Asna Intisar
Pages
5 Principles of Life
*Allahu Ghaayatuna = Allah is our objective
*Ar-Rasul Qudwatuna = Rasul is our leader
*Al-Quran Dusturuna = Quran is our law
*Al-Jihad Sabiiluna = Jihad is our way
*Al-Mautu Fisabiilillah Asma Amanina = Dying in the way of Allah is our highest hope
Hamasah As-Syabab
Blog Archive
Powered by Blogger.
Da'ie Ummah
Labels
- 2 Marhala Production (1)
- Bicara Tuan (1)
- Cerpen (4)
- Hamasah As-Syabab (2)
- Kelab Santun (2)
- Kembara Musafir Ilmu (5)
- Puisi (8)
- Seputar Program (5)
Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Diari Ramadhan Ibunda II
“Hidup sebagai
seorang mukmin sangat menakjubkan. Di setiap perincian urusan, nikmat mahupun
musibah, mengalir deruan hikmah dan
deras kebaikan. Tatkala nikmat disaji lazat, bersyukur kepada Allah.
Tatkala musibah menimpa berat, bersabar pula dengannya. Sungguh ajaib!”
Bersyukurlah, dan bersabarlah.
“Ya, aku harus bersabar. Dugaan
ini merupakan musibah yang Allah turunkan bagi menguji hamba-hambaNya. Dan yang
pasti, Allah tidak akan memberatkan hambaNya dengan beban yang tidak mampu
dipikul akan hamba tersebut.” Bisik dia sendiri.
Ayah ketiduran lena. Penat.
Nadiah segera mengambil selimut di kamar bilik ayahnya, masuk dan keluar
semula, menyelimutkan ayahnya dengan kasih sayang. Dahi ayahnya, dikucup mesra.
Bau-bau alkohol sedikit menusuk hidung. Dihiraukan sama sekali.
“Selamat malam ayah. Semoga ayah
sedar akan perbuatan ayah. Semenjak ibu tiada lagi bersama kita, ayah banyak
berubah. Sungguh banyak, bagai langit dan bumi. Kami, dua beradik pun tidak
menyangka akan perubahan itu. Kami tahu, kehilangan ibu begitu meninggalkan
kesan yang mendalam buat ayah. Tak. Bukan. Buat kita semua. Ibu sering
mentarbiyah keluarga kita ke jalan yang diredhaiNya. Ayah begitu senang bersama
ibu, walaupun kadangkala segan dengan ibu, kerana sedar ilmunya begitu cetek.
Dan kini, ia membuatkan Kak Nad tertanya-tanya. Adakah kehidupan ayah yang
dahulu itu seperti sekarang?”
Nadiah merenung tajam wajah lena
ayah, seraya tersenyum.
“wajah ayah sangat hensem, patutlah
ibu pun terpikat.” Nadiah menceriakan hatinya yang sedikit kecewa. Pantas
dilemparkan kekecewaannya itu jauh-jauh.
Ahh. Mustahil ibu memilih ayah
hanya kerana rupa.
Ibu pernah berbicara tentang ayah
dalam diarinya, “dari luar tampak kasar. Tapi, sungguh, saya ingin katakan
bahawa hatinya itu begitu lembut. Allah telah lembutkan hatinya, supaya
menerima lunas-lunas Islam sebagai suatu pegangan dan cara hidup, meskipun
sedikit menyimpang sebelum ni. Alhamdulillah. Abang kini semakin
bertanggungjawab. Hari demi hari, cinta kita terus bercambah subur di taman
syurga keluarga bahagia dipimpin hikmah ilmu dan rasa bertuhan.”
Nadiah tersenyum sendiri.
Eh.
Dia teringat akan Adek Jal, yang
ditinggalkannya tiba-tiba tadi. Kesian Adek Jal. Cabut!
ₒ
ₒ ₒ ₒ
ₒ ₒ ₒ
ₒ ₒ ₒ
ₒ ₒ ₒ
ₒ ₒ ₒ
ₒ ₒ ₒ
ₒ ₒ ₒ
ₒ ₒ ₒ ₒ
Ramadhan hadir dengan penuh
keindahan. Penuh harapan. Telah Allah limpahkan nikmat pahala kepada hambaNya,
lebih melimpah ruah tidak seperti bulan lainnya. Syaitan durjana dibelenggu
erat. Tak bagi lepas. Manusia bakal syahdu menyebut-nyebut namaNya, berzikir di
masjid-masjid. Termasuklah, Masjid Ar-Rasyidin yang berdekatan dengan rumah
Nadiah sekeluarga, tampak bakal menjadi semakin sesak dengan manusia yang ingin
menunaikan solat berjemaah. Bulan Ramdhan.
“Adik oo Adik. Bangun. Dah sahur
dah ni. Kak Nad dah siapkan makanan ni. Ada roti bakar je la tapi. Bangun,
bangun.”
Bingkas adiknya bangun. Tanpa banyak
kerenah. Pelik juga. Selalu sukar sahaja bila dikejutkan.
“Ayah, bangun.” Tubuh itu hanya
mengeliat lena diulit mimpi. Bergerak sedikit ke kanan, ubah posisi badannya,
bagi selesa. “Pergilah makan sana. Jangan kacau ayah.”
Bersahur.
Seusai sahur, adik bercerita
sesuatu kepada Nadiah.
“Akak, malam tadi kan, Adek Jal
mimpi jumpa lagi dengan ibu. Ibu pesan macam=macam. Tapi, yang paling ibu
selalu ualang ialah jangan tinggal solat dan bangun qiamullail setiap hari.” Si
adik kecil, Rizal, mengadu pada kakaknya.
“Akak, qiamullail tu apa kak?”
“Qiamullail tu ialah bangun
malam, dik.”
“Buat apa bangun malam-malam?”
Allahu Akbar Allahu Akbar..! Azan
subuh berkumandang, menggema udara pagi yang begitu dingin. mereka bersiap-siap
untuk mengerjakan solat Subuh berjemaah di rumah. Kecuali, ayah.
"Adik, kita solat subuh dulu
ya. Nanti lepas solat akak cerita." Nadiah tersenyum kecil pada adiknya.
Senyumannya tak pernah lekang di bibirnya, terutama apabila adiknya sering
bertanya soalan tentang agama. Bakal cendekiawan Islam barangkali, fikirnya.
Ibnu Sina?
Nadiah tersenyum sendiri.
Solat didirikan penuh aturan dan
tertib. Alhamdulillah. Adik juga dapat mengikuti sedikit sebanyak pergerakan
solat. Doa dipanjatkan atas kesejahteraan mereka sekeluarga, terselamat dari
azab kubur dan neraka. Amin.
“Qiamullail itu bangun malam dik.
Dan ia merupakan antara sunnah junjungan Rasulullah s.a.w. yang paling
digalakkan untuk dilaksanakan. Tergolong dalam sunat muakkad yang sangat
dituntut.”
“Firman Allah s.w.t. dalam Surah
Adz-Dzariyat: “Orang yang beribadah pada waktu malam berhak mendapat
rahmat Allah, juga syurga-Nya. [1]”
“Nah.. maka, qiamullail ini
memang sangat bagus buat hambaNya yang berusaha menggapai syurga Allah. Terdapat
juga ayat-ayat Al-Quran yang lain, yang turut merujuk tentang qiamullail seperti
dalam Surah Al-Furqan, ayat 64, Surah As-Sajdah, ayat 15-17, dan Surah Az-Zumar,
ayat 9. Pada waktu malam itu, para hambaNya, bangun dari tidur walaupun
seketika, menunaikan ibadah seperti zikir, tahajud dan sebagainya.”
Adik mengangguk-angguk. Bersetuju.
Atau mengantuk? Oh, tidak. Adik pasti sedang mengiyakan perbicaraan kakaknya
ini.
“Ada hadis Rasullullah s.a.w.
yang mana, Nabi Muhamad s.a.w. bersabda : “Allah SWT turun ke langit dunia
pada setiap malam ketika mana berbaki sepertiga malam yang terakhir lalu
berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya aku akan memakbulkan
untuknya, sesiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikannya dan
sesiapa yang memohon taubat kepada-Ku nescaya aku akan ampunkan dosanya.”[2] “
“Menarik bukan tawaran ini?”
sekali lagi, adik hanya tersengih. Senyum.
Adiknya berbicara semula. “Lagi satu.
Ibu juga pesan, dalam diari ibu ada mencatatkan sejumlah hutang, yakni RM100. Ibu
suruh akak pulangkan duit tu semula pada Mak Cik Zahra, jiran sebelah kita tu.”
Nadiah tersentak. “Waa.. sebegitu
sekali adikku berbicara dengan ibu. Akak? Kenapa ibu tak jumpa akak? Ibu marah
kat akak ke? ” Allahu Rabbi. Sedikit kesedihan menyelinap dalam relung jiwanya.
Mungkin kerana dosanya di dunia, buat ibu enggan bertemu dengannya lagi,
sekalipun hanya mimpi. Tidak seperti adiknya masih suci, ibarat kain putih.
“Ayah! Kak Nad nak keluar jumpa
Mak Cik Zahra sebentar!” mata Nadiah merayau-rayau di segenap penjuru rumah.
“Ayah kat mana?” Mengharap ada
sahutan suara ayahnya. Tetapi, tiada. ‘Sudah keluar mungkin?’
Duit poket tinggalan ibu dicapai.
Dua helai wang kertas RM50 diambil, dimasukkan dalam poketnya. Terus menuju ke
luar rumah. Melangkah ke rumah sebelah. Amanah ditunaikan segera. Kalau lupa? Kan
susah jadinya. Dia mengajak adiknya bersama, menemaninya.
“Assalamu’alaikum.. Mak Cik
Zahra. Ni, saya ada bawa RM100. Ibu saya pernah berhutang dengan mak cik dan
belum dilunaskan lagi kan. Nah.” Tangan menghulur mesra, diiringi senyuman.
“Terima kasih Nadiah. Kebetulan, Mak
cik sedang perlukan sedikit duit ni untuk perniagaan mak cik. Terima kasih ye
nak.”
“Sama-sama.” Nadiah tersenyum simpul.
Mak Cik Zahra membalas mesra, senyuman itu.
“Dah. Jom dik, balik rumah. Kami
balik dulu ye mak cik.”
Wajah Mak Cik Zahra sedikit
berkerut. Kehairanan.
(bersambung dalam,
Diari Ramadhan Ibunda III )
Tag :
Cerpen,
Diari Ramadhan Ibunda
“Kasih ibu tiada
galang gantinya. Dibalas sepenuhnya tidaklah mampu. Hanya sekudrat ini kupunya
untuk sentiasa mencintaimu kerana Allah yang satu, pencipta seluruh ibunda. Agar
kita dapat bersama menempah bahagia di kamar indah syurga. Bahkan sekeluarga!”
Ceritera bermula.
“Ketenangan hati merupakan antara tanda nikmat iman kurniaan
Allah. Dengan mengingatiNya, nescaya hati-hati ini menjadi tenang. Tenteram,
memencar seluruh tubuh, bagai mengalir suatu tenaga asing yang membuat anggota
tubuh terus teguh di hamparan sejadah. Bermunajat padaNya.”
Butir kalimah Ibunda yang dipetik daripada diari ibunya itu seringkali memunggah kekusutan mindanya, dibuangnya jauh-jauh. SubhanAllah. Sesekali Nadiah teresak-esak. Mohon maghfirahNya, keampunan buat segala dosanya yang seumpama pepasiran di pantai. Tidak terhitung sudah.
Butir kalimah Ibunda yang dipetik daripada diari ibunya itu seringkali memunggah kekusutan mindanya, dibuangnya jauh-jauh. SubhanAllah. Sesekali Nadiah teresak-esak. Mohon maghfirahNya, keampunan buat segala dosanya yang seumpama pepasiran di pantai. Tidak terhitung sudah.
“Kak Long. Nah, di bilik ibu, ada suatu buku kecil yang
tersimpan kemas di bawah katil ibu. Itu diari ibu.”
Erk, Nadiah tersentak sebentar. Kenapa dengan diari ibu tu?
“Harap Kak Long dapat warisi diari tersebut. Itu merupakan
luahan rasa, doa, serta harapan ibu setelah ibu tahu ramadhan ini bakal menajdi
ramadhan terakhir ibu. Allah.”
Uhuk.. Uhukk..
Ibu mendesah batuk berat. Kerongkong bagai terhimpit sempit,
sakit.
Saat-saat terakhir bersama ibunya, begitu mengesankan jiwa
raganya. Rasa kehilangan benar-benar membuatnya semakin matang dalam sebarang
penilaian hidup, dan sedar betapa nikmat dunia ini sementara cuma. Hanya adik
kandungnya yang menjadi peneman resah bicara dan gembira tawa.
Ya Allah, dikau tempatkanlah ibuku di taman orang-orang yang
soleh. Berlindung di bawah lembayung rahmat Allah yang berlimpah ruah. Wahai
Tuhan yang menggenggam nyawa keturunan Adam, jauhilah ibuku daripada azab kubur
yang menyiksakan. Allahu Rabbi. Amin ya Rabbal ‘Alamin.
Nadiah menekupkan kedua tapak tangan, lembut menyapu
wajahnya. Allahumma ‘Amin.
Adik Rizal merenung kehairanan di sisinya.
“Akak menangis ke?”
Kak Nadiah hanya tersenyum, merenung kembali wajah suci
adiknya.
“Tak la, sayang adikku. Akak Cuma terharu dengan apa yang
berlaku pada kita. Adik, rajin-rajin ya ingat pada Allah, sentiasa zikir
padaNya. Allah sentiasa memerhati kita tak kira di mana kita berada. “
Ehehehe. Adiknya tersengih-sengih manja.
“Baik kak. Adek Jal akan sentiasa ingat semua pesanan akak.”
“Jom adik. Kita pulang ke rumah dik. Solat tarawih da
selesai, witir pun da selesai. Nanti kita mengaji pulak kat umah.”
Ok!
Walaupun adiknya merangkak-rangkak bacaannya, Kak Nadiah
tidak pernah mengeluh. Apatah lagi berputus asa. Terus mengajar ayat-ayat Allah
kepadanya, memperelok bacaannya. Terngiang-ngiang di mindanya akan sebuah
hadis, yang ibunya selalu pesan, masa dia belajar ilmu Al-Qur’an. Bermula
dengan mengenal huruf-huruf hijaiyah, membaca iqra’ satu hingga enam, muqaddam
sehinggalah mula membaca kitab suci Allah ini, Al-Qur’an Al-Karim.
Dalam kitab Shahihnya, Imam Al-Bukhari meriwayatkan sebuah
hadits dari Hajjaj bin Minhal dari Syu’bah dari Alqamah bin Martsad dari Sa’ad
bin Ubaidah dari Abu Abdirrahman As-Sulami dari Utsman bin Affan Radhiyallahu
Anhu, bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan
mengajarkannya.”[1]
“Adek Jal. Adik kena belajar Al-Quran di betul-betul tau.
Barulah kita dapat baca dengan baik, lagi tartil. Cuba adik dengar pula hadis
ni.”
Diriwayatkan dari Aisyah r.a. , katanya, Rasulullah s.a.w
bersabda,
“Orang yang membaca Al-Qur’an sedangkan dia mahir
melakukannya, kelak mendapat tempat di dalam Syurga bersama-sama dengan
rasul-rasul yang mulia lagi baik. Sedangkan orang yang membaca Al-Qur’an,
tetapi dia tidak mahir, membacanya tertegun-tegun dan nampak agak berat
lidahnya (belum lancar), dia akan mendapat dua pahala.”[2]
“Haa… rugi tu, kalau adik tak pandai baca. Allah siap
janjikan syurga lagi. Kan?”
Adiknya menggangguk setuju. Senyum, menampakkan putihnya
gigi-gigi kecil.
“Dalam Al-Qur`an sendiri pun disebutkan perintah Allah s.w.t
untuk membaca Al-Qur`an dengan tartil,
Yang bermaksud : Dan
bacalah Al-Qur`an dengan setartil-tartilnya.” (Al-Muzzammil: 4)”
“Haa. Akak sudi ajarkan segala ilmu yang akak ada pada adik.
Cuma adik kena rajin belajar lah. Boleh?”
“Boleh je. Ehehe.”
Suasana dua beradik
terus ceria, dibuai dalam kasih sayang yang mendalam. Suasana yang ceria
ditambahkan lagi dengan kecomelan tingkah adiknya. Begitu menyenangkannya.
“Secomel aku mungkin? Kih, kih, kih..” Kak Nadiah berdekik
tawa kecil sendiri.
Bumpp..! Prangg..!
Eh.
Pintu kayu rumah, dikuak kasar, seseorang meredah masuk ke
rumah. Serentak, sebotol kaca kosong terhempas pecah di lantai. Nadiah segera
keluar bilik, mengharap sangkaannya benar. Laju langkahnya, menuju pintu.
“ Ahahah! Akhirnya kau mati juga.! Ahaha..! tak sangka aku,
ia bakal jadi semudah ini. Dulu, bukan main kau mengata aku. Hah! Sekarang
rasakan, siapa yang lagi berkuasa, siapa pula yang lagi lemah! Baru tau langit
tu tinggi ke rendah.!”
Berdekah-dekah ayahnya ketawa. Entah apa yang berlaku, tak
tahu lah. Yang pasti, ayahnya tengah mabuk!
Bukk..!
Ayah menghempas longlai tubuhnya di sofa berdekatan ruang
tamu. Hekkk! Sendawa besar, ayah.
Kadang-kadang, terbit juga rasa benci, menyampah pada ayah.
Ergh. Ayahnya tak pernah beri didikan agama, apatah lagi nafkah. Selama ini,
hanya ibu sahaja yang beri wang belanja kepada kami. Ibu baik, rajin solat,
baca Al-Quran, qiamullail. Ayah? Hampeh. Rasa benci yang mendalam menyelinap
dalam diri Nadiah.
“Tak bertanggungjawab langsung!” bentak kemarahan, memarak
dalam jiwanya.
Syaitan? Astaghfirullah..
Astaghfirullah. Astaghfirullah.
Dalam diari ibu, banyak sungguh bahagian yang menegaskan, “walau
bagaimanapun perilaku ayahmu, jagalah dia baik-baik. Ikutilah suruhannya,
selagi mana tidak melanggar syariat Islam. Usah ragu menasihatinya, andai
perbuatannya jauh dari landasan hikmah, ajaran Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya,
yang benar itu tetap benar, yang salah tetap salah. Bezakanlah antara yang hak
dan batil sebaiknya. Semoga kalian sentiasa di kalangan hamba Allah yang
bertaqwa.”
“Tapi, aku dah selalu menasihatinya. Semua itu sia-sia! Jadi,
bagaimana lagi harus aku perbuat?”
(bersambung dalam,
Diari Ramadhan Ibunda II )
Tag :
Cerpen,
Menjejak Erti Palestin (bahagian 1)
Pagi itu sungguh
hening. Sayup suara kicauan burung kadang kala kedengaran, samar-samar.
Aku mengeliat bangun
dari tidur. Dari atas tilam using, aku menuju ke pintu jendela, aku merenung
jauh, melihat kehijauan sekitarku. Alangkah damainya hidupku sehari-hari
begini, meski tak kaya, tetap aman sentosa. Hidup di dalam rimba sudah begitu
sinonim bagiku. Ia penawar suka dukaku, menyaksikan tumbesaranku dari
sekecil-kecil bayi hinggalah bergelar remaja hampir mencecah 20 tahun. Sering kali
juga aku berfikir tentang kehidupan di bandar sana. Maklumlah, rumah di
tengah-tengah rimba, jauh dari bandar.
Jauh-jauh pedalaman, untung
ada para mubaligh Islam yang sudi bertandang menyebarkan Islam di kampung kami
ini. Mereka mengajar nilai-nilai murni Islam yang begitu indah. Suasana ukhuwah
yang dijalin antara kami, menyebabkan kami amat tertarik tentang Islam,
sedangkan ketika itu aku baru berusia 12 tahun. Namun, aku tetap dapat merasai
nikmat Islam dan Iman yang begitu berharga.
Alhamdulillah. Teringat
pula aku pada seorang abang yang akrab denganku sewaktu kunjungan mereka pada
12 tahun yang lalu.
“Abang Azmir..! Ramai
lagi tak orang islam kat dunia ni.? “ tanyaku sambil mencuit-cuit sisi kanan
jubahnya dari belakang. Abang Azmi menoleh ke melihatku seraya tersenyum mesra.
“Adik,, orang Islam kat
dunia ini, sungguh ramai… Lebih 1.3 bilion penganut Islam di muka bumi ini..
kalau tahun 2030 mungkin boleh mencecah lebih 2.2 bilion..!! “
“waa..! Ramainya..!!! “
“Hahaha,,, ramai tu
ramai,,, tapi dik, ramai di antara mereka ibarat buih di lautan..” Abang Azmir
tersenyum sinis.
“Eh..?? Macam mana tu.?
“ hairan pula aku memikirkannya.
“ Adik, abang nak adik
ingat hadis ni betul-betul… Pastikan ingat. Ingat selalu. “ tegas abang Azmir.
Aku hanya mengangguk setuju.
Diriwayatkan daripada Thauban
r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hampir tiba suatu masa di mana
bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan
orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.”
Maka salah seorang
sahabat bertanya, “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?”
Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak
sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa
gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke
dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. ”
Seorang sahabat
bertanya: ”Apakah ’wahan’ itu hai Rasulullah?”
Baginda menjawab: ”Cinta dunia dan takut mati.”(Hadith riwayat Abu Daud)
“Erm, maksudnya, umat
islam begitu ramai tetapi tidak berguna?” tanyaku lagi ingin tahu lebih lanjut.
Abang Azmir hanya tersenyum.
Benarkah umat islam
kini benar-benar diserang oleh penyakit ini? Kalau benar, musuh-musuh islam,
pasti rasa tidak takut lagi dengan umat islam. Mudah untuk disembelih akidah
mereka. Bagaimana hendak sembuh kalau begini? Tiadakah akar-akar kayu atau
dedaun yang boleh menjadi ubatnya?
“Alang! Oo Alang! Di
mana kamu? Da bangun ke belum? Mimpi Palestin lagi ke? Mereka masih berperang
ke dalam mimpi kau tu?! “ Tersentak. Hilang aku dari rentetan peristiwa sejarah
itu. Ya. Memang baru-baru ini, aku sering bermimpi ngeri jauh dari kampung
halamanku, berada di daerah Palestin. Entah benar atau pun tidak. Kanak-kanak
dibunuh sehina-hina rupa. Mujahid ditembak tanpa secalit pun belas kasihan.
Bayi, yang tidak berdaya, apatah lagi!! Sedih. Pilu hatiku dibuatnya.!! Namun,
kekadang terbit jua rasa cemburuku dengan mereka. Mereka yang terkorban
mendapat syahid , kerana jihad fisabilillah yang diperjuangkan. SubhanaAllah!!
Dalam kesedihan, hatiku juga meronta gembira. Tetapi, agak-agak apa yang
terjadi pada Palestin sekarang ye? Dan apa pentingnya Palestin ni?!
Ilham muncul tak
semena-mena.
Aku segera keluar bilik menuju ke dapur, sedang ibuku
menyediakan sarapan. “Ibu, Alang nak cari Abang Azmir kat Bandar, boleh tak bu?
Nak jumpa dia, Nak tanya khabar Palestin. Boleh tak bu? Lagipun, kat kampung
ini tiada internet. Kalau ada sekalipun, susah nak percaya..!“
Ibu terdiam sejenak.
Sekeping roti yang beru dipotong dari bukunya, dihulur di atas pinggan.
“Ermm, susah la ibu nak
kata, lagipun kamu tu da besar. sudah dewasa. Ikut suka kamu la nak. Apa-apa
pun, Ibu percaya bahawa kamu boleh menjaga diri kamu sendiri.” Riak wajah ibu
bersahaja.
Aku percaya, ibu risau
denganku, apatah lagi jika hendak ke tempat asing. Kejutan budaya. Namun,
sempat jua kutangkap bait lampu hijau untuk aku mengembara ke bandar, mencari
abang Azmir untuk bertanya tentang khabar Palestin. Khabar baik atau khabar
buruk? Terfikir juga aku, bagaimana rupa dan keadaan palestin.? Haish…
“Abang Azmir, saya tak
faham lagi la hadith tu? “ tanyaku kebingungan. Abang masih tersenyum-senyum.
“Adik,, kenal tak bumi
palestin?”
“Ermm,, tak tahu.. itu
sejenis pokok ke?”
“Haha,, tak lah, Palestin
tu sebuah kawasan di Timur Tengah yang terletak di antara Laut Mediterranean, Terusan Suez dan Sungai Jordan.
Ketika ini, mereka sedang berjuang dalam Intifada kedua menentang rejim zionis
yang zalim..”
Suasana tahun 2000 itu
masih segar di ingatan, dari jauh, aku hanya dapat bayangkan sahaja di dasar
fikiranku ini, tanpa melihat pada realiti.
(bersambung)
Teaser ----->>> apakah yang akan berlaku pada perjuangan si anak muda ini dalam menjejaki abang Azmir di kesesakan kota raya yg kolot. Mampukah dia..?? Nantikan bahagian ke-dua...
Tag :
Cerpen,
Ingin Mumtaz Dunia Akhirat..??
Subuh pagi itu sungguh hening lagi damai. Imran, seorang pelajar tahun akhir kejuruteraan mekanikal, melaksanakan rutin hariannya sebagai pelajar mukmin seperti biasa, solat subuh berjemaah di Masjid Asy-Syakirin yang berdekatan dengan rumah sewanya. Langkahnya begitu tenang hari itu, angin begitu sepoi-sepoi, seakan-akan ada khabaran baik yang diutus kepadanya.. " Aku ingin lebih muztaz hari ini daripada semalam. "
Setelah selesai solat fardu subuh,, Imran sentiasa tidak lupa berdoa,
" Wahai Allah, Tuhan yang Maha Penguasa, lagi Maha Mengetahui, tiada jiwa yang mampu bersembunyi dari-Mu, mahupun sekecil zarah yang begitu tampak pada penglihatanMu. Maka, kurniakanlah kepada hambaMu yang lemah ini, inayah serta cahaya dalam mengembara perjalanan ini agar aku sentiasa dapat melaksana amar makruf nahi munkar.
Wahai Tuhan yang mengetahui setiap rahsia dan bisikan, tiada apapun yang terlindung daripada pengetahuanMu, lindungilah aku dari segala perutusan jahat yang membawaku jauh dariMu. Semoga tetap di bawah lindungan kasih sayangMu.
Wahai Tuhan yang mengetahui setiap isi langit dan bumi, mengetahui setiap ilmu di seluruh perkara, sesungguhnya hamba memohon perlindungan pada Tuhan daripada ilmu yang tidak bermanfaat dan dari amal yang tidak diterima serta dari permohonan yang tidak dimakbulkan. "
Amin Ya Rabbal 'Alamin.... , (seraya tangan menyapu air muka)
" Eh, Akhi Imran? Assalamu'alaikum.. " Fikrie menepuk bahu Imran dari arah belakang. Imran menoleh terkejut melihat keberadaan Fikrie, mutarabbinya masa sekolah dulu.. sungguh ikhwah itu, sudah yang lama tidak ditemuinya semenjak zaman persekolahan lagi.. Nostalgik sungguh...
Imran segera memulakan bicara, " Eh,, Fik..? eh,, enta belajar kat sini gak ke..? "
" Hahaha,, tak lah,, ana baru pindah ke sini bulan lepas..", sahut Fikrie tersenyum rindu, maklumlah, mereka sangat rapat sebelum ini.
"Haa.?? da sebulan kat sini, ini kali pertama nampak enta solat subuh berjemaah kat sini..? " soal Imran menduga Fikrie yang kini mengambil jurusan perubatan, semester pertama. Fikrie ada sms tentang perihalnya ini sebelum sambung belajar, minta sedikit khidmat nasihat dan sebagainya.
"Hehe,, maaf laa,, sebelum nih, sempat solat subuh jemaah kat rumah ja,, banyak barang perlu dikemaskan sementara tengah cuti nih.? "
" Hmm,, ye laa,, kita kalau nak selamat,, kena mumtaz dunia akhirat tau,, enta dunia da cemerlang insyaAllah, dikurniakan sepasang hemisfera otak yang sangat hebat,, sampai dapat sambung pelajaran dan dapat biasiswa lagi en.... Kalau akhirat pun kena mumtaz gak lah ye.. Islam akan benar cemerlang andai solat subuhnya, seramai insan yang bersolat jumaat atau lebih lagi.."
"Ouchh,, baru jumpa, da sentap hati yang kecil ini.." kata hati Fikrie. seraya mengangguk tersengih-sengih.... bicara hatinya menyapa lagi, " apa-apa pun, alhamdulillah dapat juga mengisi kerohanian diri ini, pada subuh yang indah ini.."
" Ingat tak 5 ciri utama yang ana pernah cerita kat enta dulu sebelum ini tentang 'Mumtaz' . "
"Haaaa,, Itu ana ingat, Berani, Gigih, Korban, Ikhlas, dan Kental... Betul tak..? "
" Nasib baik ingat... kalau tak, ana hempuk kepala ana.. hahah,, garang tak? garang tak? " gurau Imran..
.................................................................................................................................
Pertama : Gigih
Setelah selesai solat fardu subuh,, Imran sentiasa tidak lupa berdoa,
" Wahai Allah, Tuhan yang Maha Penguasa, lagi Maha Mengetahui, tiada jiwa yang mampu bersembunyi dari-Mu, mahupun sekecil zarah yang begitu tampak pada penglihatanMu. Maka, kurniakanlah kepada hambaMu yang lemah ini, inayah serta cahaya dalam mengembara perjalanan ini agar aku sentiasa dapat melaksana amar makruf nahi munkar.
Wahai Tuhan yang mengetahui setiap rahsia dan bisikan, tiada apapun yang terlindung daripada pengetahuanMu, lindungilah aku dari segala perutusan jahat yang membawaku jauh dariMu. Semoga tetap di bawah lindungan kasih sayangMu.
Wahai Tuhan yang mengetahui setiap isi langit dan bumi, mengetahui setiap ilmu di seluruh perkara, sesungguhnya hamba memohon perlindungan pada Tuhan daripada ilmu yang tidak bermanfaat dan dari amal yang tidak diterima serta dari permohonan yang tidak dimakbulkan. "
Amin Ya Rabbal 'Alamin.... , (seraya tangan menyapu air muka)
" Eh, Akhi Imran? Assalamu'alaikum.. " Fikrie menepuk bahu Imran dari arah belakang. Imran menoleh terkejut melihat keberadaan Fikrie, mutarabbinya masa sekolah dulu.. sungguh ikhwah itu, sudah yang lama tidak ditemuinya semenjak zaman persekolahan lagi.. Nostalgik sungguh...
Imran segera memulakan bicara, " Eh,, Fik..? eh,, enta belajar kat sini gak ke..? "
" Hahaha,, tak lah,, ana baru pindah ke sini bulan lepas..", sahut Fikrie tersenyum rindu, maklumlah, mereka sangat rapat sebelum ini.
"Haa.?? da sebulan kat sini, ini kali pertama nampak enta solat subuh berjemaah kat sini..? " soal Imran menduga Fikrie yang kini mengambil jurusan perubatan, semester pertama. Fikrie ada sms tentang perihalnya ini sebelum sambung belajar, minta sedikit khidmat nasihat dan sebagainya.
"Hehe,, maaf laa,, sebelum nih, sempat solat subuh jemaah kat rumah ja,, banyak barang perlu dikemaskan sementara tengah cuti nih.? "
" Hmm,, ye laa,, kita kalau nak selamat,, kena mumtaz dunia akhirat tau,, enta dunia da cemerlang insyaAllah, dikurniakan sepasang hemisfera otak yang sangat hebat,, sampai dapat sambung pelajaran dan dapat biasiswa lagi en.... Kalau akhirat pun kena mumtaz gak lah ye.. Islam akan benar cemerlang andai solat subuhnya, seramai insan yang bersolat jumaat atau lebih lagi.."
"Ouchh,, baru jumpa, da sentap hati yang kecil ini.." kata hati Fikrie. seraya mengangguk tersengih-sengih.... bicara hatinya menyapa lagi, " apa-apa pun, alhamdulillah dapat juga mengisi kerohanian diri ini, pada subuh yang indah ini.."
" Ingat tak 5 ciri utama yang ana pernah cerita kat enta dulu sebelum ini tentang 'Mumtaz' . "
"Haaaa,, Itu ana ingat, Berani, Gigih, Korban, Ikhlas, dan Kental... Betul tak..? "
" Nasib baik ingat... kalau tak, ana hempuk kepala ana.. hahah,, garang tak? garang tak? " gurau Imran..
.................................................................................................................................
Pertama : Gigih
"Dan katakanlah (Wahai Muhammad): "Beramallah kamu (akan
segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang
beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada
(Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia
menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan." (surah At-Taubah :105)
Kita kena terus beramal dengan setiap yang diperintahkan termasuklah menuntut ilmu... terus melaksanakan jihad kerana Allah melihat setiap perbuatan yang kita lakukan...
Kita kena terus beramal dengan setiap yang diperintahkan termasuklah menuntut ilmu... terus melaksanakan jihad kerana Allah melihat setiap perbuatan yang kita lakukan...
Kedua : Berani
"(yaitu) orang-orang yang menyapaikan risalah-risalah Allah[1222],
mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang(pun)
selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan. " (surah Al-Ahzab : 39 )
Untuk menegakkan syiar islam, dakwah, tarbiyah...,, kita mesti berani, tidak takut dalam berjuang, kerana Allah akan bersama kita... Takutlah hanya kepada Allah,, cukuplah Allah sebagai pelindung...
Ketiga : Korban
“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, pada-hal
belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum
kamu? Mereka ditimpa oleh mala-petaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan
(dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang
beriman bersamanya, ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah,
sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al-Baqarah: 214)
Dalam perjuangan Islam kita, dugaan serta cabaran itu sungguh dekat... sehingga ternanti-nanti akan datangnya pertolongan daripada Allah untuk membantu kita... maka, ada ketika pengorbanan amat diperlukan akibat dugaan tersebut.... Harap-harap anda faham.... contoh mudah , dugaan permainan komputer.. kita perlu pengorbanan, agar masa kita tidak terlalu membazir...
Keempat : Ikhlas
" Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya
menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas
tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang
demikian itulah Agama yang benar. " ( Al- Bayyinah : 5 )
apabila kita melakukan sesuatu perkara, apatah lagi dakwah dan tarbiyah,,, hendaklah dilaksanakan secara ikhlas... begitu juga perjuangan dalam menuntut ilmu.... Ikhlas....
Kelima : Kental
" Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman
hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka
(terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta
benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar
(pengakuan imannya)." ( Al-Hujurat : 15 )
kita hendaklah terus berjuang tanpa ragu-ragu dalam setiap perjuangan kita mengejar duniawi dan ukhrawi...
#Sekian,, Wassalam... bersama kita lakukan sebaik yang kita mampu...
#Sekian,, Wassalam... bersama kita lakukan sebaik yang kita mampu...
Tag :
Cerpen,
Kembara Musafir Ilmu,




