Posted by : Unknown Monday 11 February 2013

Merpati singgah di dahanan sena ,
Sayup angin berduduk selesa ;
Erat ukhuwah dijalin sempurna ,
Manisnya iman begitu terasa .


Assalamu'alaikum w.b.t,,,

pagi itu,, dingin begitu terasa.. namun, kehangatan jiwa menggamit rasa,,, terkadang bergolak juga minda melawan rasa malas yang merayu untuk sambung tidur. walau bagaimanapun, ku terus bersemarak semangat ingin bertaut ukhuwah bersama para sahabat handai yang baru dikenali dan bakal dikenali... meskipun,, ada yang agak kelewatan di pagi itu.. ( ehem,, termasuk diri sndiri )  mereka tetap berlapang dada, menerima pagi saudara dengan wajah yang ceria..! subhanAllah..   ^_^  .. jutaan tahniah kepada mereka yang ceriakan pagi tersebut... wuuuu~~ !!  *tepuk tangan dengan bangga.


Perjalanan yang jauh begitu terasa... sambil belajar, sambil jua menikmati alunan nasyid dikumandangkan.... untung ada di antaranya ialah lagu-lagu kegemaranku.... tenang juga mendengarnya....  sambil-sambil itu, sesekali, pandangan turut terkelih memandang alam sekitar yang serba indah... kalau la dibenarkan berhenti, drop sekejap di tepi jalan, ingin sahaja aku mengambil gambar-gambar pemandangan tersebut... namun, hasrat dipendam, memikirkan awlawiyat untuk sampai ke destinasi dengan segera... takpe2.. lain kali ada lagi peluang insyaAllah......

merdu sang angin berlagu rindu ,
membelai ombak mengusir resah,
37 ikhwah kini jitu bersatu,
Teguh menjulang syiar islamiyah.


Setibanya di sana... maka bermulalah misi-misi tarbiyah kami...... sempat kami berta'aruf antara satu sama lain.. Akhi Ahnaf turut memberikan kata-kata aluan, serta sedikit taklimat berkaitan sekretariat antarabangsa  (SEKTAR ) ISMA . dapat jua serba sedikit ilmu berkaitan "kewajipan berdakwah" serta perbincangan serba sedikit persoalan fiqh dalam kehidupan seharian.


Kemudian,,,, mulalah aktiviti air di sungai Janda Baik....... berbatu-batu sungguh.. >_<   .. (sampai injured lutut, maklumlah,, top scorer dikatakan, eh.. ehem,.. alhamdulillah, ia smakin membaik pulih.. )

Bola tampar menjadi tamparan ke sana ke mari,

menuju ke matlamat yang satu, ke arah keeper,

Tidak kiralah apa jua strategi dan taktikal yang digunakan... nak guna through ball ke, nak campak terus bagi kat wing ke hape ke... tidak kisah la... asalkan kita capai matlamat....

Apa-apapun,, ingat...! niat tidak menghalalkan cara... niat mencapai matlamat harus disertai dengan cara-cara yang berhemah, jangan main kotor ye....

Justeru, apa matlamat kita sebagai individu muslim..??? terutamanya, dalam mencapai ustaziatul alam...

kita meletakkan dasar pensyariatan islam sebagai suatu prioriti... dakwah dan tarbiyah dijadikan wasilah dalam mencapainya...

****************************



Selesai semua itu, kami mula membersihkan diri masing-masing, ada yang mandi, ada yang hanya menukar pakaian, ada yang masih makan, ada yang sempat berdiskusi permasalahan agama.

Kemudian, kami bersolat zuhur berjemaah, meskipun ruang agak sempit, namun, saf dan saf terus dirapat-rapatkan..

Inilah tanda kekuatan umat Islam.

Kita bersatu dalam satu perjuangan, mencapai satu matlamat, meraih Redha Allah.

Tidak kira apa pun halangan, Umat Islam harus bersatu..!


Akhir sekali, sebagai tanda ingatan, kami sempat mengambil gambar beramai-ramai...

Yea.. !! ^_^







{ 2 Comments/Suggestions... read them below or Comment }

  1. alhmdulillah... jgn lupa bwk angah n adik pulak lepas nie... (^____^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hohoho.... insyaAllah, bila ada rezeki nanti.. ^_^

      Delete

- Copyright © Asna Intisar - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -