Posted by : Unknown Saturday 5 January 2013

Apakah sempadan kita dunia ini..?

Adakah fikiran-fikiran kita ini telah berjaya didoktrin oleh Barat dalam kata 'dunia tanpa sempadan' ?


seolah-olah memberi gambaran pada kita bahawa kita boleh memperoleh apa sahaja yang kita suka, apa sahaja yang kita nak di dunia ini....

dunia di mana manusia boleh mengakses apa sahaja maklumat serta informasi... including fitnah..!!

kalimat ini turut seperti mengajak kita untuk memenuhi segala yang kita inginkan..!!!!

Hakikatnya, kita perlu sedar, di dunia ini, ada banyak sempadan yang perlu dijaga..


The dividing line between Muslim n Non-Muslim is clear.... tanggungjawab kita sebagai Islam telah jelas..

ada batas dalam tatasusila..

ada batas dalam berbicara...

ada batas dalam ikhtilat...

sempadan kita ialah iman, memagari diri daripada bisikan kejahatan..

Dan ingat,,, batas sempadan duniawi yang paling hakiki ialah Maut.......


 Allah berfirman dalam al Quran, "Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." 
(Al-Anbiyaa : 35). 


Dunia hanya sebagai persinggahan, tempat mencari bekalan, bagi menuai ladang akhirat..

Usah hanyut dek arus duniawi 'tanpa sempadan' ...

Bunga nan cantik sekalipun, kembang menawan, bila tiba saatnya - kan gugur layu, mengering..

Langit nan luas sekalipun, terbentang indah, bila tiba saatnya -  runtuh berkecai-kecai....

Matahari nan terang sekalipun,  sinar memancar, bila tiba masanya - akan gelaplah bumi..!!


"Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya."  (an-Naazi'aat: 37-39)


........................................................................................................................


Dunia oo dunia......

Dunia ladang akhirat,,,

Pengembara dunia menyediakan setiap bekalan untuk akhirat.

Dunia ini sementara...

Dunia ini sementara...

Dunia ini sementara...

dan akhiratlah yang kekal abadi...




“setiap inci di muka bumi ini adalah tempat yang paling subur untuk menanam benih syurga”
(Prof Dr. Yusuf Al-Qardawi)


bagaimana nak tanam benih-benih syurga,,?

ibadah... tidak semestinya ibadah khusus seperti solat dan puasa.... namun., termasuklah,, ibadah umum,, menceriakan ibu bapa, menunaikan amanah serta berbagai lagi....

Jika dunia juga masih menjadi sasaran..!!!


Mulalah penyakit akidah menyebar,,,, 

Sekularisme...

Pluralisme.....

Liberalisme....

Islam Moderate...!

Ingatlah.. Amalkan dasar Islam yang sebenar-benar, kita pengembara dunia, maut destinasi kita.. berpeganglah pada Al-Quran dan As-Sunnah... 

Islam bukan tertegak atas dasar hujah..

Islam bukan tertegak atas dasar dialog....

Islam bukan tertegak atas dasar kata-kata...

Islam tertegak atas dasar amal....

Tak guna tahu, tapi tak amal.. tak guna juga amal sementara, tapi, tak istiqamah..

Apa-apapun,, we should just do our BEST..!!!!!!!

bentuklah tarbiyah dalam diri,,,, hasilkan fikrah yang sihat.. lahirkan generasi mukmin yang kuat..!

Jangan mudah diperdaya dengan percaturan Barat... Bangunlah dari lena, Sedarkan dari alpa..

Usah diikut telunjuk Barat.....

Kita masih belum terlambat... Ayuh.. Kita Bina Kekuatan Ummah..!!

Islam as The Way of Life.... ^_^






Daripada Abu Qatadah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik-baik perkara yang ditinggalkan oleh seseorang selepas (setelah meninggal dunia) tiga perkara: anak soleh yang berdoa untuknya, sedekah yang berkekalan yang menyampaikan pahalanya kepadanya dan ilmu yang diamalkan selepasnya.”
(Ibn Majah, Kitab Muqaddimah, Bab Thawab Mu’allim al-Nas al-Khair.)


Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya. "
(Hadis Muslim, Kitab al-Wasiyyah, Bab Ma Yalhaq al-Insan Min al-Thawab, Abu Daud, Kitab al-Wasaya, Bab Ma Ja`a Fi al-Sadaqah ‘An al-Mayyit, al-Tirmizi, Kitab: al-Ahkam ‘An Rasulillah s.a.w. Bab Fi al-Waqf.)


Rasulullah s.a.w ada bersabda :” Orang yang cerdik ialah orang yang selalu menghitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesudah mati sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikuti hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah (untuk mendapat kebahagiaan dan pengampunan tanpa beramal soleh)”
(Hadis Riwayat Imam Tirmizi)



Sekian, assalamu'alaikum w.b.t...


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Asna Intisar - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -