Posted by : Unknown Friday 28 March 2014



Antara kau dan aku
ada beberapa garis.


Ketika
senyum berbalas kuntumnya - satu garis terpadam.
Ketika
tangan berjabat eratnya – dua garis terpadam.
Ketika
bicara berlafaz mesranya – tiga garis terpadam.


Yang pasti – menyeberang garis-garis itu
ada satu ruang khusus, menghubungindah
hati-hati kita, pada pijar akidah
menyalakan suar
iman – berlapang dada
selebarnya.


Sungguh
apabila semua garis ini terpadam
kita tak dapat dipisahkan lagi
kecuali mati.


(sejak bila ada baldi kat situ? )


***
Dari an-Nu’man bin Basyir dari Nabi Muhamad s.a.w., beliau bersabda:  
"Perumpamaan kaum mukminin dalam cinta-mencintai, sayang-menyayangi dan bahu-membahu, seperti satu tubuh. Jika salah satu anggota tubuhnya sakit, maka seluruh anggota tubuhnya yang lain ikut merasakan sakit juga, dengan tidak bisa tidur dan demam".  
(Shahîh. HR al-Bukhâri (no. 6011), Muslim (no. 2586) dan Ahmad (IV/270), dari Sahabat an-Nu’man bin Basyir Radhiyallahu 'anhu , lafazh ini milik Muslim.) 
(dipetik daripada: http://pustakaimamsyafii.com/ukhuwah-islamiyah.html)


Kalau kata orang tua-tua, “Cubit paha kiri, paha kanan terasa juga.”

Begitulah yang dapat digambarkan apabila berbicara tentang rapatnya suatu ukhuwah itu.

Memang benar,
kadang mungkin ada sahaja sengketa di antara kita
disebabkan oleh khilaf-khilaf kita sebagai manusia.

Cakap bernada tinggi sikit, disangka marah.

Cakap bernada rendah sikit, terlalu perlahan, tak dengar! Cakaplah kuat sikit!

Setiap perbuatan kita ada sahaja disalahertikan,
mungkin sahaja kita berniat baik, walhal disangka jahat
mungkin sahaja kita berniat jahat… (hmm.. itu sendiri mahu ingat laaa… )

Imam Syeikh Hassan Al Banna pernah menyebut :

"Serendah-rendah ukhwah ialah berlapang dada,setinggi-tinggi ukhwah ialah melebihkan orang lain berbanding diri sendiri"



Justeru itu, terhadap sahabat, teruskan berlapang dada, sekurang-kurangnya.

Tapi, bukankah melebihkan orang lain daripada diri sendiri itu lebih baik?

Disebut dalam kumpulan Hadis 40 Imam An-Nawawi, hadis ke -13,
(tuan-tuan dan puan-puan pasti sudah sinonim benar dengan hadis ini bukan?)

Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik r.a., pembantu Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda:
“La yu’minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsihi.”
Which means, “None of you will have faith till he wishes for his brother what he likes for himself.”
Bermaksud: Tidak beriman (secara sempurna)seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
(Riwayat Al-Bukhari no. 13, Muslim no. 45, dan Ahmad no.18076)
dipetik daripada buku Hadis 40 Imam Nawawi, susunan Zahazan Mohamed dan Muhammad Zakaria)


Okay!

Rasanya, tak perlulah ulas panjang-panjang
tentang ini. Masing-masing pasti sudah tahu kan...

Oh ya!

Terima kasih kepada semua yang mengucapkan kata-kata doa dan selamat ke atas saya.

Semoga Tuhan melimpahkan rahmat dan kurniaNya, juga kasih-sayangNya buat kalian semua.

Syukran Jazilan!

(Ini adalah bukti! bahawa kematian sudah mendekat! Sila beramal! Sila beramal! )

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Asna Intisar - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -