu, dia berkata, "Sesungguhnya Nabi s.a.w. melaksanakan qunut selama sebulan. Beliau melaknat (suku) Ri'l, Dzakwan dan Ushayyah. Mereka telah bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya." (Muttafaq 'alaih)


3)   Diriwayatkan dari Anas bin Malik Radhiyallahu’anhu: “Suku Ri’lan, Dzakwan, Ushiyyah, dan Bani Lihyan meminta bantuan orang kepada Rasulullah s.a.w.  untuk berlindung dari musuh, baginda memberikan bantuan 70 orang Ansar yang kami sebut sebagai Qurra’. Kebiasaan para sahabat yang disebut Qurra’ ini adalah mereka pencari bakar di siang hari dan menegakkan solat malam di malam hari. Ketika 70 orang Ansar ini berada di perjalanan dan sampai di sumur Ma’unah, mereka dibunuh dan dikhianati oleh suku Ri’lan, Dzakwan, Ushiyyah, dan Bani Lihyan. Berita ini sampai kepada Rasulullah s.a.w. , maka beliau melakukan Qunut Nazilah selama sebulan pada soalt subuh mendoakan kehancuran terhadap suku Ri’lan, Dzakwan, Ushiyyah, dan Bani Lahyan. Anas berkata: ” Kami pernah membacanya ayat Qur’an diturunkan tentang orang-orang yang dibunuh di sumur Ma’unah tersebut , kemudian ayat tersebut diangkat (mansukh) sesudah itu. (Yaitu ayat)

بَلِّغُوا عَنَّا قَوْمَنَا أَنَّا لَقِينَا رَبَّنَا فَرَضِيَ عَنَّا وَأَرْضَانَا

‘Sampaikanlah kepada kaum kami bahwa kami telah bertemu dengan Tuhan kami, maka Dia redha kepada kami dan kami redha kepada-Nya.’ “ [HR. Bukhari]


Huraian lagi mendalam:
bagaimana nak membacanya?? bila hendak membacanya.? subuh ke maghrib ke? tak pon Isyak??

Shaikhul Islam Ibn Taimiyyah ada berkata, "Doa Qunut paling banyak dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam pada solat Subuh"  [Majmu’ Fatawa 269/22]

ada juga hadis menyebut,, 
Diriwayatkan dari Anas bin Malik Radhiyallahu’anhu: “Rasulullah s.a.w. terkadang berdoa Qunut (ketika ada musibah) pada solat Maghrib dan solat Subuh” [HR. Bukhari]


kalau musibah yg melatarbelakang doa tersebut telah terhenti..? doa qunut nazilah masih boleh diteruskan ataupun tidak..??


Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu:  “Selama sebulan penuh Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam setelah membaca سمع اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ pada raka’at terakhir dari solat Isya' beliau membaca doa Qunut: ‘Ya Allah, tolonglah ‘Iyyash bin Abi Rabi’ah. Ya Allah, tolonglah Walid bin Walid. Ya Allah, tolonglah Salamah bin Hisyam. Ya Allah, tolonglah orang-orang lemah dari kaum mu’minin. Ya, Allah sempitkanlah jalan-Mu atas orang-orang yang durhaka. Ya Allah, jadikanlah tahun-tahun yang mereka lewati seperti tahun-tahun yang dilewati Yusuf’ "

Abu Hurairah berkata: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. tidak meneruskan doa Qunut setelahnya. Kemudian aku berkata kepada para sahabat: ‘Aku melihat Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam tidak meneruskan doa Qunut’. Lalu ada yang bertanya: ‘Apakah kalian melihat mereka sudah datang?’[HR. Muslim]

Ibnul Qoyyim berkata: “Qunut Nazilah dilakukan karena ada musibah yang menimpa suatu kaum atau beberapa orang. Dan Qunut Nazilah tidak dilakukan lagi setelah orang yang didoakan tersebut datang, atau telah terbebas dari tawanan, atau telah pulang dengan selamat, atau orang yang didoakan keburukan telah bertaubat. Karena disyariatkan Qunut Nazilah adalah untuk menghilangkan musibah tersebut, maka setelah hilang tidak lagi dilakukan Qunut Nazilah” [Zaadul Ma’ad 272/1]



Dengar-dengar,, kalau nak baca doa qunut nazilah nih, kena sambil angkat tangan takbiratul ihram time iktidal,,, betul ke..?

Diriwayatkan dari Anas Radhiyallahu’anhu, ia berkata: “Tidak pernah kulihat Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh dalam berdoa seperti doanya untuk para Qurra’. Dan pada saat itu aku melihat Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam pada solat Subuh beliau berdoa Qunut sambil mengangkat kedua tangannya ” [HR. Ahmad, dengan sanad shahih. An Nawawi berkata: “Diriwayatkan oleh Al Baihaqi dengan sanad shahih atau hasan”]. [Al Majmu’, 479/3]


Boleh tak baca selepas solat..?  Boleh... anda boleh rujuk di sini..portal rasmi JAKIM



Sumber rujukan : portal rasmi Masjid Wilayah  dan website muslim.or.id ~ mengkaji qunut nazilah

untuk mendownload panduan amalan bacaan doa qunut nazilah, sila klik di sini ......

Wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.. ^_^



Ya Allah,, Selamatkanlah Bumi Gaza..!!


Bismillahirrahmanirrahim,,,,, Assalamu'alaikumu w.b.t.........


“ 11 Syahid Dalam Pembunuhan Besar-Besaran Terbaru Israil Ke Atas Gaza ”  Arghh..!!!! kenapa…!!!!!!!!!!

“ Serangan israil Ke Atas Gaza Membunuh 2 Warga Palestin Dan Cederakan 9 Yang Lain ”  Ish.. Apasal dengan Israel ni..!!!!

“ Liga Arab Minta Perlindungan Antarabangsa Bagi Warga Palestin “ Haaa..,, bagus,, jadi apa hasil request Liga Arab nih..??


“ Morsi Kepada Erdogan: Terdapat Tanda-Tanda Genjatan Senjata, israil Nafi  “ israel oo israel.. bila la ko nak gencatan senjata nih,,? Tak habes2 lagi ke nak hapuskan Umat Islam…!!

“ Tentera Israil Serang 950 Sasaran Di Gaza “ Aduyai,, Ya Allah,,, Selamatkanlah Bumi Gaza..!!



*******************************************

Hadirin serta hadirat pembaca yg dirahmati Allah sekalian,,,

“Sayang Palestin tak..? Tanya seorang ustadz kepada muridnya.

Masing-masing menjawab, “ “Sayang,, kenapa tak sayang pula, Bumi Palestin, Bumi Islam, Bumi lahirnya para Anbiya’ serta Ulama’ besar Islam..”

“Hmm,, anda semua memang sangat bijak, lagi bijaksana,,, Tapi,, tahu tak apa yang berlaku kat sana..? Tanya ustadz, mencungkil dasar pemikiran muridnya itu, muda, tetapi berfikiran cukup matang, Alhamdulillah.

“Tahu,, Gaza telah menjadi mangsa israel yang begitu kejam,, bayi dibunuh…





 Kanak - kanak jua tidak terkecuali….




 Serta ramai lagi yang telah menjadi mangsa.....

Ustadz kembali menyambung,,  “ Hakikatnya, isu ini tidak hanya berlaku dalam seminggu ini, tetapi, telah berlaku bertahun-tahun lamanya sebelum ini malah semenjak Perang Al-Nakba pada tahun 1948, selama setahun menentang negara-negara Arab sekitar israel, dan ia telah dimenangi oleh israel, Keanggotaannya dalam PBB telah menguatkan lagi status israel sebagai sebuah negara berdaulat.. Lebih kurang 750, 000 penduduk Palestin terpaksa berlindung di negara-negara Arab.. “

 “Cuma, kali ini, israel lebih bertegas untuk menghancurkan bumi Gaza, menawan kota Gaza… SubhanAllah…………….. “ balas Saifuldin, salah seorang muridnya.

Ustadz tersenyum, kemudian, Syauki tiba-tiba mencelah, “Gaza pernah ditawan oleh israel dalam Perang 6 hari pada tahun 1967,,, namun berjaya diambil semula oleh negara-negara Arab pada tahun 1973 termasuk Semenanjung Sinai dalam perang Yom Kippur”

“Bagus anak-anak murid Ustadz…. ^_^ .”

Ustadz menyambung, “Masa berlaku Intifada’ kedua oleh Para Mujahid Palestin pada tahun 2000, mereka mula mengorak langkah untuk menentang Israel. Israel menganggap mereka sebagai satu tindakan terrorist…. Israel pon, konon, bermurah hati, memindahkan ratusan ribu rakyat Israel di Tebing Barat serta di Gaza, dan memusnahkan perumahan haram di kawasan tersebut pada tahun 2005 berdasarkan unilateral disengagement plan yang dirancang oleh PM Israel ketika itu Kini, israel dapat menyerang kota Gaza dengan lebih mudah, apabila rakyatnya telah keluar dari Gaza, maka, dia tidak akan dikecam hebat oleh rakyat israel itu sendiri,,, bijak  oo bijak…. Jadi apa yang kita boleh lakukan..??! “

“Boikottt..!!! “

“Derma..!!!”


“Do’a….!! Ad dua'u silahul mukmin..”

“Hmmm,, bagus3… jadi tunggu apa lagi…??!! Mari kita berusaha bersungguh-sungguh, agar bumi gaza tidak ditawan oleh Israel..!! selamatkan saudara Islam kita..!! “

“Allahu Akbar..!! Allahu Akbar...!! Allahu Akbar..!!!!! “

#p/s : anda boleh salurkan sumbangan anda ke Tabung Kecemasan Gaza, Aman Palestin – Maybank : 562263010787 .. anda boleh melawat sebarang maklumat di FB Aman Palestin atau www.amanpalestin.net

Marilah kita bersama hayati lagu ini.....Damai Yang Hilang _ NowSeeHeart

Serta amalkan doa ini terutamanya… hafal kalau boleh ye sahabat-sahabat sekalian….. Doa ini telah dibentuk dalam seni lagu agar memudahkan penghafalan,, In sha Allah.. Doa Qunut Nazilah _ UNIC


- Copyright © Asna Intisar - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -