- Back to Home »
- Bicara Tuan »
- Angan-angan Sang Khalifah
Posted by : Unknown
Friday 8 November 2013
Jika tuan masih diulit mimpi kosong,
Sedarlah, dan bangunlah.
Sungguh mimpi itu hanya melekakan dirimu.
(Shuhh.. Shuhh… pi main jauh-jauh wahai mimpi, biar tuan ini menghadap realiti)
Sedarlah, dan bangunlah.
Sungguh mimpi itu hanya melekakan dirimu.
(Shuhh.. Shuhh… pi main jauh-jauh wahai mimpi, biar tuan ini menghadap realiti)
Syaitan sentiasa menjanjikan mereka serta memperdayakan
mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak
lain hanyalah tipu daya semata-mata.
( surah an-nisa’ 4:120)
***
Manusia memang kuat angan-angannya, tetapi…
Apakah usaha mereka untuk menggapainya?
Apakah usaha mereka untuk menggapainya?
Setiap hari, rutin disumbatkan dengan kerja-kerja yang tak
bermanfaat.
Lupa matlamat. Lupa segalanya.
Konon ber’facebook’ nak berdakwah, padahal, buat benda lagha
lain. (dakwah sebagai alasan? )
Eh.
Eh.
Konon nak bina syarikat nak bina hotel lima bintang! (lima
bintang woo!)
Tetapi, langsung tiada perancangan jangka mas pendek, dan jangka masa panjang.
Tetapi, langsung tiada perancangan jangka mas pendek, dan jangka masa panjang.
Konon nak jadi pelajar contoh, pelajar cemerlang. Tetapi,
malas berusaha.
Bila lagi nak istiqamah amalnya? Kata sayangkan Tuhan. Kata
cintakan Tuhan.
Tak benarkah?
Atau memang, nak tunggu ajal mendekat?
Anas r.a. katanya: Nabi s.a.w. telah menggariskan beberapa
garisan lalu ia bersabda ˜ini angan-angan manusia dan yang ini ajalnya. Ketika
seseorang itu dalam keadaan demikian (panjang angan-angan yang tidak
putus-putus) tiba-tiba datanglah garisan yang pendek (sampai ajalnya mati).
(Riwayat
Hadith al-Bukhari).
Dan tuan? Tuan, masih asyik berangan-angan kosong?
(Oh ya, mimpi dan angan-angan itu sangat bagus, seandainya
manusia cuba merealisasikan mimpi dan angan-angan yang murni itu.)