Posted by : Unknown Thursday 16 October 2014

Assalamualaikum w.b.t.


Pernah tidak apabila kita bertemu dengan muslim lain yang tidak dikenali, kita ragu-ragu untuk memberi salam?

Kita dah yakin ni dia ini muslim, tetapi kita pendamkan sahaja hasrat tersebut kerana malu, kerana segan. (Ye la... takkan tetiba nak tegur orang macam tu ja.)

Saya pasti, kebanyakan orang pasti pernah melalui perkara yang sama, termasuk saya.

Baik. Ketika saya melihat-lihat semula akaun youtube, saya masih kagum dengan ikhtiar dakwah yang dilaksanakan oleh 'The Daily Reminder'. Walaupun hanya beberapa minit, namun ia menyampaikan mesej dengan sangat jelas dan padat.

Entri ini, saya ingin ulas salah satu videonya, berjudul Sunnah of Greeting Strangers .


Tadaa!

***

Asssalamualaikum, Chenta.



Oh. Chenta. Apa khabar?

Hari ini, masihkah Chenta berpaut kepada-Nya?

Masihkah ada lagi Chenta untuk Tuhan yang menciptakannya?

(Tanya sama hati)

Erk. Rasa macam lari topik sebentar.

Baik. Berbalik kepada persoalan memberi salam kepada muslim yang tidak dikenali, cuba kita renung terlebih dahulu, adakah kita memberi salam kepada muslim yang dikenali ketika bertemu?

Jika, ya. Syabas. Anda lulus ujian pertama.

“Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah perkara yang terbaik di dalam Islam?” Beliau menjawab: “Memberi makanan dan memberi salam kepada orang yang kau kenal atau tidak kau kenal” (HR. Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menyampaikan intisarinya dengan cukup jelas.

Kita perlu memberi salam bukan sahaja kepada orang yang kita kenal, malah juga kepada orang yang kita tidak kenal.

Salam ini benar-benar menyebar cinta.

Tidak percaya?

Cinta itu adalah jalinan jiwa-jiwa yang dibentuk melalui suatu ikatan yang seni. Tidaklah ia boleh dilihat, kecuali hanya boleh merasakannya.

Cinta ini menjalin ukhuwah. Bermula daripada saat kita menegur seseorang buat kali pertama, suatu ikatan akan mula terbentuk. Kita akan mula cuba untuk mengingati wajah, mengenal suaranya, gerak gerinya, penampilannya, cara dia bercakap dan sebagainya.

Bermula daripada satu teguran baik itu (merujuk kepada salam), terbentuklah suatu ikatan seni yang kita panggil ukhuwah.

"Tak Kenal maka Tak Cinta."

Jika sempat berta'aruf, adalah lebih baik baginya.

(Sebagaimana Boboiboy mula mengenal kembarnya. Haa.. )


Salam itu benar-benar menyebar cinta.

Bermula daripada salam yang pertama itu, asas-asas ukhuwah sudah mula membentuk. Jika terus disiram dan dibaja, pasti ia akan menjadi segar sesegar mawar yang baru kembang selepas hujan, dan pelangi cinta pun terbentuk ceria.


Dari Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda:
Demi Dzat yang jiwaku ada di dalam genggaman-Nya, kalian tidak dapat masuk surga hingga kalian beriman, dan kalian belum disebut beriman hingga kalian saling mencintai. Maukah aku tunjukkan kepada kalian tentang sesuatu yang jika kalian lakukan, kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian.
(HR Muslim)
Hadis sahih, diriwayatkan oleh Muslim, hadis no. 81; Abu Daud, hadis no. 4519; al-Tirmizi, hadis no. 2612; Ibn Majah, hadis no. 67 dan 3682; Ahmad, hadis no. 8723, 9332, 9788, 10027 dan 10238.

Salam ini benar-benar cinta!


Sebarkan salam, Sebarkan cinta!







Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Asna Intisar - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -