Posted by : Unknown Wednesday 15 October 2014




Pada hari sabtu yang lalu, setepatnya bertarikh 11 Oktober 2014 telah dianjurkan satu lagi sesi Outbox yang pastinya tidak akan mengecewakan para peserta.

Ia sangat hebat!

Sangat cool!

Sangat awesome!!

Perkongsian kali ini telah disampaikan oleh saudara Nazirul Haziq, CEO Hamasah As-Syabab yang sangat berdedikasi, sangat hensem, juga sangat bijaksana dalam menyampaikan perkongsiannya. (Mwehehe~~ )

Setibanya saya di Zilal Hall, Iman Publication di Serdang, sebuah filem telah ditayangkan iaitu filem yang akan dibedah ini, 'The Pursuit of Happyness'

"The Pursuit of Happyness is a 2006 American biographical drama film based on Chris Gardner's nearly one-year struggle with homelessness. Directed by Gabriele Muccino, the film features Will Smith as Gardner, an on-and-off-homeless salesman. Smith's son Jaden Smith co-stars, making his film debut as Gardner's son, Christopher Jr. Will Smith and Jaden Smith later appeared together in the film After Earth." 
(dipetik daripada: http://en.wikipedia.org/wiki/The_Pursuit_of_Happyness)
Filem ini berkisarkan cerita yang sebenar..

Berlaku pada seorang lelaki bernama Chris Gardner yang gigih berjuang menjadi seorang ahli professional, broker saham, tanpa ijazah, tanpa pendidikan yang wajar untuk gelaran tersebut.

( Gambar ini dipetik daripada:  http://en.wikipedia.org/wiki/Chris_Gardner)


 Kita cerita sedikit sahajalah secara umum tentang cerita ini.

Filem ini diterbitkan pada 2006, arahan Gabriel Muccino yang menceritakan tentang perjuangan seorang usahawan yang gigih menjaga anak lelakinya yang masih kecil. Pelbagai cabaran telah ditempuh sehinggalah Will Smith, sebagai Gardner menjadi usahawan yang berjaya akhirnya dalam meningkatkan ekonomi mereka berdiua, sekali gus mengubah cara hidup mereka ke arah lebih baik.

Kebahagiaan itu telah ditemui oleh Gardner pada akhir cerita, di mana dia dan anak lelakinya berjaya melepaskan diri daripada kesusahan yang ditanggung mereka. Mereka hidup lebih selesa.


***

Kuasa Produksi itulah yang Berkuasa!


Tidak. Kuasa yang sebenar. datang daripada Tuhan yang Esa.

Baiklah. Berbalik kepada sesi bedah filem ini, saudara Nazirul Haziq tidaklah menghuraikan sinopsis, plot, watak, tema dan sebagainya secara terperinci. Namun, menariknya, beliau hanya menceritakan secara umum sahaja perihal cerita tersebut, dan beralih kepada isu yang lebih besar, lebih berat untuk difikirkan bersama.

Dunia perfileman ini tidak mudah.

Bukan sahaja memerlukan rumah produksi (baca: production house), malah, memerlukan pelbagai lagi tenaga kerja seperti arkitek untuk mencipta latar prop sesuai dengan cerita, pereka cipta (baca: designer) untuk mencipta poster grafik sebagai promosi dan banyak lagi.

Beliau memberi contoh, seperti filem 'Hikayat Merong Mahawangsa' yang telah diarah oleh Yusry Abdul Halim, dan diterbitkan oleh KRU Studios pada tahun 2011. Bagi saya, filem ini merupakan suatu keunikan yang sangat segar lari daripada alir tema filem yang menjadi kebiaasaan dalam pasaran. Ia benar-benar suatu tindakan yang berani. Hasilnya juga sangat memberangsangkan!

Baik. Apa yang hendak diceritakan di sini adalah tentang latar prop yang dicipta dalam filem tersebut. Siapakah yang mencipta latar yang sangat epik dan sesuai dengan filem itu? Arkitek.

Bagaimana pula dengan gerak aksi-aksi setiap pelakon yang berperang? Pengarah Aksi.

Bagaimana pula dengan solekan-solekan setiap pelakon bagi menggambarkan identiti setiap pelakon? Jurusolek

Bagaimana pula dengan pakaian? Bagaimana mereka memilih pakaian? Pereka cipta fesyen.

Inilah yang kita gambarkan sebagai suatu bentuk kerjasama yang perlu dijalin dengan sangat kukuh.

Bukan sahaja dalam aspek perfileman sahaja, malah aspek-aspek lain juga.

Rumah Produksi amat-amat memerlukan khidmat mereka dalam membangunkan matlamat dan cita-cita mereka.

***


Doktrin meracun Minda?


Apa itu doktrin? Doktrin ini adalah seperti racun. Racun yang membinasakan minda manusia perlahan demi perlahan, sehingga doktrin tersebut kekal di dalamnya.

Tidak juga. Doktrin itu juga boleh menjadi ubat. Ubat yang akan memulihkan minda manusia, perlahan demi perlahan, dan kekalkan di dalamnya sebagai suatu antibodi yang menguatkan imun tubuh seluruhnya. Dalam aspek ini, boleh juga ia dipanggil sebagai tarbiyah.

Seperti yang kita lihat dalam filem-filem Barat, orang-orang yang benar 'memerhati' pasti dapat mengesannya.

Diselitkan racun, racun dan racun, untuk mengubah cara manusia berfikir. Itulah kuasa media. Pelbagai doktrin telah diserapkan ke dalam minda manusia secara meluas.

Tidak perlu senjata nuklear.

Tidak perlu senjata kimia.

Tidak perlu senjata biologi.

Serangan terhadap hati, minda dan jiwa manusia itu lebih berkesan daripada menyerang fizikal.

Jika mereka tewas dalam perjuangan hati, minda dan jiwa mereka ini. Mereka sudah dikira kalah.

Baik. Bercerita tentang doktrin ini, saudara Nazirul Haziq menekankan bahawa filem yang baik sentiasa berlapis-lapis. Dalam erti kata lain, ia bukan sahaja memberi pengajaran tentang pengorbanan... perjuangan... ketabahan... Sebaliknya, ada sesuatu yang tersembunyi cuba diserapkan dalam minda penonton filem itu. Sesuatu yang kecil. Tersembunyi.

Barangkali, doktrin-doktrin yang tersembunyi, dan kecil ini lebih memberi kesan secara menyeluruh terhadap penonton berbanding nilai-nilai murni yang terzahir jelas melalui penceritaannya.

Di sinilah letak doktrin.

Lapis yang mampu mempengaruhi cara penonton berfikir.

Lapis-lapis ini dapat dilihat dalam hampir semua filem yang wujud di dunia ini. Terutamanya, yang mencecah jumlah penonton yang paling tinggi! Yang paling banyak dimuat turun daripada internet!

Memang. Tidak saya nafikan. Ia benar.

Saya sendiri cuba menanam lapis-lapis dokrin yang baik ini dalam karya saya setakat ini (puisi atau cerpen). Ia bukanlah tugas yang mudah. Ia harus ditempatkan dengan sebaik-baik cara, di sebaik-baik tempat.

Namun, ia tidaklah mustahil.

Beliau sempat memberi contoh berdasarkan filem 'The Pursuit of Happyness' itu, contoh doktrin yang diselitkan.


  1. Gereja sebagai rumah tumpangan untuk mereka yang tiada rumah. Disediakan hiburan, makanan, minuman juga tempat tinggal untuk mereka, secara percuma!
  2. Ketika ramai orang berebut untuk tinggal di gereja yang menyediakan tempat tinggal percuma itu, siapakah golongan tidak berumah itu? kebanyakannya adalah orang yang berkulit gelap.
  3. Ketika Gardner berjaya menjadi ahli professional sebagai broker saham, dia keluar daripada bangunan tempat kerjanya, dikelilingi oleh orang putih yang bersesakan, dengan wajah yang biasa dalam golongan sederhana dan kaya aspek ekonominya. Hanya Gardner kelihatan gembira di tengah sesak ketika itu.


Inilah... Doktrin.

Doktrin.

***

Kesimpulan...



Jadi? Apa kesimpulannya?

Ya, Kita perlu kerjasama. Kau, kau dan kau!

Kita perlu kerjasama. Manfaatkan segala kemahiran kita, bakat kita, kebolehan kita, atau sekurang-kurangnya keupayaan kita!

Gunakan apa yang kita ada. Apa yang telah Allah berikan kepada kita.

Tak tahu. Tuntut ilmu.

Tak pernah merasa. Ikut serta. Rasai pengalamannya sendiri.

Tidak terfikir. Mari, sama-sama kita berfikir.

Kita cipta 'doktrin' sebagai ubat untuk masyarakat. Sebagai pentarbiyahan. Kita bentuk moraliti masyarakat. Bentuk jiwa mereka. Bentuk akal mereka. Supaya pada akhirnya, mereka benar-benar tunduk pada Tuhan yang Esa.

Maka,

Baik dan buruk.

Jalannya, kita yang pilih.














Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Asna Intisar - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -