Posted by : Unknown Friday 21 December 2012



Pagi itu sungguh hening. Sayup suara kicauan burung kadang kala kedengaran, samar-samar.

Aku mengeliat bangun dari tidur. Dari atas tilam using, aku menuju ke pintu jendela, aku merenung jauh, melihat kehijauan sekitarku. Alangkah damainya hidupku sehari-hari begini, meski tak kaya, tetap aman sentosa. Hidup di dalam rimba sudah begitu sinonim bagiku. Ia penawar suka dukaku, menyaksikan tumbesaranku dari sekecil-kecil bayi hinggalah bergelar remaja hampir mencecah 20 tahun. Sering kali juga aku berfikir tentang kehidupan di bandar sana. Maklumlah, rumah di tengah-tengah rimba, jauh dari bandar.

Jauh-jauh pedalaman, untung ada para mubaligh Islam yang sudi bertandang menyebarkan Islam di kampung kami ini. Mereka mengajar nilai-nilai murni Islam yang begitu indah. Suasana ukhuwah yang dijalin antara kami, menyebabkan kami amat tertarik tentang Islam, sedangkan ketika itu aku baru berusia 12 tahun. Namun, aku tetap dapat merasai nikmat Islam dan Iman yang begitu berharga.

Alhamdulillah. Teringat pula aku pada seorang abang yang akrab denganku sewaktu kunjungan mereka pada 12 tahun yang lalu.

“Abang Azmir..! Ramai lagi tak orang islam kat dunia ni.? “ tanyaku sambil mencuit-cuit sisi kanan jubahnya dari belakang. Abang Azmi menoleh ke melihatku seraya tersenyum mesra.

“Adik,, orang Islam kat dunia ini, sungguh ramai… Lebih 1.3 bilion penganut Islam di muka bumi ini.. kalau tahun 2030 mungkin boleh mencecah lebih 2.2 bilion..!! “

“waa..! Ramainya..!!! “

“Hahaha,,, ramai tu ramai,,, tapi dik, ramai di antara mereka ibarat buih di lautan..” Abang Azmir tersenyum sinis.

“Eh..?? Macam mana tu.? “ hairan pula aku memikirkannya.

“ Adik, abang nak adik ingat hadis ni betul-betul… Pastikan ingat. Ingat selalu. “ tegas abang Azmir. Aku hanya mengangguk setuju.

Diriwayatkan daripada Thauban r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.”

Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?”

Nabi s.a.w.  menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. ”

Seorang sahabat bertanya: ”Apakah ’wahan’ itu hai Rasulullah?”

Baginda menjawab: ”Cinta dunia dan takut mati.”(Hadith riwayat Abu Daud)

“Erm, maksudnya, umat islam begitu ramai tetapi tidak berguna?” tanyaku lagi ingin tahu lebih lanjut. Abang Azmir hanya tersenyum.

Benarkah umat islam kini benar-benar diserang oleh penyakit ini? Kalau benar, musuh-musuh islam, pasti rasa tidak takut lagi dengan umat islam. Mudah untuk disembelih akidah mereka. Bagaimana hendak sembuh kalau begini? Tiadakah akar-akar kayu atau dedaun yang boleh menjadi ubatnya?

“Alang! Oo Alang! Di mana kamu? Da bangun ke belum? Mimpi Palestin lagi ke? Mereka masih berperang ke dalam mimpi kau tu?! “ Tersentak. Hilang aku dari rentetan peristiwa sejarah itu. Ya. Memang baru-baru ini, aku sering bermimpi ngeri jauh dari kampung halamanku, berada di daerah Palestin. Entah benar atau pun tidak. Kanak-kanak dibunuh sehina-hina rupa. Mujahid ditembak tanpa secalit pun belas kasihan. Bayi, yang tidak berdaya, apatah lagi!! Sedih. Pilu hatiku dibuatnya.!! Namun, kekadang terbit jua rasa cemburuku dengan mereka. Mereka yang terkorban mendapat syahid , kerana jihad fisabilillah yang diperjuangkan. SubhanaAllah!! Dalam kesedihan, hatiku juga meronta gembira. Tetapi, agak-agak apa yang terjadi pada Palestin sekarang ye? Dan apa pentingnya Palestin ni?!

Ilham muncul tak semena-mena.

Aku segera  keluar bilik menuju ke dapur, sedang ibuku menyediakan sarapan. “Ibu, Alang nak cari Abang Azmir kat Bandar, boleh tak bu? Nak jumpa dia, Nak tanya khabar Palestin. Boleh tak bu? Lagipun, kat kampung ini tiada internet. Kalau ada sekalipun, susah nak percaya..!“

Ibu terdiam sejenak. Sekeping roti yang beru dipotong dari bukunya, dihulur di atas pinggan.

“Ermm, susah la ibu nak kata, lagipun kamu tu da besar. sudah dewasa. Ikut suka kamu la nak. Apa-apa pun, Ibu percaya bahawa kamu boleh menjaga diri kamu sendiri.” Riak wajah ibu bersahaja.

Aku percaya, ibu risau denganku, apatah lagi jika hendak ke tempat asing. Kejutan budaya. Namun, sempat jua kutangkap bait lampu hijau untuk aku mengembara ke bandar, mencari abang Azmir untuk bertanya tentang khabar Palestin. Khabar baik atau khabar buruk? Terfikir juga aku, bagaimana rupa dan keadaan palestin.? Haish…

“Abang Azmir, saya tak faham lagi la hadith tu? “ tanyaku kebingungan. Abang masih tersenyum-senyum.

“Adik,, kenal tak bumi palestin?”

“Ermm,, tak tahu.. itu sejenis pokok ke?”

“Haha,, tak lah, Palestin tu sebuah kawasan di Timur Tengah yang terletak di antara Laut Mediterranean,  Terusan Suez dan Sungai Jordan. Ketika ini, mereka sedang berjuang dalam Intifada kedua menentang rejim zionis yang zalim..”

Suasana tahun 2000 itu masih segar di ingatan, dari jauh, aku hanya dapat bayangkan sahaja di dasar fikiranku ini, tanpa melihat pada realiti.




(bersambung)



Teaser ----->>>  apakah yang akan berlaku pada perjuangan si anak muda ini dalam menjejaki abang Azmir di kesesakan kota raya yg kolot. Mampukah dia..?? Nantikan bahagian ke-dua...



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Asna Intisar - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -