Posted by : Unknown Wednesday 5 December 2012

Assalamu'alaikum,,,

Baru-baru ini (erm,, xde la baru mana, da lebih sebulan gak sbnrnye, hehe,,, ok,, btw,, ana baru menghadiri sebuah kem yang dianjurkan oleh Kelab Santun, yang ditubuhkan oleh Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YAPEIM),, Kem tersebut bernama "Kem Generasi 1 Santun" . selama 4 hari 3 malam di Kem Ulu Sepri, negeri Sembilan...... kem uh memang Terbaik..! ehem,, apa-apa pun, nak beritahu yang manfaat kem nih begitu besar sebenarnya dan ia merupakan salah satu wadah dalam membina umat Islam yang gemilang. (haa.? achano uh.? )



Pertama : Ukhuwah.....

ana bersetuju untuk menghadiri kem ini atas dasar ingin membentuk ukhuwah fillah.. n of course, dalam kem nih, ana bertemu ramai sahabat-sahabat baru, Nasa, Din, Rushdi,dan ramai lagi la.. (maaf ye, tak dapat den nak sebut sume.. ^_^ ) dan mereka-mereka nih sangatlah Osem.! Hakikatnya, mereka memiliki logam-logam tersendiri dalam membangun ummah.. Ana percaya ramai dalam kalangan mereka akan dapat memberi sumbangan yang besar kepada Islam...

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”(Riwayat Bukhari)

Semasa Islam, 'nilai' itu akan menyokong Islam, dan sekiranya semasa jahilyah, 'nilai' tersebut akan turut menyokong kejahilan tersebut... But, dalam kes ini,, ana amat yakin bahawa mereke-mereka yg osem ni, amat bermanfaat untuk Islam..... Semoga persaudaraan dan cinta-cinta antara kami diredhai Allah...

Diriwayatkan oleh Imam Mlik dalam Al Muwatha’ dari abi Idris Al Khaulany rahimahullah bahawa ia berkata  :  “Aku pernah masuk Masjid Damaskus. Tiba-tiba aku jumpai seorang pemuda yang murah senyum yang dikerumuni banyak orang. Jika Mereka berselisih tentang sesuatu maka mereka mengembalikan kepada pemuda tersebut dan meminta pendapatnya. Aku bertanya tentang dia, lalu dikatakan oleh mereka,’Ini Muadz bin Jabal.’ Keesokan harinya , pagi-pagi sekali aku datang ke masjid itu lagi dan kudapati dia telah berada di sana tengah melakukan solat. Kutunggu ampai dia selesai melakukan solat kemudian aku temui dan kuucapkan salam kepadanya. Aku berkata,’Demi Allah aku mencintaimu. Lalu ia bertanya.’Apakah Allah tidak lebih kau cintai?’ Aku jawab,’Ya Allah aku cintai’. Lalu ia memegang ujung selendangku dan menariknya seraya berkata,’Bergembiralah karena sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah saw, berabda,”Alloh berfirman, cinta-Ku pasti akan mereka peroleh bagi orang yang saling memadu cinta kerana Aku, saling mengunjungi karena Aku, dan saling memberi kerana Aku.”


................................................................................................................................


Kedua : Ilmu Pengetahuan.....

Obvioiusly, banyak ilmu yang ana dapat di sana... sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada motivasi diri ini..... terima kasih kepada Dr Muhammad Bin Jantan kerana banyak membantu dalam penjanaan RESQ (Repositioning Emotional Spiritual Quotient).... siap muntah-muntah buang saka lagi en... tahniah-tahniah,,, syabas diucapkan,, dan terima kasih diucapkan........

Ada gak forum yang diterajui oleh 4 pejuang Islam yang telah didominasi saudara nasa.. Tahniah kepada semua yang terlibat.. Korang memang sangat hebat..!

“Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu, maka Allah mudahkan jalannya menuju Surga. Sesungguhnya Malaikat akan meletakkan sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu karena ridha dengan apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya seorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit maupun di bumi hingga ikan yang berada di air. Sesungguhnya keutamaan orang ‘alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu. Dan barangsiapa yang mengambil ilmu itu, maka sungguh, ia telah mendapatkan bagian yang paling banyak.” (Diriwayatkan oleh Ahmad , Abu Dawud , at-Tirmidzi ,Ibnu Majah , dan Ibnu Hibban)

.................................................................................................................................


Ketiga: Pengalaman....

Ana sebenarnya dah lama tak menghadiri kem-kem sebegini,, last ana pergi kem, rasanya masa tingkatan 4, dan sebelum itu juga, ana pernah menghadiri banyak kem anjuran Yayasan Bandaraya Johor Bahru,, jadi anak angkat mereka ^_^ .. ehem,, ok,, dalam kem yang baru ni, ternyata amat berbeza, mungkin kali pertama menghadirinya sebagai mahasiswa dan mampu berfikir lebih matang sepanjang kem nih.. so, basically,, badan penganjur dan urusetia susah nak tipu kami,, kalau masa sek rendah uh, boleh la tipu-tipu kami, tak kantoi pon kan, haha....

Pada masa yang sama, ana turut dapat belajar sedikit selok-belok pengurusan dalam menjayakan kem-kem sebegini... kerana ana berniat untuk menganjurkan kem-kem sebegini di masa hadapan kelak, InsyaAllah.. and one more thing, ialah untuk mengisi masa lapang dengan perkara-perkara yang lebih berfaedah.

Haa,, baru teringat.. ana telah berjaya melaksanakan tugas sebagai lelaki 'jambatan besi'.. haha,, siap dipanggil sebagai lelaki alpha lagi..=.=" .. btw,, terima kasih kerana memberi ana peluang sebegini.. ^_^
sempata juga ana memberi tazkirah maghrib,, (tapi, cam tak menjadi sangat je,, haha. ) dan ini kali pertama bagi tazkirah kat ramai orang,, gementar x gementar,, sampaikanlah sekadar ilmu yang ada,, semoga diri ini terlindung daripada riya' dan melaksanakan apa yang dikatakan.. sebab..

 "...Allah sangat membenci kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
(surah As-Saff: 3)

Gulp. *sambil menelan air liur....  sentap oo sentap... harap-harap, ana dapat laksanakan sepertimana yang diperkatakan....


Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada badan penganjur, kak siti aisyah yang sungguh tekun dalam membina ummah, para urusetia yang baik hati serta para sahabat-sahabat semua... tak dilupakan juga kepada para jurulatih kem ulu sepri,, serta mak cik dan pak cik yang sediakan makanan kami... terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung...



Mari kita bina insan yang berintegriti..!

Wassalamu'alaikum w.b.t.















Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Asna Intisar - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -