Posted by : Unknown Tuesday 1 January 2013

"Yeay...!! Selamat Tahun Baru..!! "

Ehh,, Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Hmm,, tirai tahun baru telah dinaikkan,.! sedar tak sedar, umur kita semakin panjang, usia kita pula semakin pendek... haaaa... ce mana tu, ce mana tuh..? sebentar lagi akan dihuraikan harap bersabar... ^_^

Eh. eh.. agak-agak apa azam baru awak awak semua tahun ini ye..??

Respons :
"Hmm,, aku nak jadi insan yang lebih baik, kalau dapat qiamullail hari-hari, smart gak.. hmm"

" Aku nak jadi zauj (suami) yang soleh dan terbaik di samping zaujah (isteri) yang soleh "

" Haaa,, aku nak belajar sungguh-sungguh, belajar tinggi-tinggi sampai pergi oversea. ! "

dan, berbagai-bagai lagi...

Azam, Impian, Cita dan Matlamat itu sudah bagus da... apa-apapun, segalanya hendaklah kerana Allah yang Maha Esa, bagi menggapai keredhaanNya.. Jangan lupa untuk turut sering berdoa, kerana, Allah telah menjanjikan kepada hamba-hambaNya..

Ud'uni astajib lakum.. "Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu"
(Surah Al-Mukmin : 60)



dan ada banyak lagi janji Allah kepada kita....., seperti yang termaktub dalam surah Al-Baqarah..


Wa'idza sa'alaka i'badi 'anni fa'inni qoribun ujibu da'watad da'i idza da'an
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang-orang yang berdo'a kepadaKu" (Surah Al-Baqarah: 186).


SubhanAllah.... *eh,, kenapa tetiba pasal do'a ni..? ok,, cite balik pasal azam tadi..

ni ana nak cite pada sudut pandangan ana la, azam baru ini amat penting, dan sudah tentu amalnya pula dalam mencapai azam tersebut turut penting.. dan bahagian yang paling penting sekali setelah azam dan amal, ialah Istiqamah .... selalu manusia akan mudah lupa pada azam tersebut, hanya bersemangat tinggi pada peringkat awal, namun, kecundang di pertengahan perjalanan.. *ana turut tidak terlepas daripada kelalaian ini..

Secara jujurnya, kita mudah lupa.. (teringat seuntai kata-kata pedas Tun Dr. Mahathir).. kita  mudah lupa kenapa kita diciptakan.. kita sering lalai, sering alpa, dibutakan dengan arus teknologi dan pelbagai lagi.. akhirnya, azam ke mana, amal ke mana, istiqamah pun entah ke mana... dan bagi ana, tiap-tiap tahun, azam ana ialah menjadi insan yang berjaya dunia akhirat.. insyaAllah, dunia dapat, akhirat pun dapat en.. *btw, tiap-tiap tahun, mulai hari ini la, hehe, sbb tak pernah terfikir pun sebelum ni.. =.="

Bila bercerita tentang kejayaan,,, besar skop dia,, bukan sekadar berjaya dalam akademik semata-mata, malah di segenap perspektif kehidupan.. ana sedar, bukan semua perkara kita boleh gapai, boleh dikecapi, tetapi, kita perlu terus berusaha, jihad habis-habisan dalam mencapai kejayaan ini bagi meraih mardhotillah. Wajahidu fillahi haqqa jihadih. "dan berjuanglah kamu pada jalan Allah dengan sebenar-benar jihad " (Surah Al-Haj : 78 )

Haaa,, dalam nak mencapai kejayaan ni... dakwah dan tarbiyah, amar makruf dan nahi munkar, sentiasa seiring bersama, tak lekang walau sesaat... kita perlu sentiasa tarbiyah diri kita agar sentiasa mengamalkan Islam, sebagai satu cara hidup yang sebenar, di samping, mencontohi tauladan Rasulullah s.a.w.

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
( Surah Al-Imran : 104 )

Semoga kita termasuk dalam golongan-golongan yang berjaya, insyaAllah....

.......................................................................................................

umur semakin panjang... usia semakin pendek..??

ana percaya, bahawa anda yang sedang membaca ini pasti sudah dapat menangkap maksud yang ana cuba sampaikan... kita harus sedar, ajal sentiasa menanti kita... dan telah ditetapkan tarikh dan waktunya oleh Allah...

Selain itu,, hakikatnya, semakin banyak jua tanggungjawab yang kita perlu pegang.. amanah yang perlu dipikul sebagai seorang muslim.. dan kita kesuntukan masa..! percayalah, semangat jiwa semarak jundu asy-syabab perlu dilayar-layarkan...!! menegakkan agama Islam yang syumul di muka bumi....!


Terus berjuang tanpa kalah,
Tidak gentar walau sedikit,
Tidak goyah walau sedetik,

Teruslah maju ke hadapan,
Menongkah arus yang songsang,
Itu realiti yang kita harus terima..
Ayuh bangkit duhai asy-syabab muslim..!!!












{ 2 Comments/Suggestions... read them below or Comment }

- Copyright © Asna Intisar - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -