Posted by : Asna Intisar Sunday, 30 March 2014

Assalamualaikum w.b.t.

Sebenarnya... Saya nak jujur ni...

Saya...  Saya... Saya suka sangat kat awak!
(seraya memerhatikan anda dengan senyuman yang menggoda)

bak kata dalam bahasa arabnya.

Ana uhibbuka/i fillah abadan abada!

(Ok. Terasa naik sedikit bulu roma ini berdiri)



***

Entri ini sebenarnya... sebenarnya...

Khusus! Untuk mengajak anda yang membaca ini untuk dating.

(Apa?? Dating? Dating yang ada gitu-gitu tu ke?)

Hmm... tak adalah gitu-gitu sangat. Biasa sahaja.

Ada Rukuk, ada Sujud, ada Berdiri tegak, dan sebagainyalah.
(Mesti anda sudah dapat menangkap apa mesej entri ini kan... Tapi, tetap nak ulas jugak!)

Mengingat semula, intipati khutbah baru-baru ini, bagai mengetuk-ngetuk cranium (senang baca: tengkorak kepala)  berketak-ketak, lalu mendorong membuat entri ini.

Ia adalah soal temu janii.

Pernah membuat temu janji? Dengan kawan, boyfriend, girlfriend atau pensyarah/guru (dalam kelas)?

Bayangkan, satu pasangan lelaki dan wanita, yang asyik dalam khayalan 'cinta'nya.

P : Awakks, jum pegi jumpa kat MidValley jums... nax tgokss wayanggg~ Alaa.. cite Ombak Rindu kan   baru kuar...(p/s: maaf, aku tak reti bahasa-bahasa begini, dan main sebat sahaja. mwahaha!)

L: Oh.. Boleh ja. Takde hal la. Jangan kata MidValley. Tengok wayang kat Korea pun boleh! Bleh Jumpa artis feveret awak tu. CN Blue kan..

P : Waaahh! best2.. tapi, takpew lar.. Nax kat Midvalley jeww.

(Arghhh!! Dah! Tak larat nak tulis panjang-panjang cerita ni!)

Kita begitu mudah untuk menunaikan janji temu kita dengan manusia.
(Apalagi kalau bertemu dengan orang yang kita sayang. Orang yang kita cinta)

Bagaimana temu janji kita dengan Allah?

"Sungguh solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman."  [QS An-Nisa', 4:103]

Terutamanya.. Subuh?

Bagaimana kita boleh asyik terlepas pandang, dan asyik terlewat, sedang kita sudah tahu waktu temu janjinya?


"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (4) Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (6) " [Surah At-Tin. ayat 4 - 6 ]

Kita telah diciptakan akal fikiran dan sebagainya untuk memenuhi tanggungjawab kita sebagai 'Abid dan Khalifah.

Tapi, kita masih tak mampu laksanakannya? Secara Istiqamah? Konsisten?

***

Jadi?

Renung-renungkan. Dan selamat beramal!

"Demi masa (1). Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. (2) Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan amal soleh, dan mereka saling menasihati supaya mentaati kebenaran serta saling menasihati supaya menetapi kesabaran. (3)"  [ Surah Al-Asr, ayat 1-3]

***

p/s: Siapa tulis post ni? Macam tak 'matang' jer...

{ 4 Comments/Suggestions... read them below or Comment }

  1. thanz for the sharing yg kiranya blh mmberi kesan pd org yg membca.... nice entry....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Semoga apa yang dikongsi ini dapat dimanfaatkan, dan diambil iktibar sebaik-baiknya. ^_^

      Delete
  2. Kadang-kadang manusia yang tak solat nih. Antara sebab dy xsolat sbb dy tak tahu apa kepentingan solat ni kepada dia. Kenapa dia perlu solat. Malah dia tak menghayati solat itu sendiri. Selalunya kanak-kanak yang akan mempersoalkan kepada kita soalan-soalan ni. Namun, yang bukan lagi kanak-kanak pun still ada lagi yang tak jelas malah taknak ambil tahu pun pasal ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SubhanaAllah. Inilah yang tanda bahawa perlunya, pendidikan agama yang baik kepada anak-anak. Di sini, ibu bapa amat memainkan peranan yang sangat penting dalam mengasuh anak-anak mereka. Bukan setakat ibu bapa, malah masyarakat sekeliling juga perlu cakna tentang kekurangan ilmu agama dalam kalangan mereka.

      Solat itu bukan sekadar pergerakan. (kalau dianggap sebegitu tanpa, pengertian yang mendalam, pasti solat akan terasa memenatkan)

      Solat itu adalah satu cara seorang hamba berkomunikasi dengan TuhanNya. Memohon rahmat dan perlindungan dariNya. Mencegah daripada kemungkaran. (rujuk Surah Al-Ankabut 29:45)

      InsyaAllah. Inilah letaknya peranan kita sebagai sesama saudara, saling mengingatkan antara satu sama lain. Saling berkongsi ilmu. Paling tidak pun, bercerita selalu tentang kebaikan-kebaikan solat dan keburukan meninggalkan solat (Biasanya, perkara-perkara inilah yang mendorong seseorang melaksanakan solat, walaupun kurang pemahamannya) Lama-lama... fahamlah mereka InsyaAllah.

      (ada macam ceramah tak? mwahaha~ )

      Mari! Kita bimbing adik-adik kita!!

      Delete

- Copyright © Asna Intisar - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -