Asna Intisar

My photo

"Apabila neuron menembak-nembak elektron, merentas sinaps (synapses), penyatuan informasi dikembang-sebarkan. Sungguh, pada setiap tujahan itu, adalah kerana rahmat Allah."

Hanya ingin terus terbang menuju RedhaNya.

Hoyeah!

5 Principles of Life


*Allahu Ghaayatuna = Allah is our objective

*Ar-Rasul Qudwatuna = Rasul is our leader

*Al-Quran Dusturuna = Quran is our law

*Al-Jihad Sabiiluna = Jihad is our way

*Al-Mautu Fisabiilillah Asma Amanina = Dying in the way of Allah is our highest hope
Powered by Blogger.

Da'ie Ummah

Salam itu Menyebar Cinta

Assalamualaikum w.b.t.


Pernah tidak apabila kita bertemu dengan muslim lain yang tidak dikenali, kita ragu-ragu untuk memberi salam?

Kita dah yakin ni dia ini muslim, tetapi kita pendamkan sahaja hasrat tersebut kerana malu, kerana segan. (Ye la... takkan tetiba nak tegur orang macam tu ja.)

Saya pasti, kebanyakan orang pasti pernah melalui perkara yang sama, termasuk saya.

Baik. Ketika saya melihat-lihat semula akaun youtube, saya masih kagum dengan ikhtiar dakwah yang dilaksanakan oleh 'The Daily Reminder'. Walaupun hanya beberapa minit, namun ia menyampaikan mesej dengan sangat jelas dan padat.

Entri ini, saya ingin ulas salah satu videonya, berjudul Sunnah of Greeting Strangers .


Tadaa!

***

Asssalamualaikum, Chenta.



Oh. Chenta. Apa khabar?

Hari ini, masihkah Chenta berpaut kepada-Nya?

Masihkah ada lagi Chenta untuk Tuhan yang menciptakannya?

(Tanya sama hati)

Erk. Rasa macam lari topik sebentar.

Baik. Berbalik kepada persoalan memberi salam kepada muslim yang tidak dikenali, cuba kita renung terlebih dahulu, adakah kita memberi salam kepada muslim yang dikenali ketika bertemu?

Jika, ya. Syabas. Anda lulus ujian pertama.

“Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah perkara yang terbaik di dalam Islam?” Beliau menjawab: “Memberi makanan dan memberi salam kepada orang yang kau kenal atau tidak kau kenal” (HR. Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menyampaikan intisarinya dengan cukup jelas.

Kita perlu memberi salam bukan sahaja kepada orang yang kita kenal, malah juga kepada orang yang kita tidak kenal.

Salam ini benar-benar menyebar cinta.

Tidak percaya?

Cinta itu adalah jalinan jiwa-jiwa yang dibentuk melalui suatu ikatan yang seni. Tidaklah ia boleh dilihat, kecuali hanya boleh merasakannya.

Cinta ini menjalin ukhuwah. Bermula daripada saat kita menegur seseorang buat kali pertama, suatu ikatan akan mula terbentuk. Kita akan mula cuba untuk mengingati wajah, mengenal suaranya, gerak gerinya, penampilannya, cara dia bercakap dan sebagainya.

Bermula daripada satu teguran baik itu (merujuk kepada salam), terbentuklah suatu ikatan seni yang kita panggil ukhuwah.

"Tak Kenal maka Tak Cinta."

Jika sempat berta'aruf, adalah lebih baik baginya.

(Sebagaimana Boboiboy mula mengenal kembarnya. Haa.. )


Salam itu benar-benar menyebar cinta.

Bermula daripada salam yang pertama itu, asas-asas ukhuwah sudah mula membentuk. Jika terus disiram dan dibaja, pasti ia akan menjadi segar sesegar mawar yang baru kembang selepas hujan, dan pelangi cinta pun terbentuk ceria.


Dari Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda:
Demi Dzat yang jiwaku ada di dalam genggaman-Nya, kalian tidak dapat masuk surga hingga kalian beriman, dan kalian belum disebut beriman hingga kalian saling mencintai. Maukah aku tunjukkan kepada kalian tentang sesuatu yang jika kalian lakukan, kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian.
(HR Muslim)
Hadis sahih, diriwayatkan oleh Muslim, hadis no. 81; Abu Daud, hadis no. 4519; al-Tirmizi, hadis no. 2612; Ibn Majah, hadis no. 67 dan 3682; Ahmad, hadis no. 8723, 9332, 9788, 10027 dan 10238.

Salam ini benar-benar cinta!


Sebarkan salam, Sebarkan cinta!







Bedah Filem: 'The Pursuit of Happyness' anjuran Outbox Malaysia




Pada hari sabtu yang lalu, setepatnya bertarikh 11 Oktober 2014 telah dianjurkan satu lagi sesi Outbox yang pastinya tidak akan mengecewakan para peserta.

Ia sangat hebat!

Sangat cool!

Sangat awesome!!

Perkongsian kali ini telah disampaikan oleh saudara Nazirul Haziq, CEO Hamasah As-Syabab yang sangat berdedikasi, sangat hensem, juga sangat bijaksana dalam menyampaikan perkongsiannya. (Mwehehe~~ )

Setibanya saya di Zilal Hall, Iman Publication di Serdang, sebuah filem telah ditayangkan iaitu filem yang akan dibedah ini, 'The Pursuit of Happyness'

"The Pursuit of Happyness is a 2006 American biographical drama film based on Chris Gardner's nearly one-year struggle with homelessness. Directed by Gabriele Muccino, the film features Will Smith as Gardner, an on-and-off-homeless salesman. Smith's son Jaden Smith co-stars, making his film debut as Gardner's son, Christopher Jr. Will Smith and Jaden Smith later appeared together in the film After Earth." 
(dipetik daripada: http://en.wikipedia.org/wiki/The_Pursuit_of_Happyness)
Filem ini berkisarkan cerita yang sebenar..

Berlaku pada seorang lelaki bernama Chris Gardner yang gigih berjuang menjadi seorang ahli professional, broker saham, tanpa ijazah, tanpa pendidikan yang wajar untuk gelaran tersebut.

( Gambar ini dipetik daripada:  http://en.wikipedia.org/wiki/Chris_Gardner)


 Kita cerita sedikit sahajalah secara umum tentang cerita ini.

Filem ini diterbitkan pada 2006, arahan Gabriel Muccino yang menceritakan tentang perjuangan seorang usahawan yang gigih menjaga anak lelakinya yang masih kecil. Pelbagai cabaran telah ditempuh sehinggalah Will Smith, sebagai Gardner menjadi usahawan yang berjaya akhirnya dalam meningkatkan ekonomi mereka berdiua, sekali gus mengubah cara hidup mereka ke arah lebih baik.

Kebahagiaan itu telah ditemui oleh Gardner pada akhir cerita, di mana dia dan anak lelakinya berjaya melepaskan diri daripada kesusahan yang ditanggung mereka. Mereka hidup lebih selesa.


***

Kuasa Produksi itulah yang Berkuasa!


Tidak. Kuasa yang sebenar. datang daripada Tuhan yang Esa.

Baiklah. Berbalik kepada sesi bedah filem ini, saudara Nazirul Haziq tidaklah menghuraikan sinopsis, plot, watak, tema dan sebagainya secara terperinci. Namun, menariknya, beliau hanya menceritakan secara umum sahaja perihal cerita tersebut, dan beralih kepada isu yang lebih besar, lebih berat untuk difikirkan bersama.

Dunia perfileman ini tidak mudah.

Bukan sahaja memerlukan rumah produksi (baca: production house), malah, memerlukan pelbagai lagi tenaga kerja seperti arkitek untuk mencipta latar prop sesuai dengan cerita, pereka cipta (baca: designer) untuk mencipta poster grafik sebagai promosi dan banyak lagi.

Beliau memberi contoh, seperti filem 'Hikayat Merong Mahawangsa' yang telah diarah oleh Yusry Abdul Halim, dan diterbitkan oleh KRU Studios pada tahun 2011. Bagi saya, filem ini merupakan suatu keunikan yang sangat segar lari daripada alir tema filem yang menjadi kebiaasaan dalam pasaran. Ia benar-benar suatu tindakan yang berani. Hasilnya juga sangat memberangsangkan!

Baik. Apa yang hendak diceritakan di sini adalah tentang latar prop yang dicipta dalam filem tersebut. Siapakah yang mencipta latar yang sangat epik dan sesuai dengan filem itu? Arkitek.

Bagaimana pula dengan gerak aksi-aksi setiap pelakon yang berperang? Pengarah Aksi.

Bagaimana pula dengan solekan-solekan setiap pelakon bagi menggambarkan identiti setiap pelakon? Jurusolek

Bagaimana pula dengan pakaian? Bagaimana mereka memilih pakaian? Pereka cipta fesyen.

Inilah yang kita gambarkan sebagai suatu bentuk kerjasama yang perlu dijalin dengan sangat kukuh.

Bukan sahaja dalam aspek perfileman sahaja, malah aspek-aspek lain juga.

Rumah Produksi amat-amat memerlukan khidmat mereka dalam membangunkan matlamat dan cita-cita mereka.

***


Doktrin meracun Minda?


Apa itu doktrin? Doktrin ini adalah seperti racun. Racun yang membinasakan minda manusia perlahan demi perlahan, sehingga doktrin tersebut kekal di dalamnya.

Tidak juga. Doktrin itu juga boleh menjadi ubat. Ubat yang akan memulihkan minda manusia, perlahan demi perlahan, dan kekalkan di dalamnya sebagai suatu antibodi yang menguatkan imun tubuh seluruhnya. Dalam aspek ini, boleh juga ia dipanggil sebagai tarbiyah.

Seperti yang kita lihat dalam filem-filem Barat, orang-orang yang benar 'memerhati' pasti dapat mengesannya.

Diselitkan racun, racun dan racun, untuk mengubah cara manusia berfikir. Itulah kuasa media. Pelbagai doktrin telah diserapkan ke dalam minda manusia secara meluas.

Tidak perlu senjata nuklear.

Tidak perlu senjata kimia.

Tidak perlu senjata biologi.

Serangan terhadap hati, minda dan jiwa manusia itu lebih berkesan daripada menyerang fizikal.

Jika mereka tewas dalam perjuangan hati, minda dan jiwa mereka ini. Mereka sudah dikira kalah.

Baik. Bercerita tentang doktrin ini, saudara Nazirul Haziq menekankan bahawa filem yang baik sentiasa berlapis-lapis. Dalam erti kata lain, ia bukan sahaja memberi pengajaran tentang pengorbanan... perjuangan... ketabahan... Sebaliknya, ada sesuatu yang tersembunyi cuba diserapkan dalam minda penonton filem itu. Sesuatu yang kecil. Tersembunyi.

Barangkali, doktrin-doktrin yang tersembunyi, dan kecil ini lebih memberi kesan secara menyeluruh terhadap penonton berbanding nilai-nilai murni yang terzahir jelas melalui penceritaannya.

Di sinilah letak doktrin.

Lapis yang mampu mempengaruhi cara penonton berfikir.

Lapis-lapis ini dapat dilihat dalam hampir semua filem yang wujud di dunia ini. Terutamanya, yang mencecah jumlah penonton yang paling tinggi! Yang paling banyak dimuat turun daripada internet!

Memang. Tidak saya nafikan. Ia benar.

Saya sendiri cuba menanam lapis-lapis dokrin yang baik ini dalam karya saya setakat ini (puisi atau cerpen). Ia bukanlah tugas yang mudah. Ia harus ditempatkan dengan sebaik-baik cara, di sebaik-baik tempat.

Namun, ia tidaklah mustahil.

Beliau sempat memberi contoh berdasarkan filem 'The Pursuit of Happyness' itu, contoh doktrin yang diselitkan.


  1. Gereja sebagai rumah tumpangan untuk mereka yang tiada rumah. Disediakan hiburan, makanan, minuman juga tempat tinggal untuk mereka, secara percuma!
  2. Ketika ramai orang berebut untuk tinggal di gereja yang menyediakan tempat tinggal percuma itu, siapakah golongan tidak berumah itu? kebanyakannya adalah orang yang berkulit gelap.
  3. Ketika Gardner berjaya menjadi ahli professional sebagai broker saham, dia keluar daripada bangunan tempat kerjanya, dikelilingi oleh orang putih yang bersesakan, dengan wajah yang biasa dalam golongan sederhana dan kaya aspek ekonominya. Hanya Gardner kelihatan gembira di tengah sesak ketika itu.


Inilah... Doktrin.

Doktrin.

***

Kesimpulan...



Jadi? Apa kesimpulannya?

Ya, Kita perlu kerjasama. Kau, kau dan kau!

Kita perlu kerjasama. Manfaatkan segala kemahiran kita, bakat kita, kebolehan kita, atau sekurang-kurangnya keupayaan kita!

Gunakan apa yang kita ada. Apa yang telah Allah berikan kepada kita.

Tak tahu. Tuntut ilmu.

Tak pernah merasa. Ikut serta. Rasai pengalamannya sendiri.

Tidak terfikir. Mari, sama-sama kita berfikir.

Kita cipta 'doktrin' sebagai ubat untuk masyarakat. Sebagai pentarbiyahan. Kita bentuk moraliti masyarakat. Bentuk jiwa mereka. Bentuk akal mereka. Supaya pada akhirnya, mereka benar-benar tunduk pada Tuhan yang Esa.

Maka,

Baik dan buruk.

Jalannya, kita yang pilih.














Chance Vs Choice


Sebelum memulakan entri ini, ingin saya ajak rakan-rakan semua untuk mengucap dua kalimah syahadah.

(Eh. Eh? Kita belum nak matilah? kenapa tiba-tiba nak ucap syahadah?)

"Oh. Jadi, bila nak mati baru nak ucap syahadah la ya?"

***

‘Ash hadu alla ila ha il lallah, Wa ash hadu anna Muhammadar Rasulullah’.

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah”

Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, adakah aku ini Islam?

Adakah aku benar-benar Islam?

Jika ia benar, di manakah letak bukti-buktinya?

Pada kad pengenalan? MyKad?

***

Apabila kita berbicara tentang dua kalimah syahadah. Sejauh mana, nilai-nilai kalimah ini yang telah meresap ke dalam diri kita?

(Amboi, banyaknya soalan~~ mwehehe... )


Lafaz ashhadu (أشهد) yakni “aku bersaksi” mengandungi tiga makna serentak iaitu:

1. (أعلم) yakni “aku mengetahui”,
2. (أعتقد) yakni “aku mempercayai” dan
3. (أعترف) yakni “aku mengiktiraf”.


Merujuk kalimah ini, kita benar telah mengetahui, mempercaya dan mengiktiraf apa yang disebutkan.
(dalam kes ini, percaya bahawa tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah)

Okay. Bayangkan. Si Girlfriend bercakap dengan si Boyfriend ni.

Situasi A

G: Boboii.. Saya sayang sangat kat awak.

Situasi B

G: Boboii. Sungguh, tiada seorang pun yang saya sayang melainkan awak sahaja.

.....


Haaa..... Mana lagi rasa menarik? Yang lagi sweet, lovey dovey gitu.

Tentulah B kan.

Namun, Jika benar telah kita tanamkan syahadah ini dalam diri kita.

Adakah kita telah berbuat, sebagaimana yang kita telah tanamkan syahadah ini?

Mengaku tiada Tuhan selain Allah. Tapi, masih wujud syirik-syirik khafi yang terlafaz bicara.

Mengaku tiada Tuhan selain Allah. Tapi, masih sering ingkar arahan-arahanNya.

Mengaku tiada Tuhan selain Allah. Tapi, masih selalu lupa berzikir, mengingatiNya.

***

Ingin saya petik sedikit, Isu Islamophobia yang semakin luas diiktiraf masyarakat sedunia.

Peristiwa 9/11, yang menyebabkan kematian seramai lebih kurang 3000 orang bukan Islam, bersama bukti yang tidak kukuh.

(Lalu, dicanang, dipromosi 'kesahihan'nya. Berjaya meyakinkan ramai orang di seluruh dunia."

Sudah cukup untuk meyakinkan ramai orang untuk membenci Islam. Terutamanya, tentang konsep Jihad dan Hak asasi wanita.

Sedangkan, peristiwa di Iraq, Lubnan, Palestin, Syria, Rohingya, yang menyebabkan kematian muslim lebih jutaan orang. Berjuta. Bukti juga sudah kukuh!

(Lalu, diputarbelitkan sebahagian pihak, agar tidak mempercayainya, malah menuduh sebaliknya. Teringat saya, isu Rohingya, di mana, saya telah menemui beberapa media massa yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ke atas umat Islam, dengan menuduh Muslim Rohingya lah yang membakar rumah-rumah mereka, dan sebagainya. Sedangkan, merekalah yang membakar rumah Muslim Rohingya tersebut.)

Itu pun, sudah cukup untuk membuat masyarakat dunia hanya memandang sebelah mata, juga kedua-dua matanya!


(ini merupakan statistik peristiwa 9/11) : 911-death-statistics


***

Bila lagi kita nak bertindak? Di mana letaknya tindakan, dan sumbangan kita?



"Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata". [QS Al-Baqarah 2:208]

Bagi membakarkan lagi semangat anda ini, boleh la tengok link yang disediakan di bawah.

Dokumentari, Islamophobia : http://www.youtube.com/watch?v=TNrL4OnEt4Q&feature=share

Website Islamophobia : http://www.islamophobia.org/news.php

Website Rohingya : http://www.rohingya.org/portal/index.php/learn-about-rohingya.html

Mari Menuai Pokok Spageti

Tahukah Anda?

Pada tahun 1957, BBC news telah berjaya merakam satu video tiga minit, beberapa pekerja sedang menuai pokok Spageti.

Inilah 'Bukti' yang dikemukakan.


***

dan tahukah anda, selepas itu, mereka mendapat banyak (!!!) maklum balas daripada penonton.

"Bagaimana supaya mereka boleh menanam pokok spageti mereka sendiri."

Well. Well. Well.

Guess what...

Its, The Swiss Spaghetti Harvest Prank!! ( atau bahasa melayunya, Gurauan Penuaian Spageti Swiss!)

Finally, pihak Panorama, BBC telah bertindak mengisytiharkan bahawa itu adalah palsu, dan hanya sempena April's Fool Day!!

Weee! (Best tak kena tipu?? p/s: pertanyaan ini hanya pada mereka yang mula-mula percaya wujudnya pokok spageti)

Kalaulah anda tertipu ketika anda sedang tengok berita BBC pada zaman itu. Agak-agak ada rasa nak boikot BBC news tak?

(berita rujuk, di sini : http://www.museumofhoaxes.com/hoax/archive/permalink/the_swiss_spaghetti_harvest)


***

Well. Well. Well...

Rasulullah s.a.w. ada bersabda: "Celakalah sesiapa yang bercakap (atau berbuat) dan berbohong bagi tujuan orang bergelak ketawa, celakalah baginya (Riwayat Abu Daud).

Nah... Nak berbohong lagi?

Hmmm... Tetiba teringat, program-program dalam TV, "wakenabeb", "Just for Laugh" dan sebagainya.


Dalam hadis yang lain Nabi juga menegaskan ertinya "TIDAK HALAL seorang Muslim menakutkan (dengan berita palsu atau lawak tertentu) yang lain walaupun bergurau" (Riwayat Abu Daud)


Jadi, apakah pendapat anda semua tentang PRANK ini.

April Fool's Day?

Heh.

(p/s: Hadis-hadis di atas, tidak dapat dipastikan kesahihannya. Ini atas kelemahan diri saya sendiri. saya petik hadis tersebut daripada sini, facebook page Ustaz Zaharudin (Zaharudin.net) )

Oh ya.. pernah tengok ini?
"Comedy show pranks girls, asks them to convert to Islam to win Bieber tickets"
(lihat di sini: http://www.examiner.com/article/comedy-show-pranks-girls-asks-them-to-convert-to-islam-to-win-bieber-tickets )

Fikir-Fikirkanlah.

Jom Dating.

Assalamualaikum w.b.t.

Sebenarnya... Saya nak jujur ni...

Saya...  Saya... Saya suka sangat kat awak!
(seraya memerhatikan anda dengan senyuman yang menggoda)

bak kata dalam bahasa arabnya.

Ana uhibbuka/i fillah abadan abada!

(Ok. Terasa naik sedikit bulu roma ini berdiri)



***

Entri ini sebenarnya... sebenarnya...

Khusus! Untuk mengajak anda yang membaca ini untuk dating.

(Apa?? Dating? Dating yang ada gitu-gitu tu ke?)

Hmm... tak adalah gitu-gitu sangat. Biasa sahaja.

Ada Rukuk, ada Sujud, ada Berdiri tegak, dan sebagainyalah.
(Mesti anda sudah dapat menangkap apa mesej entri ini kan... Tapi, tetap nak ulas jugak!)

Mengingat semula, intipati khutbah baru-baru ini, bagai mengetuk-ngetuk cranium (senang baca: tengkorak kepala)  berketak-ketak, lalu mendorong membuat entri ini.

Ia adalah soal temu janii.

Pernah membuat temu janji? Dengan kawan, boyfriend, girlfriend atau pensyarah/guru (dalam kelas)?

Bayangkan, satu pasangan lelaki dan wanita, yang asyik dalam khayalan 'cinta'nya.

P : Awakks, jum pegi jumpa kat MidValley jums... nax tgokss wayanggg~ Alaa.. cite Ombak Rindu kan   baru kuar...(p/s: maaf, aku tak reti bahasa-bahasa begini, dan main sebat sahaja. mwahaha!)

L: Oh.. Boleh ja. Takde hal la. Jangan kata MidValley. Tengok wayang kat Korea pun boleh! Bleh Jumpa artis feveret awak tu. CN Blue kan..

P : Waaahh! best2.. tapi, takpew lar.. Nax kat Midvalley jeww.

(Arghhh!! Dah! Tak larat nak tulis panjang-panjang cerita ni!)

Kita begitu mudah untuk menunaikan janji temu kita dengan manusia.
(Apalagi kalau bertemu dengan orang yang kita sayang. Orang yang kita cinta)

Bagaimana temu janji kita dengan Allah?

"Sungguh solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman."  [QS An-Nisa', 4:103]

Terutamanya.. Subuh?

Bagaimana kita boleh asyik terlepas pandang, dan asyik terlewat, sedang kita sudah tahu waktu temu janjinya?


"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (4) Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (6) " [Surah At-Tin. ayat 4 - 6 ]

Kita telah diciptakan akal fikiran dan sebagainya untuk memenuhi tanggungjawab kita sebagai 'Abid dan Khalifah.

Tapi, kita masih tak mampu laksanakannya? Secara Istiqamah? Konsisten?

***

Jadi?

Renung-renungkan. Dan selamat beramal!

"Demi masa (1). Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. (2) Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan amal soleh, dan mereka saling menasihati supaya mentaati kebenaran serta saling menasihati supaya menetapi kesabaran. (3)"  [ Surah Al-Asr, ayat 1-3]

***

p/s: Siapa tulis post ni? Macam tak 'matang' jer...

Garis



Antara kau dan aku
ada beberapa garis.


Ketika
senyum berbalas kuntumnya - satu garis terpadam.
Ketika
tangan berjabat eratnya – dua garis terpadam.
Ketika
bicara berlafaz mesranya – tiga garis terpadam.


Yang pasti – menyeberang garis-garis itu
ada satu ruang khusus, menghubungindah
hati-hati kita, pada pijar akidah
menyalakan suar
iman – berlapang dada
selebarnya.


Sungguh
apabila semua garis ini terpadam
kita tak dapat dipisahkan lagi
kecuali mati.


(sejak bila ada baldi kat situ? )


***
Dari an-Nu’man bin Basyir dari Nabi Muhamad s.a.w., beliau bersabda:  
"Perumpamaan kaum mukminin dalam cinta-mencintai, sayang-menyayangi dan bahu-membahu, seperti satu tubuh. Jika salah satu anggota tubuhnya sakit, maka seluruh anggota tubuhnya yang lain ikut merasakan sakit juga, dengan tidak bisa tidur dan demam".  
(Shahîh. HR al-Bukhâri (no. 6011), Muslim (no. 2586) dan Ahmad (IV/270), dari Sahabat an-Nu’man bin Basyir Radhiyallahu 'anhu , lafazh ini milik Muslim.) 
(dipetik daripada: http://pustakaimamsyafii.com/ukhuwah-islamiyah.html)


Kalau kata orang tua-tua, “Cubit paha kiri, paha kanan terasa juga.”

Begitulah yang dapat digambarkan apabila berbicara tentang rapatnya suatu ukhuwah itu.

Memang benar,
kadang mungkin ada sahaja sengketa di antara kita
disebabkan oleh khilaf-khilaf kita sebagai manusia.

Cakap bernada tinggi sikit, disangka marah.

Cakap bernada rendah sikit, terlalu perlahan, tak dengar! Cakaplah kuat sikit!

Setiap perbuatan kita ada sahaja disalahertikan,
mungkin sahaja kita berniat baik, walhal disangka jahat
mungkin sahaja kita berniat jahat… (hmm.. itu sendiri mahu ingat laaa… )

Imam Syeikh Hassan Al Banna pernah menyebut :

"Serendah-rendah ukhwah ialah berlapang dada,setinggi-tinggi ukhwah ialah melebihkan orang lain berbanding diri sendiri"



Justeru itu, terhadap sahabat, teruskan berlapang dada, sekurang-kurangnya.

Tapi, bukankah melebihkan orang lain daripada diri sendiri itu lebih baik?

Disebut dalam kumpulan Hadis 40 Imam An-Nawawi, hadis ke -13,
(tuan-tuan dan puan-puan pasti sudah sinonim benar dengan hadis ini bukan?)

Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik r.a., pembantu Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda:
“La yu’minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsihi.”
Which means, “None of you will have faith till he wishes for his brother what he likes for himself.”
Bermaksud: Tidak beriman (secara sempurna)seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
(Riwayat Al-Bukhari no. 13, Muslim no. 45, dan Ahmad no.18076)
dipetik daripada buku Hadis 40 Imam Nawawi, susunan Zahazan Mohamed dan Muhammad Zakaria)


Okay!

Rasanya, tak perlulah ulas panjang-panjang
tentang ini. Masing-masing pasti sudah tahu kan...

Oh ya!

Terima kasih kepada semua yang mengucapkan kata-kata doa dan selamat ke atas saya.

Semoga Tuhan melimpahkan rahmat dan kurniaNya, juga kasih-sayangNya buat kalian semua.

Syukran Jazilan!

(Ini adalah bukti! bahawa kematian sudah mendekat! Sila beramal! Sila beramal! )
Tag : ,

Merungkai Gelisahnya Hati

"Wastaghfiru rabbukum thumma inna rahimuw wadud."
"Seek forgiveness from your Lord, and return towards Him. Indeed my Lord is the Most Merciful, and He loves His creation."


Hati manusia apabila merasa berdosa, mereka cenderung gelisah, murung dan terasa terhalang daripada melakukan perkara-perkara kebaikan (mahmudah). Mana taknya, bayangkan seandainya seorang yang meminum arak pada waktu selepas maghrib, tiba-tiba mendengar azan untuk menunaikan solat isyak berjemaah di masjid. Jika masih ada imannya, tentu dia akan merasa gelisah hendak ke masjid atau tidak. Jika tidak... (masih ada iman?)

OK... Ok.... (macam tiada kene mengena kan)

Contoh lain. Apabila kita baru sahaja mengumpat sahabat kita tanpa pengetahuan sahabat tersebut. Ada tak rasa gelisah? merasa berdosa?

(Err.. Boleh dapat tangkap kan apa yang cuba disampaikan ni.)

...........

(The point is, kita akan merasa gelisah apabila melakukan dosa.)

Baiklah, seterusnya,


Rasulullah s.a.w. bersabda :

مَنْ لَزِمَ الاِسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ
“Barang siapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dari setiap permasalahannya, dan Allah jadikan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan Allah akan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
Dan di saat itu, mohonlah ampun kepada Allah. Dosa sekecil mana pun, pasti sudah cukup untuk menghalang seseorang itu untuk melakukan kebaikan.

Astagfirullah.

Astaghfirullah.

Astaghfirullah.

Aku mohon ampunan kepada Allah

Aku mohon ampunan kepada Allah.

Aku mohon ampunan kepada Allah.

I seek forgiveness from Allah.

I seek forgiveness from Allah.

I seek forgiveness from Allah.

Dalam Al-Qur'an ada menyebut, tentang fadhilat istighfar, yang sama juga pernah diceritakan dalam kisah Imam Hassan Al-Banna.

Dikisahkan dalam Tafsir al-Qurthubi, bahwa suatu hari ada orang yang mengadu kepada al-Hasan al-Bashri tentang lamanya hidup susah, maka beliaupun berkata, "Beristighfarlah kepada Allah".
Kemudian datang lagi orang yang mengadu tentang kemiskinan, beliaupun memberi solusi, "Beristighfarlah kepada Allah". Terakhir ada yang meminta agar didoakan punya anak, al-Hasan mengajukan , "Beristighfarlah kepada Allah". Ar-Rabi' bin Shabih yang kebetulan hadir di situ bertanya, "Kenapa engkau menyuruh mereka semua untuk beristighfar?".
Maka al-Hasan al-Bashri pun menjawab, "Aku tidak mengatakan hal itu dari diriku sendiri. Namun sungguh Allah telah berfirman dalam surat Nuh: "Aku (Nabi Nuh) berkata (pada mereka), "Beristighfarlah kepada Rabb kalian, sungguh Dia Maha Pengampun. Niscaya Dia akan menurunkan kepada kalian hujan yang lebat dari langit. Dan Dia akan memperbanyak harta serta anak-anakmu, juga mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untukmu".

Dan Allah berfirman dalam surat Nuh, ya 10 hingga 12 :
"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.`  (Surah Nuh: 10)
 "(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu,  (Surah Nuh: 11)
“Dan Ia akan memperbanyak harta kekayaan serta anak-anakmu;  serta mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).  (Surah Nuh: 12)

Berdasarkan ayat di bawah pula,

“Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.” (QS. Al anfal : 23)
Allah akan mengangkat azab daripada mereka yang meminta ampun kepadaNya.

Dan Rasulullah s.a.w. bersabda :

وَاللهِ، إِنِّيْ لَأَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ فِيْ الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِيْنَ مَرّةً
“Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali” (HR. al-Bukhari)
Dalam Surah Hud pula, ayat 52:

"Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!"(Surah Hud, 8:52)

***




Rumusan Fadhilat Istighfar:

1. Menghantarkan hujan lebat mencurah-curah. (dengan musim-musim kemarau, dan keadaan jerebu ini, beristighfarlah ya.)

2. Memperbanyak harta kekayaan.

3. Menambah zuriat.

4. Mengangkat azab.

5. Mengampunkan dosa.

6. Mengadakan kebun-kebun tanaman dan sungai-sungai. (sebagai mata pencarian atau sumber air)

7. Menambah kekuatan atas kekuatan. (memberikan kelebihan melebihi apa yang telah dipunyai)


Salah seorang salaf Fudhail berkata : “Istighfar tanpa meniggalkan dosa adalah taubatnya para pendusta.”
Dan seorang salaf yang lainnya ditanya tentang istighfar, “Istighfar bagaimanakah yang menhapuskan dosa?” ia menjawab, “istighfar harus dimulai dengan istijabah, kemudian dengan inabah, kemudian dengan taubat, yang dimaksud dengan istijabah adalah amalan anggota badan yakni dengan meninggalkan apa yang dilarang, kemudian inabah adalah amalan hati dengan kembali dan menghadap kepada-Nya, kemudian taubat adalah dengan ia datang kepada Rabb-nya dengan hatinya dan beristihgfar dari kekurangan yang terjadi dalam istighfarnya…




Talk Show: Becoming A Creative Super Learner


27 January - Zaid Ali Alsagoff (International Medical University’s e-Learning Manager) was voted No. 1 in the World (and Asia-Pacific) on the ‘Top e-Learning Movers & Shakers in 2013’ (TEMS13) poll based on votes from 1861 learning professionals/educators around the world. Hasnain Baloch, IMU’s Senior Instructional Designer was No 6 in the World, and No 3 in Asia-Pacific according to the same poll. A big congratulations to both!

On the 13rd of March 2014, a very interesting talk show was supervised by Muslim Society held in auditorium of IMU. Truthfully speaking, there were array of beneficial knowledge in fast and yet creative learning in order to boost the students academic performance. (Wee!! )

Out of curiosity, He, Zaid Ali Alsagoff, asked us on how much time we have spent on facebook, and preparing beforehand of lectures (i don't remember some other questions. heh.) Well, that's make us reflect on ourselves on how much we waste our time for useless matter.

In boosting our memory performance, we should always keep repeating to revise on that particular facts, after 24 hours, after a week and after a month!

Short term memory : Repeat to Remember

Long term memory: Remember to Repeat

We were also asked to check our speed reading. You can take test online here. Speed Reading Test Online
(Mine was only 317 wpm! there was a guy who get 1000+ wpm!! I don't either its fake or not, just believe it then, to inspire us )

Food plays a very vital role. Like Banana, Omega-3 food stuffs and others, i don't remember, this based on facts talked by a nutrition and dietition student.

Hmm.. Well, what's else?

Oh yeah! How about Focus and Attention?

To enhance your learning performance, focus and attention were very crucial. In a class/lecture, a study proved that students memory performance only good at the first 10 minutes and the last 10 minutes only. So, a time break should be given priority especially when it comes to the class of 2 hours or maybe 3 hours?!

And, Superbrain Yoga!



or watch here: https://www.youtube.com/watch?v=KSwhpF9iJSs

Juggling!


or watch here: https://www.youtube.com/watch?v=q7Tzn8JgX4A

What's more?

I think I would just share to you the powerpoint slides that shared prior to the talk before. You can download it from here: http://www.slideshare.net/zaid/becoming-creative-super-learners-at-imu

Zaid also won the top ‘e-Learning Super Hero of 2013’ award (Hasnain was No. 12), which is based on a gamified scoring system, which also takes into account who votes for you (Impact Votes: Other nominees voting for you).

source:

1. http://imunews.imu.edu.my/staff-news/imus-e-learning-manager-top-e-learning-mover-shaker-world/

2. https://www.facebook.com/events/1411059672480357/






Angan-Angan Sang Khalifah




Jika tuan masih diulit mimpi,

Sedarlah, dan bangunlah.

Sungguh mimpi itu hanya melekakan dirimu.

(Shuhh.. Shuhh… pi main jauh-jauh wahai mimpi, biar tuan ini menghadap realiti)


"Syaitan sentiasa menjanjikan mereka serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata." 
( surah an-nisa’ 4:120)

***

Manusia memang kuat angan-angannya, tetapi…

Apakah usaha mereka untuk menggapainya?


Setiap hari, rutin disumbatkan dengan kerja-kerja yang tak bermanfaat.

Lupa matlamat. Lupa segalanya.

Konon ber’facebook’ nak berdakwah, padahal, buat benda lagha lain. (dakwah sebagai alasan? )

Konon nak bina syarikat nak bina hotel lima bintang! (lima bintang woo!)

Tetapi, langsung tiada perancangan jangka mas pendek, dan jangka masa panjang.

Konon nak jadi pelajar contoh, pelajar cemerlang. Tetapi, malas berusaha.

Bila lagi nak istiqamah amalnya? Kata sayangkan Tuhan. Kata cintakan Tuhan.

Tak benarkah?

Atau memang, nak tunggu ajal mendekat?

"Anas r.a. katanya: Nabi s.a.w. telah menggariskan beberapa garisan lalu ia bersabda ˜ini angan-angan manusia dan yang ini ajalnya. Ketika seseorang itu dalam keadaan demikian (panjang angan-angan yang tidak putus-putus) tiba-tiba datanglah garisan yang pendek (sampai ajalnya mati)". (Riwayat Hadith al-Bukhari).

Dan tuan? Tuan, masih asyik berangan-angan?


Yang Ikhlas,
Jiwa Tuan

Terukir di Langit



Ingin sekali aku ukir namamu
pada deru angin yang berlalu.

Dan, kuhela nafas doa cinta ini
bersiulan bagai lagu sang perindu.

Bertiuplah
seiring ke langit biru.

Aku ingin lihat
namamu terukir di situ.
Tag : ,

Words and Swords

words can become sword, easily...

From,



 To become,



Its easy!!

Want a proof?
An arabic saying goes like this, " Tongue is sharper than sword's edge."

And,
Abu Hurayrah relates that Allah's Messenger (peace be upon him) said: “Whoever believes in Allah and the Last Day should speak a good word or remain silent. And whoever believes in Allah and the Last Day should show hospitality to his neighbor. And whoever believes in Allah and the Last Day should show hospitality to his guest.”
[ Sahîh al-Bukhârî and Sahîh Muslim ]

*wow! the words reflect enough our main topic today)

More? (for non-muslim)
"There is one whose rash words are like sword thrusts, but the tongue of the wise brings healing."
Proverbs 12:18 ( The Holy Bible, English Standard Version Copyright © 2001 by Crossway Bibles, a division of Good News Publishers.)

Oh, what's more?
Just replace the alphabet 's' from the 'words' to the front.

Eh.

Angan-angan Sang Khalifah

Jika tuan masih diulit mimpi kosong,

Sedarlah, dan bangunlah.

Sungguh mimpi itu hanya melekakan dirimu.

(Shuhh.. Shuhh… pi main jauh-jauh wahai mimpi, biar tuan ini menghadap realiti)

Syaitan sentiasa menjanjikan mereka serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata. 
( surah an-nisa’ 4:120)

*** 

Manusia memang kuat angan-angannya, tetapi…
Apakah usaha mereka untuk menggapainya?

Setiap hari, rutin disumbatkan dengan kerja-kerja yang tak bermanfaat.

Lupa matlamat. Lupa segalanya.

Konon ber’facebook’ nak berdakwah, padahal, buat benda lagha lain. (dakwah sebagai alasan? )
Eh.

Konon nak bina syarikat nak bina hotel lima bintang! (lima bintang woo!)
Tetapi, langsung tiada perancangan jangka mas pendek, dan jangka masa panjang.

Konon nak jadi pelajar contoh, pelajar cemerlang. Tetapi, malas berusaha.

Bila lagi nak istiqamah amalnya? Kata sayangkan Tuhan. Kata cintakan Tuhan.

Tak benarkah?

Atau memang, nak tunggu ajal mendekat?

Anas r.a. katanya: Nabi s.a.w. telah menggariskan beberapa garisan lalu ia bersabda ˜ini angan-angan manusia dan yang ini ajalnya. Ketika seseorang itu dalam keadaan demikian (panjang angan-angan yang tidak putus-putus) tiba-tiba datanglah garisan yang pendek (sampai ajalnya mati). 
(Riwayat Hadith al-Bukhari).

Dan tuan? Tuan, masih asyik berangan-angan kosong?

(Oh ya, mimpi dan angan-angan itu sangat bagus, seandainya manusia cuba merealisasikan mimpi dan angan-angan yang murni itu.)

Tag : ,

Cinta manusia yang cerewet





Apa lagi masalah cintamu, wahai si cerewet?

Menangis semalaman habis duit
tertipu perasaan dek lelaki pelit.

Apa lagi masalah cintamu, wahai si cerewet?

Benarkah hatimu sedang perit
Kekasih rahsianya datang mengheret.

Apa lagi masalah cintamu, wahai si cerewet?

Berdiam bagai terlantar sakit
adakah itu sebab kaumemingit.

Ah, cerewet oh cerewet.

Memang manusia itu sifatnya ralit
asyik dibelenggu cinta yang rumit
hanya manusia terus buatnya sulit
tika masa lalu begitu menggamit.

Mari dengar sini, aku berpesan.


Cinta itu tidaklah pahit
andai cintanya pada Tuhan – tinggi melangit.
Tag : ,

Di Hujung Lorong



Kuterokai lorong sunyi ini
zulmat, aku berjalan sendiri
kadang kutakut tersadung 
tanpa siapa peduli.

Dan langkah ini cuba menderap sendiri
kutemu sahabat di setiap persinggahan
hulurkan tangan, mengiring sehaluan.

Oh, kau sungguh baik.
Kau buat kumenderap lagi, dan lagi, semakin
laju, biarpun hujungnya ku belum pasti.

Mana hujungnya, mana?
Kau kata, "marilah sahabat,
mari beriringan sama ke syurga,
ya, syurga."

Di hujung lorong ini
moga syurga menanti kita.
Tag : ,

Antara kebenaran dan mitos: Meneroka Surat Rasullullah kepada Heraklius I/Hercules.

Heraklius1 (Flavius Heraklius Augustus (11 Februari 641)
- dikenali juga sebagai Hercules.

= Maharaja Rom, memerintah kerajaan Byzantin ketika era Nabi Muhamad saw

Ada beberapa kisah yang menarik tentang Maharaja Heraclius I ini, yang saya temui, di suatu website. kisah tersebut telah saya strukturkan semula agar lebih mudah dibaca.

gambar ini sekadar hiasan, tiada kena-mengena dengan sejarah yang diceritakan di sini.

......................................................................................

1) Pernah Heraclius meminta surat Rasulullah s.a.w yang dibawa Dihyah untuk para penguasa Negeri Bashrah.

Diserahkan surat itu pada Heraklius, maka dibaca, dan isinya berbunyi:

dikatakan, inilah surat yang dihantar Rasulullah,
kepada Heraklius/Hercules
“Bismillahir rahmanir rahim. Dari Muhammad, hamba Allah dan Rasul-Nya untuk Heraclius. Penguasa Romawi, keselamatan bagi siapa yang mengikuti petunjuk. 

Kemudian daripada itu, aku mengajakmu dengan seruan Islam; masuk Islamlah kamu, maka kamu akan selamat, Allah akan memberi pahala kepadamu dua kali. Namun jika kamu berpaling, maka kamu menanggung dosa rakyat kamu, dan: 

Hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai Rabb selain Allah”. 

Jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).”

Hiruk pikuk sidang yang mendengarnya. Kedengaran bingit suara-suara ribut. Abu Sufyan dan teman-temannya diusir serta merta oleh sidang pendengarnya.

Setelah diusir, Abu Sufyan berkata, 

“sungguh dia telah diajak kepada urusan Anak Abu Kabsyah. Heraclius mengkhawatirkan kerajaan Romawi.”



............................................................................................

2) Pernah sekali diundangnya para pembesar Roma

“Aku ada majlis istimewa di Himsha, marilah datang.”

Majlis pun bermula. Semuanya hadir!

Pintu dikunci rapat. Agar tiada yang dapat mendengar bicaranya dari luar.

Lantas, dia berkata:

“Wahai bangsa rum, mahukah anda semua beroleh kemenangan dan kemajuan yang gilang gemilang, sedangkan kerajaan tetap utuh di tangan kita?”

Masing-masing kelihatan terangguk-angguk.

“Kalau mahu, akuilah Muhammad sebagai Nabi!”

Seakan ada guruh bergema gempita. Cadangannya begitu memetir suasana.

Lintang pukang mereka bagai keldai liar, padahal pintu semua dikunci rapi.

Heraclius putus harapan. Lalu, dia minta semua kembali ke tempat mereka, seraya berkata,

“Sesungguhnya saya mengucapkan perkataan saya tadi hanyalah sekedar menguji keteguhan hati anda semua. Kini saya telah melihat keteguhan itu.”


Mereka sujud di hadapan Heraclius dan mereka senang akan bicaranya.

...........................................................................................

3) kisah ketika rombongan dagang Quraisy, yang sedang mengadakan ekspedisi dagang ke Negeri Syam, singgah menemui Heraklius di lliya'

......

Haaa.. rasa tertanya-tanya bukan?

Perinciannya boleh ditemui di website di bawah ini

Heraklius, Raja Rom pun mengakui kebenaran Nabi saw.

Selamat meneroka!

*oh ya. Segala sejarah yang dinyatakan di sini masih tidak dapat dibuktikan kebenarannya.

Banyak perdebatan berlaku antara golongan kristian dan Islam, merujuk pada sejarah ini.

Maka, secara intelektualnya, sejarah ini tidak dapat dijadikan hujah yang baik.

Sungguh, antara sebaik-baik hujah buat Islam adalah Al-Quran.

dan, dialog yang dinukilkan tak semestinya dialog asal yang dibicarakan. Namun, mesej yang disampaikan tetap sama. 

Vlog Tabur with Abang Naz



Perjalanan merantau ke kawasan baru, benar-benar memberi satu pengalaman yang baru serta membuka minda agar sifatnya lebih terbuka menerima sesuatu.

Sebab? sudah tentu kerana ketenangan yang dikecapi membolehkan corak pemikiran kita bergerak dengan lebih efektif dan luas.

Alangkah lebih baiknya, diturutkan sekali dengan rasa kesyukuran, terhadap segala nikmat alam yang Allah turunkan buat para makhluknya di dunia.

Ekosistem yang teratur, disusun indah.

Pada setiap hela nafas, ada nikmat udara yang tidak ternilai.

Pada setiap luas pandangan, ada nikmat warna cerianya alam ciptaan Tuhan

Dan, nikmat mana lagi, yang ingin kita dustakan?
Sungguh, ia sudah terlalu banyak.

Rasa kehambaan, juga kekerdilan bakal begitu merendahkan diri ini di sisi Tuhan.

Apalah sangat yang kita lakukan, menyumbang kepada syiar Islam di muka bumi ini.

Apalah sangat, sumbangan untuk keluarga, untuk masyarakat juga ummah.

Sedikit bukan?
Bahkan, terlalu sedikit. sedikit.
(sumbangan saya lagilah sangat sikit!)

Tuan-tuan, puan-puan, serta sahabat yang sekalian.

Sekalipun, kesan kita kepada Ummah terlalu sedikit.
amatlah disarankan agar
teruskan usaha segigih-gigihnya.

Ya, kadang-kadang kita leka, kita lupa.

maka, atas kesedaran itu, kita wajar bertindak dengan sewajar-wajarnya.

kita sudah cukup waras. (ketika anda mampu baca ini, sudah tentu anda waras!)

teruskan usaha anda, terus istiqamah.

teruskan tembakan-tembakan doa, agar diri kita terus tsabat

di jalan-Nya.


Berikut merupakan video terbaru daripada Has Da'iegraphy : Vlog Tabur with Abang Naz

(selamat menonton!)

Manisnya Epal Ini.



Manisnya epal, ada pada epalnya yang masak ranum
bukan pada benih bunga, yang mudah gugur dek angin lalu
bukan pada tua buahnya, yang makin berkerut nan isi kelabu


Tercipta manusia, dari selemah rupa.
mudah menerima segala apa yang dilihat, juga didengar
jiwanya rapuh pada godaan,

Bangunan jiwa akan kukuh, seiring minda yang lebih tajam
andai terus ditiup bayu islami, disemai seni ukhrawi
kekuatan itu bakal menjadi asset buat ummah.

Dan ketika masa meningkat, usia kian melanjut
fizikal dan mental, mulai lemah
namun, jiwanya, boleh lebih kental dari anda semua.
pengalaman benar-benar merajut makna.


“Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
(Surah Ar-Rum, ayat 54 )



Tag : ,

Seindah Islam! Secantik Alam!



Manusia adalah sebahagian daripada alam. Secara tidak langsung, manusia juga menjadi sebahagian daripada seni alam tersebut.  Suatu seni agung ciptaan Tuhan, yang tak pernah luntur warna cerianya juga warna tarbiyahnya.

Bukankah alam ini dicipta dengan penuh keindahan sebagaimana indahnya Islam?

Yang menyempurnakan setiap fitrah yang ada. Seimbang, setara. Melengkapi antara satu sama lain, sebagaimana rantaian makanan dalam ekosistem diseimbangkan dengan suatu sistem alam yang sistematik lagi tersusun. Kitaran air dan karbon yang diatur cantik dan stabil.

Nah, ini baru sedikit sistem Allah (sunnatullah) yang tampak sedia ada di depan mata, dalam alam ini.

Lihatlah jua, rentangan langit yang terbentang luas, diteguhkan tanpa tiang yang nyata. Firman Allah s.w.t. :


“(Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami memperhiasinya (dengan bintang-bintang), dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang?”
(Surah Qaaf : ayat 6)

Sungguh, tiada cacat cela dari apa yang diciptakannya. Hakikatnya, manusia sendiri yang asyik merosakkan ciptaan Allah yang mendatangkan keburukan, dan berpaksikan ketamakan semata-mata, tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Untung bagi mereka yang sentiasa menghargai, menghayati, memelihara juga memulihara alam ini.

Tidak sia-sia apa yang Allah ciptakan. Allah, Tuhan, Tuan punya kepada sekalian alam.

Lihatlah juga, pada hamparan bumi serta isi tanamannya yang pelbagai rupa. Buah yang masak ranum lazat dinikmati rasanya. Allah menyambung lagi dalam firmanNya, pada surah Al-Qaaf.

“Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan ia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur?”
(Surah Al-Qaaf : ayat 7)

Hujan turun membekalkan air buat pepohonan, dan antara pohon itu berbuah. Ketika pohon mula berbuah, buah bakal meranum rimbun. Itulah menjadi makanan buat manusia, bukan sahaja memuaskan selera perut, bahkan makanan jiwa, menghayati keindahan ciptaan Allah Yang Esa. Nilai keinsanan bukanlah meletakkan perut sebagai matlamat, malah mementingkan pengisian rohani yang akur pada Penciptanya.

“Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”
(Surah Al-An’am : ayat 99)

Inilah, bila mana, kita memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi serta seluruh alam. Keunikannya. Keajaibannya. Pada ciptaan ini, kalimah lafaz syahadatain mengungkap rasa hamba, dan syukur pada Yang kuasa.

“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”
(Surah Al-Imran : ayat 191)

Setiap yang dicipta ada fungsinya. Dialah yang menciptakan segala sesuatu dengan sebaik-baik rupa.

“Begitulah penciptaan Allah yang menjadikan setiap sesuatu dengan kuku (sempurna).”
(Surah Al-Naml : ayat 88)

Juga mengindahkan alam ini seindah rupa.
“(Tuhan) yang mengindahkan setiap sesuatu yang dijadikanNya.”
(Surah Al-Sajadah : ayat 7)

Mengindahkan rupa manusia dengan secantik moleknya. Menjadi sebaik-baik ciptaanNya.

“Dan Dialah yang membentuk kamu, lalu dicantikkan rupamu.”
(Surah Al-Taghabun : ayat 3)

Bukanlah sekadar rupa fizikal, malah rupa dari segi fitrahnya.

“(Tuhan) yang telah menciptamu, lalu disempurnakan kejadianmu dan menjadikan anggota-anggotamu seimbang dalam bentuk apa sahaja yang Dia kehendaki. Dia menyusun tubuhmu.”
(Surah Al-Infitar : ayat 7-8)
\
Sungguh, apa yang ada di langit dan di bumi ini, satu ciptaan hebat Allah Ta’ala.

“Kepunyaan Allah segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah, Dia Yang Kaya, Yang Terpuji.”
(Surah Luqman : ayat 26)

Semoga kita dapat sama menghargai apa yang kita terima, amanah memakmurkan alam ini, menjaganya sebaiknya. Juga menghayati keindahannya seraya mensyukuri nikmatnya.

InsyaAllah.

“Segala puji bagi Allah Yang telah menciptakan langit dan bumi dan mengadakan gelap dan terang, namun orang-orang yang kafir mempersekutukan (sesuatu) dengan Tuhan mereka.”
(Surah Al-An’am : ayat 1)

Allah itu Maha Indah, lagi menyukai keindahan.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:  “Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya sifat sombong sekalipun hanya seberat debu. Lalu seorang sahabat bertanya: “Sesungguhnya ada orang yang suka pakaian dan kasutnya cantik. Rasulullah SAW menjawab dengan sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu indah dan suka kepada keindahan. Sombong itu adalah menolak yang hak dan menghina orang lain.”
(Hadis riwayat Muslim)

- Copyright © Asna Intisar - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -