- Back to Home »
- Cerpen , Kembara Musafir Ilmu »
- Ingin Mumtaz Dunia Akhirat..??
Subuh pagi itu sungguh hening lagi damai. Imran, seorang pelajar tahun akhir kejuruteraan mekanikal, melaksanakan rutin hariannya sebagai pelajar mukmin seperti biasa, solat subuh berjemaah di Masjid Asy-Syakirin yang berdekatan dengan rumah sewanya. Langkahnya begitu tenang hari itu, angin begitu sepoi-sepoi, seakan-akan ada khabaran baik yang diutus kepadanya.. " Aku ingin lebih muztaz hari ini daripada semalam. "
Setelah selesai solat fardu subuh,, Imran sentiasa tidak lupa berdoa,
" Wahai Allah, Tuhan yang Maha Penguasa, lagi Maha Mengetahui, tiada jiwa yang mampu bersembunyi dari-Mu, mahupun sekecil zarah yang begitu tampak pada penglihatanMu. Maka, kurniakanlah kepada hambaMu yang lemah ini, inayah serta cahaya dalam mengembara perjalanan ini agar aku sentiasa dapat melaksana amar makruf nahi munkar.
Wahai Tuhan yang mengetahui setiap rahsia dan bisikan, tiada apapun yang terlindung daripada pengetahuanMu, lindungilah aku dari segala perutusan jahat yang membawaku jauh dariMu. Semoga tetap di bawah lindungan kasih sayangMu.
Wahai Tuhan yang mengetahui setiap isi langit dan bumi, mengetahui setiap ilmu di seluruh perkara, sesungguhnya hamba memohon perlindungan pada
Tuhan daripada ilmu yang tidak bermanfaat dan dari amal yang tidak diterima
serta dari permohonan yang tidak dimakbulkan. "
Amin Ya Rabbal 'Alamin.... , (seraya tangan menyapu air muka)
" Eh, Akhi Imran? Assalamu'alaikum.. " Fikrie menepuk bahu Imran dari arah belakang. Imran menoleh terkejut melihat keberadaan Fikrie, mutarabbinya masa sekolah dulu.. sungguh ikhwah itu, sudah yang lama tidak ditemuinya semenjak zaman persekolahan lagi.. Nostalgik sungguh...
Imran segera memulakan bicara, " Eh,, Fik..? eh,, enta belajar kat sini gak ke..? "
" Hahaha,, tak lah,, ana baru pindah ke sini bulan lepas..", sahut Fikrie tersenyum rindu, maklumlah, mereka sangat rapat sebelum ini.
"Haa.?? da sebulan kat sini, ini kali pertama nampak enta solat subuh berjemaah kat sini..? " soal Imran menduga Fikrie yang kini mengambil jurusan perubatan, semester pertama. Fikrie ada sms tentang perihalnya ini sebelum sambung belajar, minta sedikit khidmat nasihat dan sebagainya.
"Hehe,, maaf laa,, sebelum nih, sempat solat subuh jemaah kat rumah ja,, banyak barang perlu dikemaskan sementara tengah cuti nih.? "
" Hmm,, ye laa,, kita kalau nak selamat,, kena mumtaz dunia akhirat tau,, enta dunia da cemerlang insyaAllah, dikurniakan sepasang hemisfera otak yang sangat hebat,, sampai dapat sambung pelajaran dan dapat biasiswa lagi en.... Kalau akhirat pun kena mumtaz gak lah ye.. Islam akan benar cemerlang andai solat subuhnya, seramai insan yang bersolat jumaat atau lebih lagi.."
"Ouchh,, baru jumpa, da sentap hati yang kecil ini.." kata hati Fikrie. seraya mengangguk tersengih-sengih.... bicara hatinya menyapa lagi, " apa-apa pun, alhamdulillah dapat juga mengisi kerohanian diri ini, pada subuh yang indah ini.."
" Ingat tak 5 ciri utama yang ana pernah cerita kat enta dulu sebelum ini tentang 'Mumtaz' . "
"Haaaa,, Itu ana ingat, Berani, Gigih, Korban, Ikhlas, dan Kental... Betul tak..? "
" Nasib baik ingat... kalau tak, ana hempuk kepala ana.. hahah,, garang tak? garang tak? " gurau Imran..
.................................................................................................................................
Pertama : Gigih
Kita kena terus beramal dengan setiap yang diperintahkan termasuklah menuntut ilmu... terus melaksanakan jihad kerana Allah melihat setiap perbuatan yang kita lakukan...
#Sekian,, Wassalam... bersama kita lakukan sebaik yang kita mampu...