Posted by : Unknown Monday 19 November 2012


Bismillahirrahmanirrahim,,,,, Assalamu'alaikumu w.b.t.........


“ 11 Syahid Dalam Pembunuhan Besar-Besaran Terbaru Israil Ke Atas Gaza ”  Arghh..!!!! kenapa…!!!!!!!!!!

“ Serangan israil Ke Atas Gaza Membunuh 2 Warga Palestin Dan Cederakan 9 Yang Lain ”  Ish.. Apasal dengan Israel ni..!!!!

“ Liga Arab Minta Perlindungan Antarabangsa Bagi Warga Palestin “ Haaa..,, bagus,, jadi apa hasil request Liga Arab nih..??


“ Morsi Kepada Erdogan: Terdapat Tanda-Tanda Genjatan Senjata, israil Nafi  “ israel oo israel.. bila la ko nak gencatan senjata nih,,? Tak habes2 lagi ke nak hapuskan Umat Islam…!!

“ Tentera Israil Serang 950 Sasaran Di Gaza “ Aduyai,, Ya Allah,,, Selamatkanlah Bumi Gaza..!!



*******************************************

Hadirin serta hadirat pembaca yg dirahmati Allah sekalian,,,

“Sayang Palestin tak..? Tanya seorang ustadz kepada muridnya.

Masing-masing menjawab, “ “Sayang,, kenapa tak sayang pula, Bumi Palestin, Bumi Islam, Bumi lahirnya para Anbiya’ serta Ulama’ besar Islam..”

“Hmm,, anda semua memang sangat bijak, lagi bijaksana,,, Tapi,, tahu tak apa yang berlaku kat sana..? Tanya ustadz, mencungkil dasar pemikiran muridnya itu, muda, tetapi berfikiran cukup matang, Alhamdulillah.

“Tahu,, Gaza telah menjadi mangsa israel yang begitu kejam,, bayi dibunuh…





 Kanak - kanak jua tidak terkecuali….




 Serta ramai lagi yang telah menjadi mangsa.....

Ustadz kembali menyambung,,  “ Hakikatnya, isu ini tidak hanya berlaku dalam seminggu ini, tetapi, telah berlaku bertahun-tahun lamanya sebelum ini malah semenjak Perang Al-Nakba pada tahun 1948, selama setahun menentang negara-negara Arab sekitar israel, dan ia telah dimenangi oleh israel, Keanggotaannya dalam PBB telah menguatkan lagi status israel sebagai sebuah negara berdaulat.. Lebih kurang 750, 000 penduduk Palestin terpaksa berlindung di negara-negara Arab.. “

 “Cuma, kali ini, israel lebih bertegas untuk menghancurkan bumi Gaza, menawan kota Gaza… SubhanAllah…………….. “ balas Saifuldin, salah seorang muridnya.

Ustadz tersenyum, kemudian, Syauki tiba-tiba mencelah, “Gaza pernah ditawan oleh israel dalam Perang 6 hari pada tahun 1967,,, namun berjaya diambil semula oleh negara-negara Arab pada tahun 1973 termasuk Semenanjung Sinai dalam perang Yom Kippur”

“Bagus anak-anak murid Ustadz…. ^_^ .”

Ustadz menyambung, “Masa berlaku Intifada’ kedua oleh Para Mujahid Palestin pada tahun 2000, mereka mula mengorak langkah untuk menentang Israel. Israel menganggap mereka sebagai satu tindakan terrorist…. Israel pon, konon, bermurah hati, memindahkan ratusan ribu rakyat Israel di Tebing Barat serta di Gaza, dan memusnahkan perumahan haram di kawasan tersebut pada tahun 2005 berdasarkan unilateral disengagement plan yang dirancang oleh PM Israel ketika itu Kini, israel dapat menyerang kota Gaza dengan lebih mudah, apabila rakyatnya telah keluar dari Gaza, maka, dia tidak akan dikecam hebat oleh rakyat israel itu sendiri,,, bijak  oo bijak…. Jadi apa yang kita boleh lakukan..??! “

“Boikottt..!!! “

“Derma..!!!”


“Do’a….!! Ad dua'u silahul mukmin..”

“Hmmm,, bagus3… jadi tunggu apa lagi…??!! Mari kita berusaha bersungguh-sungguh, agar bumi gaza tidak ditawan oleh Israel..!! selamatkan saudara Islam kita..!! “

“Allahu Akbar..!! Allahu Akbar...!! Allahu Akbar..!!!!! “

#p/s : anda boleh salurkan sumbangan anda ke Tabung Kecemasan Gaza, Aman Palestin – Maybank : 562263010787 .. anda boleh melawat sebarang maklumat di FB Aman Palestin atau www.amanpalestin.net

Marilah kita bersama hayati lagu ini.....Damai Yang Hilang _ NowSeeHeart

Serta amalkan doa ini terutamanya… hafal kalau boleh ye sahabat-sahabat sekalian….. Doa ini telah dibentuk dalam seni lagu agar memudahkan penghafalan,, In sha Allah.. Doa Qunut Nazilah _ UNIC


{ 2 Comments/Suggestions... read them below or Comment }

  1. Janganlah kita berasa kesian dengan mereka yang telah meninggal akibat peperangan ini..sebaliknya, rasalah cemburu dengan mereka kerana mereka mati syahid dlm menegakkan agama Allah. ^_^ InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ^_^ .. subhanAllah,,, syukran... jzkk....

      Delete

- Copyright © Asna Intisar - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -