Asna Intisar
Pages
5 Principles of Life
*Allahu Ghaayatuna = Allah is our objective
*Ar-Rasul Qudwatuna = Rasul is our leader
*Al-Quran Dusturuna = Quran is our law
*Al-Jihad Sabiiluna = Jihad is our way
*Al-Mautu Fisabiilillah Asma Amanina = Dying in the way of Allah is our highest hope
Hamasah As-Syabab
Blog Archive
Powered by Blogger.
Da'ie Ummah
Labels
- 2 Marhala Production (1)
- Bicara Tuan (1)
- Cerpen (4)
- Hamasah As-Syabab (2)
- Kelab Santun (2)
- Kembara Musafir Ilmu (5)
- Puisi (8)
- Seputar Program (5)
Mari Menuai Pokok Spageti
Tahukah Anda?
Pada tahun 1957, BBC news telah berjaya merakam satu video tiga minit, beberapa pekerja sedang menuai pokok Spageti.
Inilah 'Bukti' yang dikemukakan.
Guess what...
Finally, pihak Panorama, BBC telah bertindak mengisytiharkan bahawa itu adalah palsu, dan hanya sempena April's Fool Day!!
Weee! (Best tak kena tipu?? p/s: pertanyaan ini hanya pada mereka yang mula-mula percaya wujudnya pokok spageti)
Kalaulah anda tertipu ketika anda sedang tengok berita BBC pada zaman itu. Agak-agak ada rasa nak boikot BBC news tak?
(berita rujuk, di sini : http://www.museumofhoaxes.com/hoax/archive/permalink/the_swiss_spaghetti_harvest)
Well. Well. Well...
Nah... Nak berbohong lagi?
Hmmm... Tetiba teringat, program-program dalam TV, "wakenabeb", "Just for Laugh" dan sebagainya.
Fikir-Fikirkanlah.
Pada tahun 1957, BBC news telah berjaya merakam satu video tiga minit, beberapa pekerja sedang menuai pokok Spageti.
Inilah 'Bukti' yang dikemukakan.
***
dan tahukah anda, selepas itu, mereka mendapat banyak (!!!) maklum balas daripada penonton.
"Bagaimana supaya mereka boleh menanam pokok spageti mereka sendiri."
Well. Well. Well.
Guess what...
Its, The Swiss Spaghetti Harvest Prank!! ( atau bahasa melayunya, Gurauan Penuaian Spageti Swiss!)
Finally, pihak Panorama, BBC telah bertindak mengisytiharkan bahawa itu adalah palsu, dan hanya sempena April's Fool Day!!
Weee! (Best tak kena tipu?? p/s: pertanyaan ini hanya pada mereka yang mula-mula percaya wujudnya pokok spageti)
(berita rujuk, di sini : http://www.museumofhoaxes.com/hoax/archive/permalink/the_swiss_spaghetti_harvest)
***
Well. Well. Well...
Rasulullah s.a.w. ada bersabda: "Celakalah sesiapa yang bercakap (atau berbuat) dan berbohong bagi tujuan orang bergelak ketawa, celakalah baginya (Riwayat Abu Daud).
Nah... Nak berbohong lagi?
Hmmm... Tetiba teringat, program-program dalam TV, "wakenabeb", "Just for Laugh" dan sebagainya.
Dalam hadis yang lain Nabi juga menegaskan ertinya "TIDAK HALAL seorang Muslim menakutkan (dengan berita palsu atau lawak tertentu) yang lain walaupun bergurau" (Riwayat Abu Daud)
Jadi, apakah pendapat anda semua tentang PRANK ini.
April Fool's Day?
Heh.
(p/s: Hadis-hadis di atas, tidak dapat dipastikan kesahihannya. Ini atas kelemahan diri saya sendiri. saya petik hadis tersebut daripada sini, facebook page Ustaz Zaharudin (Zaharudin.net) )
Oh ya.. pernah tengok ini?
Oh ya.. pernah tengok ini?
"Comedy show pranks girls, asks them to convert to Islam to win Bieber tickets"(lihat di sini: http://www.examiner.com/article/comedy-show-pranks-girls-asks-them-to-convert-to-islam-to-win-bieber-tickets )
Fikir-Fikirkanlah.
Jom Dating.
Assalamualaikum w.b.t.
Sebenarnya... Saya nak jujur ni...
Saya... Saya... Saya suka sangat kat awak!
(seraya memerhatikan anda dengan senyuman yang menggoda)
bak kata dalam bahasa arabnya.
Ana uhibbuka/i fillah abadan abada!
(Ok. Terasa naik sedikit bulu roma ini berdiri)
Entri ini sebenarnya... sebenarnya...
Khusus! Untuk mengajak anda yang membaca ini untuk dating.
(Apa?? Dating? Dating yang ada gitu-gitu tu ke?)
Hmm... tak adalah gitu-gitu sangat. Biasa sahaja.
Ada Rukuk, ada Sujud, ada Berdiri tegak, dan sebagainyalah.
(Mesti anda sudah dapat menangkap apa mesej entri ini kan... Tapi, tetap nak ulas jugak!)
Mengingat semula, intipati khutbah baru-baru ini, bagai mengetuk-ngetuk cranium (senang baca: tengkorak kepala) berketak-ketak, lalu mendorong membuat entri ini.
Ia adalah soal temu janii.
Pernah membuat temu janji? Dengan kawan, boyfriend, girlfriend atau pensyarah/guru (dalam kelas)?
Bayangkan, satu pasangan lelaki dan wanita, yang asyik dalam khayalan 'cinta'nya.
P : Awakks, jum pegi jumpa kat MidValley jums... nax tgokss wayanggg~ Alaa.. cite Ombak Rindu kan baru kuar...(p/s: maaf, aku tak reti bahasa-bahasa begini, dan main sebat sahaja. mwahaha!)
L: Oh.. Boleh ja. Takde hal la. Jangan kata MidValley. Tengok wayang kat Korea pun boleh! Bleh Jumpa artis feveret awak tu. CN Blue kan..
P : Waaahh! best2.. tapi, takpew lar.. Nax kat Midvalley jeww.
(Arghhh!! Dah! Tak larat nak tulis panjang-panjang cerita ni!)
Kita begitu mudah untuk menunaikan janji temu kita dengan manusia.
(Apalagi kalau bertemu dengan orang yang kita sayang. Orang yang kita cinta)
Bagaimana temu janji kita dengan Allah?
Terutamanya.. Subuh?
Bagaimana kita boleh asyik terlepas pandang, dan asyik terlewat, sedang kita sudah tahu waktu temu janjinya?
Kita telah diciptakan akal fikiran dan sebagainya untuk memenuhi tanggungjawab kita sebagai 'Abid dan Khalifah.
Tapi, kita masih tak mampu laksanakannya? Secara Istiqamah? Konsisten?
Jadi?
Renung-renungkan. Dan selamat beramal!
p/s: Siapa tulis post ni? Macam tak 'matang' jer...
Sebenarnya... Saya nak jujur ni...
Saya... Saya... Saya suka sangat kat awak!
(seraya memerhatikan anda dengan senyuman yang menggoda)
bak kata dalam bahasa arabnya.
Ana uhibbuka/i fillah abadan abada!
(Ok. Terasa naik sedikit bulu roma ini berdiri)
***
Entri ini sebenarnya... sebenarnya...
Khusus! Untuk mengajak anda yang membaca ini untuk dating.
(Apa?? Dating? Dating yang ada gitu-gitu tu ke?)
Hmm... tak adalah gitu-gitu sangat. Biasa sahaja.
Ada Rukuk, ada Sujud, ada Berdiri tegak, dan sebagainyalah.
(Mesti anda sudah dapat menangkap apa mesej entri ini kan... Tapi, tetap nak ulas jugak!)
Mengingat semula, intipati khutbah baru-baru ini, bagai mengetuk-ngetuk cranium (senang baca: tengkorak kepala) berketak-ketak, lalu mendorong membuat entri ini.
Ia adalah soal temu janii.
Pernah membuat temu janji? Dengan kawan, boyfriend, girlfriend atau pensyarah/guru (dalam kelas)?
Bayangkan, satu pasangan lelaki dan wanita, yang asyik dalam khayalan 'cinta'nya.
P : Awakks, jum pegi jumpa kat MidValley jums... nax tgokss wayanggg~ Alaa.. cite Ombak Rindu kan baru kuar...(p/s: maaf, aku tak reti bahasa-bahasa begini, dan main sebat sahaja. mwahaha!)
L: Oh.. Boleh ja. Takde hal la. Jangan kata MidValley. Tengok wayang kat Korea pun boleh! Bleh Jumpa artis feveret awak tu. CN Blue kan..
P : Waaahh! best2.. tapi, takpew lar.. Nax kat Midvalley jeww.
(Arghhh!! Dah! Tak larat nak tulis panjang-panjang cerita ni!)
Kita begitu mudah untuk menunaikan janji temu kita dengan manusia.
(Apalagi kalau bertemu dengan orang yang kita sayang. Orang yang kita cinta)
Bagaimana temu janji kita dengan Allah?
"Sungguh solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman." [QS An-Nisa', 4:103]
Terutamanya.. Subuh?
Bagaimana kita boleh asyik terlepas pandang, dan asyik terlewat, sedang kita sudah tahu waktu temu janjinya?
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (4) Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (6) " [Surah At-Tin. ayat 4 - 6 ]
Kita telah diciptakan akal fikiran dan sebagainya untuk memenuhi tanggungjawab kita sebagai 'Abid dan Khalifah.
Tapi, kita masih tak mampu laksanakannya? Secara Istiqamah? Konsisten?
***
Jadi?
Renung-renungkan. Dan selamat beramal!
"Demi masa (1). Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. (2) Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan amal soleh, dan mereka saling menasihati supaya mentaati kebenaran serta saling menasihati supaya menetapi kesabaran. (3)" [ Surah Al-Asr, ayat 1-3]
***
Garis
Antara kau dan
aku
ada beberapa garis.
ada beberapa garis.
Ketika
senyum berbalas kuntumnya - satu garis terpadam.
Ketika
tangan berjabat eratnya – dua garis terpadam.
Ketika
bicara berlafaz mesranya – tiga garis terpadam.
senyum berbalas kuntumnya - satu garis terpadam.
Ketika
tangan berjabat eratnya – dua garis terpadam.
Ketika
bicara berlafaz mesranya – tiga garis terpadam.
Yang pasti –
menyeberang garis-garis itu
ada satu ruang khusus, menghubungindah
hati-hati kita, pada pijar akidah
menyalakan suar
iman – berlapang dada
selebarnya.
ada satu ruang khusus, menghubungindah
hati-hati kita, pada pijar akidah
menyalakan suar
iman – berlapang dada
selebarnya.
Sungguh
apabila semua garis ini terpadam
kita tak dapat dipisahkan lagi
kecuali mati.
apabila semua garis ini terpadam
kita tak dapat dipisahkan lagi
kecuali mati.
Dari an-Nu’man bin Basyir dari Nabi Muhamad s.a.w., beliau bersabda:
"Perumpamaan kaum mukminin dalam cinta-mencintai, sayang-menyayangi dan bahu-membahu, seperti satu tubuh. Jika salah satu anggota tubuhnya sakit, maka seluruh anggota tubuhnya yang lain ikut merasakan sakit juga, dengan tidak bisa tidur dan demam".
(Shahîh. HR al-Bukhâri (no. 6011), Muslim (no. 2586) dan Ahmad (IV/270), dari Sahabat an-Nu’man bin Basyir Radhiyallahu 'anhu , lafazh ini milik Muslim.)
(dipetik daripada: http://pustakaimamsyafii.com/ukhuwah-islamiyah.html)
Begitulah yang dapat digambarkan apabila
berbicara tentang rapatnya suatu ukhuwah itu.
Memang benar,
kadang mungkin ada sahaja sengketa di antara kita
disebabkan oleh khilaf-khilaf kita sebagai manusia.
kadang mungkin ada sahaja sengketa di antara kita
disebabkan oleh khilaf-khilaf kita sebagai manusia.
Cakap bernada tinggi sikit, disangka marah.
Cakap bernada rendah sikit, terlalu
perlahan, tak dengar! Cakaplah kuat sikit!
Setiap perbuatan kita ada sahaja
disalahertikan,
mungkin sahaja kita berniat baik, walhal disangka jahat
mungkin sahaja kita berniat jahat… (hmm.. itu sendiri mahu ingat laaa… )
Imam Syeikh Hassan Al Banna pernah menyebut
:
"Serendah-rendah ukhwah ialah berlapang dada,setinggi-tinggi ukhwah ialah
melebihkan orang lain berbanding diri sendiri"
Justeru itu, terhadap sahabat, teruskan
berlapang dada, sekurang-kurangnya.
Tapi, bukankah melebihkan orang lain daripada diri sendiri itu lebih baik?
Tapi, bukankah melebihkan orang lain daripada diri sendiri itu lebih baik?
Disebut dalam kumpulan Hadis 40 Imam
An-Nawawi, hadis ke -13,
(tuan-tuan dan puan-puan pasti sudah sinonim benar dengan hadis ini bukan?)
(tuan-tuan dan puan-puan pasti sudah sinonim benar dengan hadis ini bukan?)
Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik r.a., pembantu Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda:
“La yu’minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsihi.”
Which means, “None of you will have faith till he wishes for his brother what he likes for himself.”
Bermaksud: Tidak beriman (secara sempurna)seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
(Riwayat Al-Bukhari no. 13, Muslim no. 45,
dan Ahmad no.18076)
dipetik daripada buku Hadis 40 Imam Nawawi, susunan Zahazan Mohamed dan Muhammad Zakaria)
Okay!
Rasanya, tak perlulah ulas panjang-panjang
tentang ini. Masing-masing pasti sudah tahu kan...
dipetik daripada buku Hadis 40 Imam Nawawi, susunan Zahazan Mohamed dan Muhammad Zakaria)
Okay!
Rasanya, tak perlulah ulas panjang-panjang
tentang ini. Masing-masing pasti sudah tahu kan...
Oh ya!
Terima kasih kepada semua yang mengucapkan kata-kata doa dan selamat ke atas saya.
Semoga Tuhan melimpahkan rahmat dan kurniaNya, juga kasih-sayangNya buat kalian semua.
Syukran Jazilan!
(Ini adalah bukti! bahawa kematian sudah mendekat! Sila beramal! Sila beramal! )
Tag :
Puisi,
Merungkai Gelisahnya Hati
"Wastaghfiru rabbukum thumma inna rahimuw wadud."
"Seek forgiveness from your Lord, and return towards Him. Indeed my Lord is the Most Merciful, and He loves His creation."
Hati manusia apabila merasa berdosa, mereka cenderung gelisah, murung dan terasa terhalang daripada melakukan perkara-perkara kebaikan (mahmudah). Mana taknya, bayangkan seandainya seorang yang meminum arak pada waktu selepas maghrib, tiba-tiba mendengar azan untuk menunaikan solat isyak berjemaah di masjid. Jika masih ada imannya, tentu dia akan merasa gelisah hendak ke masjid atau tidak. Jika tidak... (masih ada iman?)
OK... Ok.... (macam tiada kene mengena kan)
Contoh lain. Apabila kita baru sahaja mengumpat sahabat kita tanpa pengetahuan sahabat tersebut. Ada tak rasa gelisah? merasa berdosa?
(Err.. Boleh dapat tangkap kan apa yang cuba disampaikan ni.)
...........
(The point is, kita akan merasa gelisah apabila melakukan dosa.)
Baiklah, seterusnya,
Rasulullah s.a.w. bersabda :
مَنْ لَزِمَ الاِسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ
Dan di saat itu, mohonlah ampun kepada Allah. Dosa sekecil mana pun, pasti sudah cukup untuk menghalang seseorang itu untuk melakukan kebaikan.“Barang siapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dari setiap permasalahannya, dan Allah jadikan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan Allah akan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
Astagfirullah.
Astaghfirullah.
Astaghfirullah.
Aku mohon ampunan kepada Allah
Aku mohon ampunan kepada Allah.
Aku mohon ampunan kepada Allah.
I seek forgiveness from Allah.
I seek forgiveness from Allah.
I seek forgiveness from Allah.
Dalam Al-Qur'an ada menyebut, tentang fadhilat istighfar, yang sama juga pernah diceritakan dalam kisah Imam Hassan Al-Banna.
Dikisahkan dalam Tafsir al-Qurthubi, bahwa suatu hari ada orang yang mengadu kepada al-Hasan al-Bashri tentang lamanya hidup susah, maka beliaupun berkata, "Beristighfarlah kepada Allah".
Kemudian datang lagi orang yang mengadu tentang kemiskinan, beliaupun memberi solusi, "Beristighfarlah kepada Allah". Terakhir ada yang meminta agar didoakan punya anak, al-Hasan mengajukan , "Beristighfarlah kepada Allah". Ar-Rabi' bin Shabih yang kebetulan hadir di situ bertanya, "Kenapa engkau menyuruh mereka semua untuk beristighfar?".
Maka al-Hasan al-Bashri pun menjawab, "Aku tidak mengatakan hal itu dari diriku sendiri. Namun sungguh Allah telah berfirman dalam surat Nuh: "Aku (Nabi Nuh) berkata (pada mereka), "Beristighfarlah kepada Rabb kalian, sungguh Dia Maha Pengampun. Niscaya Dia akan menurunkan kepada kalian hujan yang lebat dari langit. Dan Dia akan memperbanyak harta serta anak-anakmu, juga mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untukmu".
Dan Allah berfirman dalam surat Nuh, ya 10 hingga 12 :
"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.` (Surah Nuh: 10)
"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu, (Surah Nuh: 11)
“Dan Ia akan memperbanyak harta kekayaan serta anak-anakmu; serta mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). (Surah Nuh: 12)
Berdasarkan ayat di bawah pula,
Allah akan mengangkat azab daripada mereka yang meminta ampun kepadaNya.“Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.” (QS. Al anfal : 23)
Dan Rasulullah s.a.w. bersabda :
وَاللهِ، إِنِّيْ لَأَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ فِيْ الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِيْنَ مَرّةً
Dalam Surah Hud pula, ayat 52:“Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali” (HR. al-Bukhari)
"Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!"(Surah Hud, 8:52)
***
Rumusan Fadhilat Istighfar:
1. Menghantarkan hujan lebat mencurah-curah. (dengan musim-musim kemarau, dan keadaan jerebu ini, beristighfarlah ya.)
2. Memperbanyak harta kekayaan.
3. Menambah zuriat.
4. Mengangkat azab.
5. Mengampunkan dosa.
6. Mengadakan kebun-kebun tanaman dan sungai-sungai. (sebagai mata pencarian atau sumber air)
7. Menambah kekuatan atas kekuatan. (memberikan kelebihan melebihi apa yang telah dipunyai)
Salah seorang salaf Fudhail berkata : “Istighfar tanpa meniggalkan dosa adalah taubatnya para pendusta.”
Dan seorang salaf yang lainnya ditanya tentang istighfar, “Istighfar bagaimanakah yang menhapuskan dosa?” ia menjawab, “istighfar harus dimulai dengan istijabah, kemudian dengan inabah, kemudian dengan taubat, yang dimaksud dengan istijabah adalah amalan anggota badan yakni dengan meninggalkan apa yang dilarang, kemudian inabah adalah amalan hati dengan kembali dan menghadap kepada-Nya, kemudian taubat adalah dengan ia datang kepada Rabb-nya dengan hatinya dan beristihgfar dari kekurangan yang terjadi dalam istighfarnya…
Talk Show: Becoming A Creative Super Learner
27 January - Zaid Ali Alsagoff (International Medical University’s e-Learning Manager) was voted No. 1 in the World (and Asia-Pacific) on the ‘Top e-Learning Movers & Shakers in 2013’ (TEMS13) poll based on votes from 1861 learning professionals/educators around the world. Hasnain Baloch, IMU’s Senior Instructional Designer was No 6 in the World, and No 3 in Asia-Pacific according to the same poll. A big congratulations to both!
On the 13rd of March 2014, a very interesting talk show was supervised by Muslim Society held in auditorium of IMU. Truthfully speaking, there were array of beneficial knowledge in fast and yet creative learning in order to boost the students academic performance. (Wee!! )
Out of curiosity, He, Zaid Ali Alsagoff, asked us on how much time we have spent on facebook, and preparing beforehand of lectures (i don't remember some other questions. heh.) Well, that's make us reflect on ourselves on how much we waste our time for useless matter.
In boosting our memory performance, we should always keep repeating to revise on that particular facts, after 24 hours, after a week and after a month!
Short term memory : Repeat to Remember
Long term memory: Remember to Repeat
We were also asked to check our speed reading. You can take test online here. Speed Reading Test Online
(Mine was only 317 wpm! there was a guy who get 1000+ wpm!! I don't either its fake or not, just believe it then, to inspire us )
Food plays a very vital role. Like Banana, Omega-3 food stuffs and others, i don't remember, this based on facts talked by a nutrition and dietition student.
Hmm.. Well, what's else?
Oh yeah! How about Focus and Attention?
To enhance your learning performance, focus and attention were very crucial. In a class/lecture, a study proved that students memory performance only good at the first 10 minutes and the last 10 minutes only. So, a time break should be given priority especially when it comes to the class of 2 hours or maybe 3 hours?!
And, Superbrain Yoga!
or watch here: https://www.youtube.com/watch?v=KSwhpF9iJSs
Juggling!
or watch here: https://www.youtube.com/watch?v=q7Tzn8JgX4A
What's more?
I think I would just share to you the powerpoint slides that shared prior to the talk before. You can download it from here: http://www.slideshare.net/zaid/becoming-creative-super-learners-at-imu
Zaid also won the top ‘e-Learning Super Hero of 2013’ award (Hasnain was No. 12), which is based on a gamified scoring system, which also takes into account who votes for you (Impact Votes: Other nominees voting for you).
source:
1. http://imunews.imu.edu.my/staff-news/imus-e-learning-manager-top-e-learning-mover-shaker-world/
2. https://www.facebook.com/events/1411059672480357/
Tag :
Seputar Program,
Angan-Angan Sang Khalifah
Jika tuan masih diulit mimpi,
Sedarlah, dan bangunlah.
Sungguh mimpi itu hanya melekakan dirimu.
(Shuhh.. Shuhh… pi main jauh-jauh wahai mimpi, biar tuan ini menghadap realiti)
"Syaitan sentiasa menjanjikan mereka serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata."
( surah an-nisa’ 4:120)
***
Manusia memang kuat angan-angannya, tetapi…
Apakah usaha mereka untuk menggapainya?
Setiap hari, rutin disumbatkan dengan kerja-kerja yang tak
bermanfaat.
Lupa matlamat. Lupa segalanya.
Konon ber’facebook’ nak berdakwah, padahal, buat benda lagha
lain. (dakwah sebagai alasan? )
Konon nak bina syarikat nak bina hotel lima bintang! (lima
bintang woo!)
Tetapi, langsung tiada perancangan jangka mas pendek, dan
jangka masa panjang.
Konon nak jadi pelajar contoh, pelajar cemerlang. Tetapi,
malas berusaha.
Bila lagi nak istiqamah amalnya? Kata sayangkan Tuhan. Kata
cintakan Tuhan.
Tak benarkah?
Atau memang, nak tunggu ajal mendekat?
"Anas r.a. katanya: Nabi s.a.w. telah menggariskan beberapa garisan lalu ia bersabda ˜ini angan-angan manusia dan yang ini ajalnya. Ketika seseorang itu dalam keadaan demikian (panjang angan-angan yang tidak putus-putus) tiba-tiba datanglah garisan yang pendek (sampai ajalnya mati)". (Riwayat Hadith al-Bukhari).
Dan tuan? Tuan, masih asyik berangan-angan?
Terukir di Langit
Ingin sekali aku ukir namamu
pada deru angin yang berlalu.
Dan, kuhela nafas doa cinta ini
bersiulan bagai lagu sang perindu.
Bertiuplah
seiring ke langit biru.
Aku ingin lihat
namamu terukir di situ.
Tag :
Puisi,
Words and Swords
words can become sword, easily...
From,

To become,
Want a proof?
An arabic saying goes like this, " Tongue is sharper than sword's edge."
And,
Abu Hurayrah relates that Allah's Messenger (peace be upon him) said: “Whoever believes in Allah and the Last Day should speak a good word or remain silent. And whoever believes in Allah and the Last Day should show hospitality to his neighbor. And whoever believes in Allah and the Last Day should show hospitality to his guest.”
[ Sahîh al-Bukhârî and Sahîh Muslim ]
*wow! the words reflect enough our main topic today)
More? (for non-muslim)
"There is one whose rash words are like sword thrusts, but the tongue of the wise brings healing."
Proverbs 12:18 ( The Holy Bible, English Standard Version Copyright © 2001 by Crossway Bibles, a division of Good News Publishers.)
Oh, what's more?
Just replace the alphabet 's' from the 'words' to the front.
Eh.
From,

Its easy!!
Want a proof?
An arabic saying goes like this, " Tongue is sharper than sword's edge."
And,
Abu Hurayrah relates that Allah's Messenger (peace be upon him) said: “Whoever believes in Allah and the Last Day should speak a good word or remain silent. And whoever believes in Allah and the Last Day should show hospitality to his neighbor. And whoever believes in Allah and the Last Day should show hospitality to his guest.”
[ Sahîh al-Bukhârî and Sahîh Muslim ]
*wow! the words reflect enough our main topic today)
More? (for non-muslim)
"There is one whose rash words are like sword thrusts, but the tongue of the wise brings healing."
Proverbs 12:18 ( The Holy Bible, English Standard Version Copyright © 2001 by Crossway Bibles, a division of Good News Publishers.)
Oh, what's more?
Just replace the alphabet 's' from the 'words' to the front.
Eh.
Angan-angan Sang Khalifah
Jika tuan masih diulit mimpi kosong,Sedarlah, dan bangunlah.
Sungguh mimpi itu hanya melekakan dirimu.
(Shuhh.. Shuhh… pi main jauh-jauh wahai mimpi, biar tuan ini menghadap realiti)
Syaitan sentiasa menjanjikan mereka serta memperdayakan
mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak
lain hanyalah tipu daya semata-mata.
( surah an-nisa’ 4:120)
***
Manusia memang kuat angan-angannya, tetapi…
Apakah usaha mereka untuk menggapainya?
Apakah usaha mereka untuk menggapainya?
Setiap hari, rutin disumbatkan dengan kerja-kerja yang tak
bermanfaat.
Lupa matlamat. Lupa segalanya.
Konon ber’facebook’ nak berdakwah, padahal, buat benda lagha
lain. (dakwah sebagai alasan? )
Eh.
Eh.
Konon nak bina syarikat nak bina hotel lima bintang! (lima
bintang woo!)
Tetapi, langsung tiada perancangan jangka mas pendek, dan jangka masa panjang.
Tetapi, langsung tiada perancangan jangka mas pendek, dan jangka masa panjang.
Konon nak jadi pelajar contoh, pelajar cemerlang. Tetapi,
malas berusaha.
Bila lagi nak istiqamah amalnya? Kata sayangkan Tuhan. Kata
cintakan Tuhan.
Tak benarkah?
Atau memang, nak tunggu ajal mendekat?
Anas r.a. katanya: Nabi s.a.w. telah menggariskan beberapa
garisan lalu ia bersabda ˜ini angan-angan manusia dan yang ini ajalnya. Ketika
seseorang itu dalam keadaan demikian (panjang angan-angan yang tidak
putus-putus) tiba-tiba datanglah garisan yang pendek (sampai ajalnya mati).
(Riwayat
Hadith al-Bukhari).
Dan tuan? Tuan, masih asyik berangan-angan kosong?
(Oh ya, mimpi dan angan-angan itu sangat bagus, seandainya
manusia cuba merealisasikan mimpi dan angan-angan yang murni itu.)
Tag :
Bicara Tuan,
Cinta manusia yang cerewet
Apa lagi masalah cintamu, wahai si cerewet?
Menangis semalaman habis duit
tertipu perasaan dek lelaki pelit.
tertipu perasaan dek lelaki pelit.
Apa lagi masalah cintamu, wahai si cerewet?
Benarkah hatimu sedang perit
Kekasih rahsianya datang mengheret.
Kekasih rahsianya datang mengheret.
Apa lagi masalah cintamu, wahai si cerewet?
Berdiam bagai terlantar sakit
adakah itu sebab kaumemingit.
adakah itu sebab kaumemingit.
Ah, cerewet oh cerewet.
Memang manusia itu sifatnya ralit
asyik dibelenggu cinta yang rumit
hanya manusia terus buatnya sulit
tika masa lalu begitu menggamit.
asyik dibelenggu cinta yang rumit
hanya manusia terus buatnya sulit
tika masa lalu begitu menggamit.
Mari dengar sini, aku berpesan.
Cinta itu tidaklah pahit
andai cintanya pada Tuhan – tinggi melangit.
andai cintanya pada Tuhan – tinggi melangit.
Tag :
Puisi,
Di Hujung Lorong
Kuterokai lorong sunyi ini
zulmat, aku berjalan sendiri
kadang kutakut tersadung
tanpa siapa peduli.
Dan langkah ini cuba menderap sendiri
kutemu sahabat di setiap persinggahan
hulurkan tangan, mengiring sehaluan.
Oh, kau sungguh baik.
Kau buat kumenderap lagi, dan lagi, semakin
laju, biarpun hujungnya ku belum pasti.
Mana hujungnya, mana?
Kau kata, "marilah sahabat,
mari beriringan sama ke syurga,
ya, syurga."
Di hujung lorong ini
moga syurga menanti kita.
Tag :
Puisi,
Antara kebenaran dan mitos: Meneroka Surat Rasullullah kepada Heraklius I/Hercules.
Heraklius1 (Flavius Heraklius Augustus (11 Februari 641)
- dikenali juga sebagai Hercules.
- dikenali juga sebagai Hercules.
= Maharaja Rom, memerintah kerajaan Byzantin ketika era Nabi
Muhamad saw
Ada beberapa kisah yang menarik tentang Maharaja Heraclius I ini, yang saya temui, di suatu website. kisah tersebut telah saya strukturkan semula agar lebih mudah dibaca.
![]() |
| gambar ini sekadar hiasan, tiada kena-mengena dengan sejarah yang diceritakan di sini. |
......................................................................................
1) Pernah Heraclius meminta surat Rasulullah s.a.w yang dibawa
Dihyah untuk para penguasa Negeri Bashrah.
Diserahkan surat itu pada Heraklius, maka dibaca, dan isinya
berbunyi:
![]() |
| dikatakan, inilah surat yang dihantar Rasulullah, kepada Heraklius/Hercules |
“Bismillahir rahmanir rahim. Dari Muhammad, hamba Allah dan
Rasul-Nya untuk Heraclius. Penguasa Romawi, keselamatan bagi siapa yang
mengikuti petunjuk.
Kemudian daripada itu, aku mengajakmu dengan seruan Islam;
masuk Islamlah kamu, maka kamu akan selamat, Allah akan memberi pahala kepadamu
dua kali. Namun jika kamu berpaling, maka kamu menanggung dosa rakyat kamu,
dan:
Hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang
tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali
Allah dan tidak kita persekutukan dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian
kita menjadikan sebagian yang lain sebagai Rabb selain Allah”.
Jika mereka
berpaling, maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahawa kami adalah
orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).”
Hiruk pikuk sidang yang mendengarnya. Kedengaran bingit
suara-suara ribut. Abu Sufyan dan teman-temannya diusir serta merta oleh sidang
pendengarnya.
Setelah diusir, Abu Sufyan berkata,
“sungguh dia telah
diajak kepada urusan Anak Abu Kabsyah. Heraclius mengkhawatirkan kerajaan
Romawi.”
............................................................................................
2) Pernah sekali diundangnya para pembesar Roma
“Aku ada majlis istimewa di Himsha, marilah datang.”
Majlis pun bermula. Semuanya hadir!
Pintu dikunci rapat. Agar tiada yang dapat mendengar
bicaranya dari luar.
Lantas, dia berkata:
“Wahai bangsa rum, mahukah anda semua beroleh kemenangan dan
kemajuan yang gilang gemilang, sedangkan kerajaan tetap utuh di tangan kita?”
Masing-masing kelihatan terangguk-angguk.
“Kalau mahu, akuilah Muhammad sebagai Nabi!”
Seakan ada guruh bergema gempita. Cadangannya begitu memetir
suasana.
Lintang pukang mereka bagai keldai liar, padahal pintu semua
dikunci rapi.
Heraclius putus harapan. Lalu, dia minta semua kembali ke
tempat mereka, seraya berkata,
“Sesungguhnya saya mengucapkan perkataan saya tadi hanyalah
sekedar menguji keteguhan hati anda semua. Kini saya telah melihat keteguhan
itu.”
Mereka sujud di hadapan Heraclius dan mereka senang akan
bicaranya.
...........................................................................................
3) kisah ketika rombongan dagang Quraisy, yang sedang mengadakan ekspedisi
dagang ke Negeri Syam, singgah menemui Heraklius di lliya'
......
Haaa.. rasa tertanya-tanya bukan?
Haaa.. rasa tertanya-tanya bukan?
Perinciannya boleh ditemui di website di bawah ini
Heraklius, Raja Rom pun mengakui kebenaran Nabi saw.
Selamat meneroka!
*oh ya. Segala sejarah yang dinyatakan di sini masih tidak dapat dibuktikan kebenarannya.
Banyak perdebatan berlaku antara golongan kristian dan Islam, merujuk pada sejarah ini.
Maka, secara intelektualnya, sejarah ini tidak dapat dijadikan hujah yang baik.
Sungguh, antara sebaik-baik hujah buat Islam adalah Al-Quran.
dan, dialog yang dinukilkan tak semestinya dialog asal yang dibicarakan. Namun, mesej yang disampaikan tetap sama.
Heraklius, Raja Rom pun mengakui kebenaran Nabi saw.
Selamat meneroka!
*oh ya. Segala sejarah yang dinyatakan di sini masih tidak dapat dibuktikan kebenarannya.
Banyak perdebatan berlaku antara golongan kristian dan Islam, merujuk pada sejarah ini.
Maka, secara intelektualnya, sejarah ini tidak dapat dijadikan hujah yang baik.
Sungguh, antara sebaik-baik hujah buat Islam adalah Al-Quran.
dan, dialog yang dinukilkan tak semestinya dialog asal yang dibicarakan. Namun, mesej yang disampaikan tetap sama.
Vlog Tabur with Abang Naz
Sebab? sudah tentu kerana ketenangan yang dikecapi membolehkan corak pemikiran kita bergerak dengan lebih efektif dan luas.
Alangkah lebih baiknya, diturutkan sekali dengan rasa kesyukuran, terhadap segala nikmat alam yang Allah turunkan buat para makhluknya di dunia.
Ekosistem yang teratur, disusun indah.
Pada setiap hela nafas, ada nikmat udara yang tidak ternilai.
Pada setiap luas pandangan, ada nikmat warna cerianya alam ciptaan Tuhan
Dan, nikmat mana lagi, yang ingin kita dustakan?
Sungguh, ia sudah terlalu banyak.
Rasa kehambaan, juga kekerdilan bakal begitu merendahkan diri ini di sisi Tuhan.
Apalah sangat yang kita lakukan, menyumbang kepada syiar Islam di muka bumi ini.
Apalah sangat, sumbangan untuk keluarga, untuk masyarakat juga ummah.
Sedikit bukan?
Bahkan, terlalu sedikit. sedikit.
(sumbangan saya lagilah sangat sikit!)
Tuan-tuan, puan-puan, serta sahabat yang sekalian.
Sekalipun, kesan kita kepada Ummah terlalu sedikit.
amatlah disarankan agar
teruskan usaha segigih-gigihnya.
Ya, kadang-kadang kita leka, kita lupa.
maka, atas kesedaran itu, kita wajar bertindak dengan sewajar-wajarnya.
kita sudah cukup waras. (ketika anda mampu baca ini, sudah tentu anda waras!)
teruskan usaha anda, terus istiqamah.
teruskan tembakan-tembakan doa, agar diri kita terus tsabat
di jalan-Nya.
Berikut merupakan video terbaru daripada Has Da'iegraphy : Vlog Tabur with Abang Naz
(selamat menonton!)
Tag :
Hamasah As-Syabab,
Manisnya Epal Ini.
Manisnya epal, ada pada epalnya yang masak ranum
bukan pada benih bunga, yang mudah gugur dek angin lalu
bukan pada tua buahnya, yang makin berkerut nan isi kelabu
Tercipta manusia, dari
selemah rupa.
mudah menerima segala apa yang dilihat, juga didengar
jiwanya rapuh pada godaan,
mudah menerima segala apa yang dilihat, juga didengar
jiwanya rapuh pada godaan,
Bangunan jiwa akan
kukuh, seiring minda yang lebih tajam
andai terus ditiup bayu islami, disemai seni ukhrawi
kekuatan itu bakal menjadi asset buat ummah.
andai terus ditiup bayu islami, disemai seni ukhrawi
kekuatan itu bakal menjadi asset buat ummah.
Dan ketika masa meningkat,
usia kian melanjut
fizikal dan mental, mulai lemah
namun, jiwanya, boleh lebih kental dari anda semua.
pengalaman benar-benar merajut makna.
fizikal dan mental, mulai lemah
namun, jiwanya, boleh lebih kental dari anda semua.
pengalaman benar-benar merajut makna.
“Allah, Dialah yang
menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan
lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah
(kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang
Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
(Surah Ar-Rum, ayat 54 )
(Surah Ar-Rum, ayat 54 )
Tag :
Puisi,
Seindah Islam! Secantik Alam!
Manusia
adalah sebahagian daripada alam. Secara tidak langsung, manusia juga menjadi
sebahagian daripada seni alam tersebut. Suatu
seni agung ciptaan Tuhan, yang tak pernah luntur warna cerianya juga warna
tarbiyahnya.
Bukankah
alam ini dicipta dengan penuh keindahan sebagaimana indahnya Islam?
Yang
menyempurnakan setiap fitrah yang ada. Seimbang, setara. Melengkapi antara satu
sama lain, sebagaimana rantaian makanan dalam ekosistem diseimbangkan dengan
suatu sistem alam yang sistematik lagi tersusun. Kitaran air dan karbon yang
diatur cantik dan stabil.
Nah,
ini baru sedikit sistem Allah (sunnatullah) yang tampak sedia ada di depan
mata, dalam alam ini.
Lihatlah
jua, rentangan langit yang terbentang luas, diteguhkan tanpa tiang yang nyata.
Firman Allah s.w.t. :
(Surah Qaaf : ayat 6)
Sungguh,
tiada cacat cela dari apa yang diciptakannya. Hakikatnya, manusia sendiri yang
asyik merosakkan ciptaan Allah yang mendatangkan keburukan, dan berpaksikan
ketamakan semata-mata, tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Untung bagi mereka
yang sentiasa menghargai, menghayati, memelihara juga memulihara alam ini.
Tidak
sia-sia apa yang Allah ciptakan. Allah, Tuhan, Tuan punya kepada sekalian alam.
Lihatlah
juga, pada hamparan bumi serta isi tanamannya yang pelbagai rupa. Buah yang
masak ranum lazat dinikmati rasanya. Allah menyambung lagi dalam firmanNya,
pada surah Al-Qaaf.
“Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami
bentangkan ia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang
terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah
subur?”
(Surah Al-Qaaf : ayat 7)
(Surah Al-Qaaf : ayat 7)
Hujan
turun membekalkan air buat pepohonan, dan antara pohon itu berbuah. Ketika pohon
mula berbuah, buah bakal meranum rimbun. Itulah menjadi makanan buat manusia,
bukan sahaja memuaskan selera perut, bahkan makanan jiwa, menghayati keindahan
ciptaan Allah Yang Esa. Nilai keinsanan bukanlah meletakkan perut sebagai
matlamat, malah mementingkan pengisian rohani yang akur pada Penciptanya.
“Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu
Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami
keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu
butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari
mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan
dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah
delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan.
Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan
kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”
(Surah Al-An’am : ayat 99)
(Surah Al-An’am : ayat 99)
Inilah,
bila mana, kita memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi serta seluruh
alam. Keunikannya. Keajaibannya. Pada ciptaan ini, kalimah lafaz syahadatain
mengungkap rasa hamba, dan syukur pada Yang kuasa.
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati
Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring,
dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):
"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan
sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”
(Surah Al-Imran : ayat 191)
(Surah Al-Imran : ayat 191)
Setiap
yang dicipta ada fungsinya. Dialah yang menciptakan segala sesuatu dengan
sebaik-baik rupa.
“Begitulah penciptaan Allah yang menjadikan setiap
sesuatu dengan kuku (sempurna).”
(Surah Al-Naml : ayat 88)
(Surah Al-Naml : ayat 88)
Juga
mengindahkan alam ini seindah rupa.
“(Tuhan) yang mengindahkan setiap sesuatu yang
dijadikanNya.”
(Surah Al-Sajadah : ayat 7)
(Surah Al-Sajadah : ayat 7)
“Dan Dialah yang membentuk kamu, lalu dicantikkan
rupamu.”
(Surah Al-Taghabun : ayat 3)
(Surah Al-Taghabun : ayat 3)
Bukanlah
sekadar rupa fizikal, malah rupa dari segi fitrahnya.
“(Tuhan) yang telah menciptamu, lalu disempurnakan
kejadianmu dan menjadikan anggota-anggotamu seimbang dalam bentuk apa sahaja
yang Dia kehendaki. Dia menyusun tubuhmu.”
(Surah Al-Infitar : ayat 7-8)
(Surah Al-Infitar : ayat 7-8)
\
Sungguh,
apa yang ada di langit dan di bumi ini, satu ciptaan hebat Allah Ta’ala.
“Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di
bumi; sesungguhnya Allah, Dia Yang Kaya, Yang Terpuji.”
(Surah Luqman : ayat 26)
(Surah Luqman : ayat 26)
Semoga
kita dapat sama menghargai apa yang kita terima, amanah memakmurkan alam ini,
menjaganya sebaiknya. Juga menghayati keindahannya seraya mensyukuri nikmatnya.
InsyaAllah.
“Segala puji bagi Allah Yang telah menciptakan
langit dan bumi dan mengadakan gelap dan terang, namun orang-orang yang kafir
mempersekutukan (sesuatu) dengan Tuhan mereka.”
(Surah Al-An’am : ayat 1)
(Surah Al-An’am : ayat 1)
Allah
itu Maha Indah, lagi menyukai keindahan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak
akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya sifat sombong sekalipun
hanya seberat debu. Lalu seorang sahabat bertanya: “Sesungguhnya ada orang yang
suka pakaian dan kasutnya cantik. Rasulullah SAW menjawab dengan sabda yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu indah dan suka kepada keindahan. Sombong itu
adalah menolak yang hak dan menghina orang lain.”
(Hadis riwayat Muslim)
(Hadis riwayat Muslim)
Diari Ramadhan Ibunda II
“Hidup sebagai
seorang mukmin sangat menakjubkan. Di setiap perincian urusan, nikmat mahupun
musibah, mengalir deruan hikmah dan
deras kebaikan. Tatkala nikmat disaji lazat, bersyukur kepada Allah.
Tatkala musibah menimpa berat, bersabar pula dengannya. Sungguh ajaib!”
Bersyukurlah, dan bersabarlah.
“Ya, aku harus bersabar. Dugaan
ini merupakan musibah yang Allah turunkan bagi menguji hamba-hambaNya. Dan yang
pasti, Allah tidak akan memberatkan hambaNya dengan beban yang tidak mampu
dipikul akan hamba tersebut.” Bisik dia sendiri.
Ayah ketiduran lena. Penat.
Nadiah segera mengambil selimut di kamar bilik ayahnya, masuk dan keluar
semula, menyelimutkan ayahnya dengan kasih sayang. Dahi ayahnya, dikucup mesra.
Bau-bau alkohol sedikit menusuk hidung. Dihiraukan sama sekali.
“Selamat malam ayah. Semoga ayah
sedar akan perbuatan ayah. Semenjak ibu tiada lagi bersama kita, ayah banyak
berubah. Sungguh banyak, bagai langit dan bumi. Kami, dua beradik pun tidak
menyangka akan perubahan itu. Kami tahu, kehilangan ibu begitu meninggalkan
kesan yang mendalam buat ayah. Tak. Bukan. Buat kita semua. Ibu sering
mentarbiyah keluarga kita ke jalan yang diredhaiNya. Ayah begitu senang bersama
ibu, walaupun kadangkala segan dengan ibu, kerana sedar ilmunya begitu cetek.
Dan kini, ia membuatkan Kak Nad tertanya-tanya. Adakah kehidupan ayah yang
dahulu itu seperti sekarang?”
Nadiah merenung tajam wajah lena
ayah, seraya tersenyum.
“wajah ayah sangat hensem, patutlah
ibu pun terpikat.” Nadiah menceriakan hatinya yang sedikit kecewa. Pantas
dilemparkan kekecewaannya itu jauh-jauh.
Ahh. Mustahil ibu memilih ayah
hanya kerana rupa.
Ibu pernah berbicara tentang ayah
dalam diarinya, “dari luar tampak kasar. Tapi, sungguh, saya ingin katakan
bahawa hatinya itu begitu lembut. Allah telah lembutkan hatinya, supaya
menerima lunas-lunas Islam sebagai suatu pegangan dan cara hidup, meskipun
sedikit menyimpang sebelum ni. Alhamdulillah. Abang kini semakin
bertanggungjawab. Hari demi hari, cinta kita terus bercambah subur di taman
syurga keluarga bahagia dipimpin hikmah ilmu dan rasa bertuhan.”
Nadiah tersenyum sendiri.
Eh.
Dia teringat akan Adek Jal, yang
ditinggalkannya tiba-tiba tadi. Kesian Adek Jal. Cabut!
ₒ
ₒ ₒ ₒ
ₒ ₒ ₒ
ₒ ₒ ₒ
ₒ ₒ ₒ
ₒ ₒ ₒ
ₒ ₒ ₒ
ₒ ₒ ₒ
ₒ ₒ ₒ ₒ
Ramadhan hadir dengan penuh
keindahan. Penuh harapan. Telah Allah limpahkan nikmat pahala kepada hambaNya,
lebih melimpah ruah tidak seperti bulan lainnya. Syaitan durjana dibelenggu
erat. Tak bagi lepas. Manusia bakal syahdu menyebut-nyebut namaNya, berzikir di
masjid-masjid. Termasuklah, Masjid Ar-Rasyidin yang berdekatan dengan rumah
Nadiah sekeluarga, tampak bakal menjadi semakin sesak dengan manusia yang ingin
menunaikan solat berjemaah. Bulan Ramdhan.
“Adik oo Adik. Bangun. Dah sahur
dah ni. Kak Nad dah siapkan makanan ni. Ada roti bakar je la tapi. Bangun,
bangun.”
Bingkas adiknya bangun. Tanpa banyak
kerenah. Pelik juga. Selalu sukar sahaja bila dikejutkan.
“Ayah, bangun.” Tubuh itu hanya
mengeliat lena diulit mimpi. Bergerak sedikit ke kanan, ubah posisi badannya,
bagi selesa. “Pergilah makan sana. Jangan kacau ayah.”
Bersahur.
Seusai sahur, adik bercerita
sesuatu kepada Nadiah.
“Akak, malam tadi kan, Adek Jal
mimpi jumpa lagi dengan ibu. Ibu pesan macam=macam. Tapi, yang paling ibu
selalu ualang ialah jangan tinggal solat dan bangun qiamullail setiap hari.” Si
adik kecil, Rizal, mengadu pada kakaknya.
“Akak, qiamullail tu apa kak?”
“Qiamullail tu ialah bangun
malam, dik.”
“Buat apa bangun malam-malam?”
Allahu Akbar Allahu Akbar..! Azan
subuh berkumandang, menggema udara pagi yang begitu dingin. mereka bersiap-siap
untuk mengerjakan solat Subuh berjemaah di rumah. Kecuali, ayah.
"Adik, kita solat subuh dulu
ya. Nanti lepas solat akak cerita." Nadiah tersenyum kecil pada adiknya.
Senyumannya tak pernah lekang di bibirnya, terutama apabila adiknya sering
bertanya soalan tentang agama. Bakal cendekiawan Islam barangkali, fikirnya.
Ibnu Sina?
Nadiah tersenyum sendiri.
Solat didirikan penuh aturan dan
tertib. Alhamdulillah. Adik juga dapat mengikuti sedikit sebanyak pergerakan
solat. Doa dipanjatkan atas kesejahteraan mereka sekeluarga, terselamat dari
azab kubur dan neraka. Amin.
“Qiamullail itu bangun malam dik.
Dan ia merupakan antara sunnah junjungan Rasulullah s.a.w. yang paling
digalakkan untuk dilaksanakan. Tergolong dalam sunat muakkad yang sangat
dituntut.”
“Firman Allah s.w.t. dalam Surah
Adz-Dzariyat: “Orang yang beribadah pada waktu malam berhak mendapat
rahmat Allah, juga syurga-Nya. [1]”
“Nah.. maka, qiamullail ini
memang sangat bagus buat hambaNya yang berusaha menggapai syurga Allah. Terdapat
juga ayat-ayat Al-Quran yang lain, yang turut merujuk tentang qiamullail seperti
dalam Surah Al-Furqan, ayat 64, Surah As-Sajdah, ayat 15-17, dan Surah Az-Zumar,
ayat 9. Pada waktu malam itu, para hambaNya, bangun dari tidur walaupun
seketika, menunaikan ibadah seperti zikir, tahajud dan sebagainya.”
Adik mengangguk-angguk. Bersetuju.
Atau mengantuk? Oh, tidak. Adik pasti sedang mengiyakan perbicaraan kakaknya
ini.
“Ada hadis Rasullullah s.a.w.
yang mana, Nabi Muhamad s.a.w. bersabda : “Allah SWT turun ke langit dunia
pada setiap malam ketika mana berbaki sepertiga malam yang terakhir lalu
berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya aku akan memakbulkan
untuknya, sesiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikannya dan
sesiapa yang memohon taubat kepada-Ku nescaya aku akan ampunkan dosanya.”[2] “
“Menarik bukan tawaran ini?”
sekali lagi, adik hanya tersengih. Senyum.
Adiknya berbicara semula. “Lagi satu.
Ibu juga pesan, dalam diari ibu ada mencatatkan sejumlah hutang, yakni RM100. Ibu
suruh akak pulangkan duit tu semula pada Mak Cik Zahra, jiran sebelah kita tu.”
Nadiah tersentak. “Waa.. sebegitu
sekali adikku berbicara dengan ibu. Akak? Kenapa ibu tak jumpa akak? Ibu marah
kat akak ke? ” Allahu Rabbi. Sedikit kesedihan menyelinap dalam relung jiwanya.
Mungkin kerana dosanya di dunia, buat ibu enggan bertemu dengannya lagi,
sekalipun hanya mimpi. Tidak seperti adiknya masih suci, ibarat kain putih.
“Ayah! Kak Nad nak keluar jumpa
Mak Cik Zahra sebentar!” mata Nadiah merayau-rayau di segenap penjuru rumah.
“Ayah kat mana?” Mengharap ada
sahutan suara ayahnya. Tetapi, tiada. ‘Sudah keluar mungkin?’
Duit poket tinggalan ibu dicapai.
Dua helai wang kertas RM50 diambil, dimasukkan dalam poketnya. Terus menuju ke
luar rumah. Melangkah ke rumah sebelah. Amanah ditunaikan segera. Kalau lupa? Kan
susah jadinya. Dia mengajak adiknya bersama, menemaninya.
“Assalamu’alaikum.. Mak Cik
Zahra. Ni, saya ada bawa RM100. Ibu saya pernah berhutang dengan mak cik dan
belum dilunaskan lagi kan. Nah.” Tangan menghulur mesra, diiringi senyuman.
“Terima kasih Nadiah. Kebetulan, Mak
cik sedang perlukan sedikit duit ni untuk perniagaan mak cik. Terima kasih ye
nak.”
“Sama-sama.” Nadiah tersenyum simpul.
Mak Cik Zahra membalas mesra, senyuman itu.
“Dah. Jom dik, balik rumah. Kami
balik dulu ye mak cik.”
Wajah Mak Cik Zahra sedikit
berkerut. Kehairanan.
(bersambung dalam,
Diari Ramadhan Ibunda III )
Tag :
Cerpen,




.jpg)














