- Back to Home »
- Inspire your Spirit, and Let's Learn.!
Posted by : Unknown
Monday 4 February 2013
Seluas mana lautan, luas lagi samudera ilmu,
Andai dikumpulkan seluruh ilmu yang setiap apa yang kita
miliki,
Belum tentu memadai dengan sekadar setitis air daripadanya.
Ilmu apa yang anda telah pelajari..??
Ilmu kejuruteraan? Ilmu perubatan? Ilmu astronomi? Ilmu
agama?
Horizon ilmu cukup luas, seolah-olah seorang manusia takkan
mampu mencakupi semuanya...
Yunus bin Abdul al-Ala mengungkapkan, " Kepintaran Imam
Shafi'e menyamai satu per dua fikiran semua manusia yang berada di muka bumi
ini. "
Bagaimana pula dengan kita..??
Adakah anda sudah rasa kita cukup bijak..??
"Saya telah belajar ilmu agama dari kecik-kecik lagi.
Mak ayah saya dah ajar macam-macam dah, sampai mereka dah tak tahu nak ajar apa
dah.. "
Atau..
" Haaa.. saya sudah ada degree... bukan satu... bukan
dua.. tapi,, Tiga degreesssss..!!
Amacam? ada berani nak debat..? "
Cukup bijakkah kita..??
****************************
Tuntutlah ilmu walau di mana jua anda berada,
Kita punya otak yang sangat hebat bagi menampungnya,
Dicipta jua dengan cukup cantik lagi tersusun…
Ada Lobus Temporal untuk mengendalikan perihal spiritual
aktiviti,
Ada Prefrontal Limbik bagi pencetus keputusan-keputusan
muktamad.
Ada Hippocampus sebagai galeri ilmu sepanjang hayat,
Ada Prefrontal Kanan menjadi kilang emosi kemarahan dan
cemas,
Dibantu pula Prefrontal Kiri sebagai penghulu yang
mengawalnya daripada berlebihan.
Ada juga ‘Blood-brain barrier’ dilengkapi dengan ‘Astrocytes’
, menghalang serangan sebarang infeksi.
Bak kata Herbert Benson, seorang kardiologist Amerika dan
pelopor ‘Mind/Body Medical Institute’ di Massachusetts General Hospital,
Boston. :
“Otak adalah seorang seniman, seorang ahli kimia, seorang
ahli teknik. Ia akan terus bekerja menyusun dan mengatur dirinya sendiri. Sehingga
ia bukan sahaja menjadi tempat penyimpanan yang paling berkesan di dunia,
tetapi juga merupakan pencatat kejadian dan pengurus perpustakaan yang cekap.
Kepantasannya belum dapat ditandingi oleh mana-mana komputer lagi . “
Nikmat otak, sebagai pemangkin pencarian ilmu,
Sungguh,, ia begitu bermakna..
Lalu, bagaimana pula kita menggunakannya..?
*************************************
Misi pencarian ilmu kita jangan pernah berakhir,
Jangan pernah merasa cukup..
Horizon ilmu ini belum tentu ada penjuru bagi manusia,
Hanya Allah yang maha Mengetahui,
PengetahuanNya merangkumi segala yang tersurat mahupun
tersirat…
Apa tunggu lagi..???
Jom menimba ILMU…!!
Sederap Langkah Menuju ke Syurga…! Mari..!
Jom menimba ILMU…!!
Sederap Langkah Menuju ke Syurga…! Mari..!
*****************
Sebagai selingan,,, Meh tengok bawah ni sat…..
Sebagai selingan,,, Meh tengok bawah ni sat…..
Al-Rabi merekodkan Imam Syafi'e pernah berkata, " Ilmu
itu ada dua cabang, ilmu keagamaan iaitu ilmu fiqh dan ilmu keduniaan iaitu ilmu
kedoktoran "
Imam Syafi'e juga pernah menegaskan, " Sekiranya kamu
memasuki sesuatu negeri tetapi kamu tidak mendapati hakim yang adil, air yang
mengalir, dan doktor yang jujur, maka jangan kamu menetap di dalamnya. "
Apa point berbicara tentang di atas ni.??
Fikir-fikirkanlah….. *khusus utk bakal-bakal doktor, mahupun
yang sudah bergelar doktor.